29 November 2011

Kata Syeikh Fathi Yakan

Saya Mestilah beriman bahawa :

1- Pencipta Alam ini adalah Allahyang Maha Bijaksana lagi berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapa pun.

2- Allah s.w.t tidak menciptakan segala kejadian alam secara sia-sia tanpa tujuan.

3- Allah s.w.t telah mengutuskan rasul-rasul dan kitab-Nya dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali-Nya dan memahami matlamat kejadian kita,mengetahui asal-usul kita dan kemana kita akan kembali.

4- Matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah s.w.t. , memberi sepenuh ketaatan dan mengabdikan diri kepada-Nya.

5- Ganjaran bafi orang mukmin yang taat kepada Allah adalah syurga.

6- Seluruh manusia melakukan kebaikkan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Kebaikkan ( dengan taufiq dan inayah Allah ) Kejahatan ( dalam batasan dan keizinan Allah )

7- Urusan penciptaan undang-undang adalah hak mutlak Allah s.w.t.

8- Takut hanya kepada Allah s.w.t. dan tidak takut kepada selain-Nya.

9- Menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta.

10- Kita sentiasa dibawah penguasaan Allah s.w.t. dalam keadaan terang mahupun tersembunyi.

- Fathi Yakan -

No comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.