17 March 2012

Soalan Demi Soalan

( kisah perbualan bro dan sis )

Bro : Kenapa sis berpakaian seluar jeans, menampakkan tubuh badan dan terlalu sendat ?

Sis  : Yer la bro, baru nampak kita nie lebih elegen dan pakaian macam nie tak memanaskan.. lau pakai labuh-labuh dan tebal-tebal panas la bro.

Bro : Bukankah api neraka itu lebih panas berbanding panasnya dunia ini? Jadi mengapa perlu mengambil risiko dengan meletakkan diri kita sejuk di dunia dan terseksa dengan api neraka kelak?


Sis  : Err.. Err.. ( Mukanya sudah mula kemerahan )

Bro : Kenapa sis terlalu kuat bersosial ?

Sis  : Best tau bro lau kita bersosial, lagi-lagi berlainan jantina. Lau kawan dengan perempuan je tak masyuk la bro. Adat la berkawan n bersosial dengan berlainan jantina. Duduk-duduk dan lepak-lepak je bro, bukan buat apa pun.

Bro : Bukankah dalam Islam telah menetapkan perbatasan diantara lelaki dan perempuan? Adakah sis sanggup melanggar peraturan Allah dengan alasan semata-mata kemahuan dan mengikut hawa nafsu sis? Adakah Islam itu atas nama sahaja dan tidak perlu mengikut segala peraturannya?

Sis  : Erm.. ( Sambil menundukkan muka dan pipinya semakin menampakkan kemerahan )

Bro : Kenapa sis selalu mencari keseronokkan di luar?

Sis  : Yer la bro, takkan nak terkurung je di rumah. Kita negara demokrasi ada hak untuk berseronok. Lagi pun sekadar nak berseronok je bro, bukan buat menda maksiat. Boring la dok rumah, lau dok rumah tak berkembang la kita bro.

Bro : Owh camtu. Sis mampu tak memberatkan amalan sis yang merupakan bekalan ke syurga kelak dengan amalan berhibur sis tu? Sis yakin dengan mencari keseronokkan diluar mampu membawa sis ke syurga dan mendapat redha Allah? Bukankah seorang wanita itu perlu menjaga akhlak dan adabnya serta menghindarkan diri dari dunia luar yang penuh dengan onar ini?

Sis  :  ( Sambil mengetap bibir dan memalingkan mukanya ke kiri dan kanan ) katanya dalam hati " makin pedih pulak soalan bro nie."

Bro : Bro tengok sis nie selalu pergi konsert-konsert dan majlis-majlis yang tidak berfaedah, kenapa sis tak pernah pergi ke majlis-majlis ilmu terutamanya di masjid berdekatan rumah sis?

Sis  : Bosanlah nak pergi dengar ceramah. Selalunya ceramah atau majlis-majlis ilmu tu panjang-panjang la penyampaiannya bro. Pastu nak kene pakai pakaian ala-ala alim camtu tak kuasa la bro. Satu g ceramah dalam masjid tu mana layak tuk budak muda.

Bro : Tak layak tuk budak muda yer. Cuba sis jawap soalan nie, Berapakah hitungan manfaat yang sis dapat masa pergi konsert dan sebagainya? Berapa banyak ilmu yang sis ada berkenaan agama Islam sehingga mengatakan hanya golongan tua je yang layak pergi dengar ceramah di masjid dan sebagainya? Sis tak malu nak berhadapan dengan Rasulullah SAW dan meminta syafaatnya kelak dalam keadaan sis menghindarkan majlis-majlis ilmu ketika sis hidup?

Sis  : katanya dalam hati, " hadoi, camne pulak ku nak jawap soalan killer bro nie." Sis pun bertanya kepada bro. " Kenapa bro ajukan semua soalan yang memedihkan hati sis rinie? Bro nak perli sis yer? Pedih hati ni tau dengan semua soalan-soalan bro tu."

Bro : Sebenarnya sis, bro sedang berkasih sayang dengan sis. Jangan salah anggap tau, bro kasihkan sis sebagai saudara seIslam. Bro sedang menyampaikan sesuatu pada sis. Bro tak nak melihat sis diratah api neraka. Sis kembalilah kepada jalan seorang muslimah yang sebenar kerana itu dapat menyelamatkan sis dari siksa api neraka. Bro tak dapat membantu sis melainkan sis membantu diri sis sendiri. Fikir-fikirkanlah segala pertanyaan kasih sayang bro tu dan bro berharap sis lebih menyayangi diri sis berbanding menyayangi kehidupan dunia yang sementara nie. Kehidupan yang kekal itu di akhirat sis bukan di dunia. Beramallah demi akhirat sis, dan gunakanlah segala kenikmatan di dunia ini dengan penuh keIslaman moga ianya dapat membantu sis di akhirat kelak.

Sis  : Terima kasih bro kerana mengingatkan. Sis sedar dan sis akan berubah menjadi solehah. Terima kasih kerana menyayangi sis sebagai saudara seIslam. Kalau bro tak nasihatkan, kompem sis lebih hanyut ke dalam dunia yang fana ini. Sis pun menyayangi bro sebagai saudara seIslam.






© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted

0 comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...