Siapa Kamu Dan Siapa Aku, Kami Hamba Dan Dikaulah Tuhan, Pengakuan Diwarta Janji Diikat, Antara Yang Dicipta Dan Pencipta. Tanpa Sedar Bergelar Khalifah, Anugerah Yang Esa Buat MakhlukNya, Mentadbir Bumi Diberi Kuasa, Mengorak Langkah Dalam Perbatasan. Gelaran Khalifah Dijunjung Bersama, Sekalian Makhluk Bertakhta Manusia, Bumi Ditadbir Pelbagai Cara, Hingga Lautan Darah Dilihat Biasa. Tiada Lagi Makna Bagi Khalifah, Tatkala Dunia Menjadi Impian, Hidup Khianat Pada Pengakuan, Punca Khalifah Hilang Pedoman. Beroleh Mulia Bukan Percuma, Dituntut Bersama Usaha Dan Cara, Terkandas Khalifah Di Dunia Sementara, Bersorak Gempita Syaitan Durjana. Tibalah Masa Dituntut Yang Esa, Janji Dikhianat Tiada Lagi Makna, Hancur Lumat Diri Binasa, Balasan Pengkhianat Dari Pencipta. Kenang Kembali Janji Lama, Sudah Dimetrai Dituntut Laksana, Bangkit Khalifah Selesai Wacana, Gentar Seluruh Syaitan Durjana. Pulanglah Dengan Janji Terlaksana, Kelak Beroleh Anugerah Pencipta, Syurga Harapan Khalifah Semua, Moga Dinaungi Rahmat Pencipta. Huzaifah Bin Basit 4:28 PM 23 April 2012Al al-Bayt Universiti Jordan © 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted
0 comments:
Post a Comment
Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.