" Pandangan aku ini betul berkemungkinan juga tersilap, pandangan kamu tersilap dan berkemungkinan juga betul "
- Imam Syafie -
Menjadi mutawassithin dan tawazun dalam setiap perkara itu adalah lebih digalakkan berbanding menjadi mutasyaddideen dan mutasahhileen dalam menilai pendapat dan permasalahan didalam Islam..
Golongan kuffar menginjak-injak dan menindas kita selama ratusan tahun. Masih relevenkah kita sebagai orang Islam bertelagah dan membincangkan perkara yang hanya bernatijahkan perselisihan pendapat berkaitan furu` berbanding mencari penyelesaian yang baik untuk mengangkat martabat Islam??
Ayuhlah para pemuda, bangkitlah dari lena perselisihan yang panjang.. laksanakanlah anjakan paradigma dalam memperjuangkan Islam tercinta. Lakukan sesuatu yang dapat memartabatkan Islam kembali, dan berhentilah berkecimpung didalam pertikaman lidah berkaitan perselisihan pendapat yang telah diperbincagkan ulama` hampir ratusan tahun..
Berlapang dadalah sesama kita selagi mana apa yang dilakukan itu hala tujunya merupakan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Pertingkatkan KUALITI Intelek,Emosi dan Spirit supaya kita mampu menggabungkan ketiga-tiga elemen tersebut untuk memperolehi KUALITI dakwah yang terbaik dalam menegakkan kembali kalimah
!!! لا إله إلا الله محمد الرسول الله ...
Iqrar Bersama :-
" Kami redha bahawasanya Allah s.w.t. itu tuhan kami, Islam itu merupakan agama kami dan Nabi Muhammad s.a.w. itu rasul serta nabi kami."
Tingkatkan KUALITI kita sebagai Muslim. Terus mara kehadapan dalam memperjuangkan Islam tercinta. Berhenti bertelagah sesama sendiri dan cari penyelesaian yang terbaik supaya Islam kembali gemilang di persada dunia.
WaAllahu wa Rasuluhu a'lam...

0 comments:
Post a Comment
Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.