Assalamualaikum dan salam tautan buat seluruh warga pembaca. Semoga anda semua berada dalam lingkungan cahaya kebenaran yang berupa iman walau di mana anda berada. Pada hari ini penulis berasa terpanggil untuk sama-sama berkongsi beberapa perbincangan mengenai KUASA dan PENGARUH. Seusai membaca artikel Ustaz Hasrizal Jamil yang bertajuk Kepimpinan : Antara Kuasa dan Pengaruh, penulis merasakan masih ramai lagi yang mengamalkan sikap keterbalikkan dalam menilai erti kata sebenar berkenaan PENGARUH dan KUASA. Ada yang menyatakan KUASA itu lebih penting dari PENGARUH kerana tanpa KUASA seseorang pemimpin itu tidak mampu untuk mencipta PENGARUH. Ya benar, KUASA merupakan suatu elemen penting yang perlu ada untuk bergelar pemimpin, akan tetapi PENGARUHlah merupakan elemen yang paling terpenting dalam merealisasikan sesuatu hala tuju mana-mana tampuk kempimpinan, samada di peringkat yang paling bawah mahupun di peringkat yang paling atas. Sejarah membuktikan bahawa KUASA tanpa PENGARUH hanya menyebabkan sesuatu hasil dari kepimpinan itu tidak menjadi hasil yang Produktif.
- Apabila Ashaari Muhammad berceramah, ia akan dirakam dengan video. Selepas ceramah, Ashaari Muhammad dan rakan-rakannya akan menonton video tersebut yang banyak memfokuskan kepada penonton. Mata-mata yang terbeliak, mulut yang terlopong, adalah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu berpotensi untuk diajak menjadi pengikut. Individu yang sedemikian rupa akan disiasat latar belakangnya, dan dicari alamatnya.
Lalu Ashaari Muhammad dan pengikutnya akan ke rumah lelaki tersebut. Bayangkan sahaja betapa berbesar hatinya seorang yang sedang sarat dengan kekaguman diziarah oleh tokoh yang dikaguminya. Ashaari Muhammad akan bertanya khabar, dan kemudian meminta izin untuk berehat seketika dengan tidur di atas lantai beralaskan bantal sofa lelaki tersebut.
Allah, cair hati tuan rumah. Lepas tu, minta apa pun diberi Insya Allah.
Saya tidak bermaksud mahu menganalisa Ashaari Muhammad dan gerakannya di sini, namun sikap beliau sangat mempengaruhi pengikut. Jika nyamuk gigit pun, Ashaari Muhammad hanya meniup dan tidak menamparnya. Ketika makan bertalam, Ashaari Muhammad akan mengambil tulang lebihan mereka yang makan setalam dengannya, dan akan dijamahnya sisa-sisa daging yang masih terlekat sehingga habis licin. -
- Saifulislam.com -
Dengan ini, dapatlah kita ketahui bahawa sesuatu pekerjaan itu tidak akan mendapatkan hasil yang benar-benar berkualiti jika ianya merupakan paksaan yang datang dari sumber KUASA, akan tetapi ianya akan menjadi hasil yang berkualiti sekiranya sesuatu pekerjaan itu datang dari kerelaan hati sendiri disebabkan PENGARUH yang baik yang memberi kesan terhadap perlaksanaan kita. Wujudkanlah PENGARUH yang benar-benar efektif dalam apa jua perlaksanaan kerana PENGARUH yang baik itu adalah lebih utama berbanding dengan paksaan KUASA. Semoga entri yang tidak seberapa ini mampu untuk membantu anda dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin masa kini ataupun yang akan datang. Segala yang cantik dan terbaik itu datang daripada Allah SWT dan segala kelompongan datangnya dari diri penulis sendiri.
Wallahua'lam...
Terbaikkkkkkkkkkkkkkkkk!!!:)
ReplyDeletesyukran.. semoga bermanfaat..
DeleteAfwan..sangat bermanfaat..boleh membuka mata kepada bakal2 yg akan menjadi pemimpin...:)
ReplyDelete