Berusaha membentuk halaqah-halaqah tertentu dengan kembali mencontohi pembentukan yang telah diasaskan oleh generasi pertama. Rantaian halaqah ini berfungsi sebagai acuan tarbiyyah yang berkekalan yang bakal membentuk keimanan yang kukuh dan subur. Antara aktiviti utama yang disyorkan di dalam halaqah tersebut ialah :
1- Membaca ayat-ayat atau surah tertentu daripada al-Quran dengan penuh tadabbur serta memastikan pengertiannya difahami oleh keseluruhan ahli halaqah.
2- Berzikir secara berjemaah dan penuh khusyu'.
3- Memelihara solat-solat sunat dalam jamaah halaqah dengan suara yang lunak dengan penuh ikhlas.
4- Memberi keutamaan perbincangan berpandukan kitab-kitab yang menyucikan jiwa serta yang mempertingkatkan aspek kerohanian di tahap tinggi. Di samping itu hendaklah istiqamah beramal dengan arahan yang terkandung di dalam kitab tersebut.
5- Pemimpin halaqah hendaklah memastikan wujudnya pertemuan bersama pada waktu-waktu tertentu dengan anggota halaqah. Pertemuan itu lebih utama diadakan sebelah malam sekurang-kurangnya sekali sebulan. Hidupkanlah pertemuan malam itu dengan zikir, istighfar, bacaan al-Quran serta qiamullail.
6- Menghadiri solat subuh bersama-sama secara jamaah sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
7- Bersama-sama menziarahi kubur supaya mendapat iktibar di samping memperteguh semangat dan janji kepada Allah SWT serta melembutkan hati.
8- Mengadakan rehlah ( Perkhemahan ) yang terancang dengan melibatkan pelbagai suasana dan latarbelakang tempat serta berbagai kategori penyertaan mengikut kesesuaian.
9- Saling berkongsi hidayah di kalangan ahli halaqah yang dicedok daripada pengertian-pengertian atau rasaan rohani, sirah Rasulullah SAW, kehidupan para sahabat serta contoh, tunjuk ajar dan pimpinan para solihin dahulu dan sekarang. Matlamat perkongsian hidayah itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membangkitkan keimanan.
10- Pemimpin halaqah hendaklah memastikan peningkatan kualiti pimpinannya kepada empat kategori iaitu sebaai bapa, syeikh, ustaz dan pemimpin. Pemimpin halaqah bertangungjawab sebagai seorang pemimpin yang mendidik kerohanian. Oleh itu ia hendaklah memastikan keimanan subur serta mekar di dalam hati para pengikutnya. Di samping itu pemimpin halaqah membahagi-bahagikan tugas-tugas tertentu kepada anggota halaqah mengikut kesesuaian masing-masing. Kemudian mereka diamanahkan dengan tugas-tugas tertentu di samping pemimpin halaqah sentiasa menunaikan ibadat yang tertentu dan berbagai-bagai. Seterusnya mereka semua hendaklah memiliki jadual muhasabah diri dengan memberikan perhatian serta penekanan pada aspek-aspek tertentu dalam jangka masa yang tertentu dengan iringan follow-up yang rapi.
11- Anggota halawah hendaklah menyediakan suatu suasana malam untuk dirinya yang terpisah daripada kesibukan dunia, terasing daripada pengaruh isu-isu tertentu sama ada pentadbiran ataupun urusan politik serta kehidupan. Suasana malam tersebut diwarnai oleh nilai-nilai serta rasaan rohani yang tinggi, menyimpul kukuh ikatan hati-hati yang penuh khusyuk sehingga menitiskan air mata. Seolah-olah wujud satu suasana uzlah ( terasing diri ) yang tertentu dalam bentuknya yang baru dan segar.
12- Memberikan tumpuan kepada pembangunan aspek keimanan dan kerohanian dalam setiap program perkhemahan yang diadakan. Adalah sangat diharapkan proses pembinaan itu lahir serta mendasar dalam gerak kerja harian secara tersusun dan terperinci.
13- Memulakan setiap pertemuan atau liqa' dengan tazkirah imaniah ringkas lebih kurang lima belas minit. Kemudian pengisian diteruskan dengan program yang berikut :
i. Memeperdengarkan bacaan al-Quran yang disertai dengan tadabbur. Kemudian memetik pengajaran
serta hikmah daripada ayat-ayat tersebut.
ii. Kata-kata pendahuluan daripada pemimpin halaqah atau sesiapa yang diamanahkan yang mengandungi
pengajaran-pengajaran tertentu.
iii. Saling bertukar pendapat serta pandangan yang berguna hasil daripada pembacaan, pemerhatian,
pengalaman dalam perjalanan atau musyahadah serta hasil daripada menghadiri program-program
tertentu. Syugia diingati, bahawa segala pendapat serta pandangan itu terarah menurut objektif yang telah
ditetapkan agar ia dapat menjadi bekalan di hari-hari yang mendatang.
iv. Memperingatkan anggota halaqah supaya menghias diri dengan akhlak-akhlak Islam ( التحلي )
v. Membersih serta membebaskan diri dari sifat-sifat yang tidak layak bagi seorang mukmin ( التخلي )
vi. Memperteguh serta memantapkan perlaksanaan serta penghayatan ibadat-ibadat di samping menjelaskan
keutamaan yang terkandung di dalamnya. Seterusnya memeperingatkan anggota halaqah supaya
istiqamah dengan ibadat-ibadat tersebut di samping tidak lupa bermuhasabah terhadap kekurangan dan
kelemahan kita dalam menunaikan ibadah-ibadah tersebut.
14- Meletakkan keutamaan dalam persoalan keimanan dan yang berkait dengannya pada tahap yang paling tinggi dalam semua tahap gerak kerja.
15- Tidak memberikan tumpuan yang berlebih-lebihan dalam masalah teknikal tetapi tidak pula menganggap remeh. Hal ini hendaklah tercerna dalam perlaksanaan halaqah dan semua bentuk gerak kerja. Hal ini akan memudahkan tumpuan dalam memusatkan didikan imaniah.
16- Meluas serta memperkukuh semangat persaudaraan Islam dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Hal ini akan dapat meringankan bebanan kehidupan yang mencengkam khususnya yang melibatkan tribulasi atau mehnah perjuangan yang tak kunjung padam hasil daripada didikan iman. Allah SWT menegaskan hak ukhuwwah itu di dalam firmanNya :
Yang bermaksud : "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah ersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu ( yang bertelinkah ) itu dan bertaqwalah kepada Allah SWT supaya kamu beroleh rahmat."
( al-Hujurat : 10 )
Hal ini juga dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalm hadith :
Yang bermaksud : "Seseorang mukmin itu menjadi cermin diri kepada saudaranya yang lain."
( Hadith hasan riwayat Abu Daud )
Sahabat yang bersifat sidq lagi ikhlas akan mengingatkan kamu dan apabila kamu memerlukan dia akan membantumu. Setelah proses dan tuntutan ini berjalan lancar maka natijahnya lahirlah keharmonian dalam saf, berkembang pesatlah dakwah Rabbaniyyah. Lantas suburlah roh keimanan meresap ke dalam gerak kerja dakwah di semua peringkat. Di samping itu saf Islami bersih daripada sebarang penyakit, masalah dalaman serta pengaruh hawa nafsu dan segala penyakit yang berpunca daripadanya. Kita memohon pertolongan daripada Allah SWT dan kepadaNya kita bertawakkal.
Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.
Menarik sangat2...:) best klu ade halaqah2 cmni..:)
ReplyDelete