16 March 2012

Suasana Ilmiah Wajib Diwujudkan

Pada hari ini bersamaan 16 Mac 2012, Persatuan Pelajar Malaysia Mafraq Jordan PRISMA mengadakan satu Persidangan Karnival Akademik. Usul dan perbahasan dari setiap Batch mengikut tahun pengajian di Universiti Al al-Bayt Mafraq Jordan akan diperbentangkan. Di Sini penulis paparkan sedikit promo berkenaan Karnival Akademik PRISMA. Selamat menonton..




Antara usul yang diperbentangkan dalam Persidangan Karnival Akademik adalah :

Usul dari mahasiswa tahun 1 ( Batch Nubala' )

1. PRISMA dan ahlinya mestilah mewujudkan buah ilmiah dengan memperbanyakkan munaqasyah-munaqasyah ( perbincangan ) ilmiah samada dalam konsep akademik mahupun isu semasa dengan mendatangkan pakar-pakar dalam bidang masing-masing ( calon PHD di Amman Jordan ) dalam tempoh dua kali sebulan.


2. Mahasiswa Malaysia Universiti Al al-Bayt mestilah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk soft skill atas kata lain ko-akademik.

Usul dari mahasiswa tahun 2 ( Batch Hakimy )

1. Setiap Mahasiswa PRISMA perlu menguasai asas-asas dan kemahiran fardhu ain dan fardhu kifayah serta perlu menguasai teknik-teknik bersosial.

2. PRISMA perlu menetapkan kadar muaddal ( Pointer ) minima untuk bertanding dan dilantik sebagai exco PRISMA sebagai contoh : 65% ke atas ( CGPA 2.5 ke atas )

Usul dari mahasiswa tahun 3-4 ( Batch Sahabat dan Vintage )

1. PRISMA perlu menjadikan Mentor Council ( MECO ) sebagai Entiti Kompleks Tarbiyyah dan Akademik.

2. PRISMA perlu mewujudkan kelas intensif nahu bagi penguasaan Bahasa Arab dikalangan mahasiswa, bukan sekadar mengikut silibus jamiah ( universiti ) , tapi sebagai usaha memupuk kemahiran dalam makna yang sebenar

Begitulah beberapa usul yang diperbentangkan sebentar tadi. Majlis tamat kira-kira jam 9 : 45 PM Jordan bersamaan 3 : 45 AM Malaysia. Jadi pada tanggal 16 Mac 2012, Persidangan Karnivel Akademik yang pertama diadakan di Universiti Al al-Bayt Jordan telah menerima 5 usul dari 6 usul yang diperbentangkan. Dengan itu, penulis amatlah berharap suasana ilmiah ini akan semakin berkembang dimasa akan datang. Bersamalah kita mendoakan kesejahteraan bagi seluruh mahasiswa amnya dan mahasiswa timur tengah khususnya.

Wallahua'lam.




© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted

0 comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...