(Move to ...)
Home
IQ+EQ+SQ = QUALITI
BIODATA PENULIS
PRISMA
BKMNS
IKHWAN MUSLIMIN
I LOVE ISLAM
▼
Kembara Musafir
Perjalanan,
Bermula permusafiran terus meredah,
Mengorak langkah menyusun wadah,
Tabir jiwa disingkap tabah,
Mencari makna dalam muhasabah.
Hamba,
Diri lemah tatkala permusafiran,
Berteduh sebentar meneguk kemanisan,
Mengerah keringat yang kian ketandusan,
Demi mencari makna ketuhanan.
Musafir,
Seorang insan yang tiada apa,
Membawa bekal sedikit cuma,
Meninggal keluarga jauh disana,
Niat cuma mengisi jiwa.
Kembara,
Alam terbentang penuh warna,
Kadang gemerlapan disimbah cahaya,
Hidup permusafiran pelbagai mehnahnya,
Kental jiwa itulah teman setia.
Penantian,
Lama berjalan terlihat pengakhiran,
Disangka tamat segala perjuangan,
Rupanya disana terdapat permulaan,
Tiada sudahnya mencari keredhaan.
Insan,
Teruskan permusafiran biarpun lelah,
Kelak pasti beroleh hadiah,
Dunia dan isinya bukanlah wadah,
Ehsan ilahi itulah tanda penyudah.
© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted
kembara sufi....
ReplyDeletepon bole..:)
Delete