Showing posts with label Aqidah. Show all posts
Showing posts with label Aqidah. Show all posts

27 January 2013

Wajah Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Kehidupan merupakan satu fenomena alam yang tidak terjangkau pemikiran serta pemerhatian terhadapnya. Dari segenap pengkajian serta penghayatan, kehidupan merupakan satu fenomena yang tidak terungkai jawapannya dari segala jenis persoalan yang bermain difikiran. Kesempurnaan sering dikaitkan dalam kehidupan. Manusia, suatu benda hidup yang amat menginginkan kesempurnaan di dalam kehidupan. Kesempurnaan yang diidamkan sama sekali tidak akan tercapai kerana yang empunya kehidupan sahaja punya kesempurnaan.

   Kehadiran manusia di muka bumi ini adalah satu anugerah dari pencipta. Pemberian anugerah kepada anugerah apabila manusia diberikan mandat di muka bumi ini untuk menjadi wakil pencipta mentadbir sfera. Kedapatan manusia di muka bumi pada hakikatnya adalah menjadi ejen pemusnah bumi yang terbaik sekaligus menjadikan sfera kepada segitiga. Akibat dari keinginan mendapatkan kesempurnaan, kerakusan menjadi tonggak dalam pengubahsuaian sfera kepada segi tiga. Inilah yang dipersoalkan malaikat yang bersifat garis lurus di era awal penciptaan manusia.

18 July 2012

Hakikat Zikir (2)




Zikir Menurut Al-Quran





   Sesiapa yang memerhatikan ayat-ayat yang menyebut الذِّكْرُ dalam al-Quran nescaya akan mendapati ianya banyak disebut. Ayat-ayat tersebut menggesa serta menuntut dalam semua keadaan supaya sentiasa menggunakan zikrullah ini sebagai pakej perawatan kerohanian tanpa sekatan atau syarat. Seperti yang kita maklum, semua ibadat yang bersifat amali yang diperintahkan oleh Allah SWT, ia terikat dengan syarat-syarat tertentu, masa yang menentukan sah atau tidaknya atau tertegahnya sesuatu amal itu. Hal ini tidak berlaku kepada zikrullah! Bahkan ia dituntut supaya dilakukan pada setiap waktu, suasana dan realiti, walaupun ketika ingin meniduri isteri atau memasuki tandas.

   Disana banyak terdapat ayat al-Quran yang menjelaskan tentang kedudukan zikrullah, galakan melakukannya serta peringatan Allah SWT kepada mereka yang lalai dan yang menentang suruhan supaya berzikir. Berikut ini akan dijelaskan tentang ayat-ayat al-Quran yang memerintahkan secara umum supaya berzikir dan ayat yang memerintahkan berzikir secara bersyarat. Antara firman Allah SWT :

Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman,  ( untuk bersyukur kepada Allah ) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. (41) Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. (42) Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikatNya pula ( berdoa bagi kamu ), untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita ( kufur dan maksiat ) kepada cahaya yang terang benderang ( iman dari taat ) dan adalah Dia sentiasa Melimpah-limpah rahmatnya kepada orang-orang yang beriman ( di dunia dan di akhirat ). (43)"
( Al-Ahzab : 41-43 )

17 July 2012

Hakikat Zikir (1)

Kitab :
Tanbih al-Fikr ila Haqiqah al-Zikr

Penulis
Syeikh Muhammad Adib Kalkal, Syria

Penterjemah :
Ustaz Abdul Basit bin Abdul Wahab





بسم الله الرحمن الرحيم

   Allah SWT telah menganugerahkan al-Din al-Islam yang tidak ada tolok-bandingnya kepada kita. Agama yang memimpin manusia ke jalan yang lurus serta memenuhi tuntutan ruh dan jasad manusia. Agama yang mengisi keperluan manusia dunia dan akhirat. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmanNya :

Yang bermaksud : " Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu
( keperluan dan bekalanmu ) dari dunia dan berbuat baiklah
( kepada hamba-hamba Allah ) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu ( dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah ) ... "
( Al-Qasas : 77 )

   Di samping itu Allah SWT menuntut manusia supaya menjaga kesihatan dan berusaha untuk berubat apabila ditimpa oleh penyakit serta tidak mengambil mudah persoalan ini. Kita juga dituntut supaya sentiasa menjauhi diri daripada unsur-unsur yang merosakkan. Oleh itu, Allah SWT telah mengharamkan perkara-perkara yang keji dan mungkar. Manusia juga telah diberitahu bahawa mereka akan dipertanggungjawabkan pada hari kiamat dihadapan Allah SWT terhadap segala nikmat yang telah digunapakai termasuklah tubuh badan mereka. 

   Lantaran itulah

12 July 2012

Saluran Yang Menghidupkan Iman (2)






Sambungan...


Aspek Dakwah






   Berusaha membentuk halaqah-halaqah tertentu dengan kembali mencontohi pembentukan yang telah diasaskan oleh generasi pertama. Rantaian halaqah ini berfungsi sebagai acuan tarbiyyah yang berkekalan yang bakal membentuk keimanan yang kukuh dan subur. Antara aktiviti utama yang disyorkan di dalam halaqah tersebut ialah :

1- Membaca ayat-ayat atau surah tertentu daripada al-Quran dengan penuh tadabbur serta memastikan pengertiannya difahami oleh keseluruhan ahli halaqah.

2- Berzikir secara berjemaah dan penuh khusyu'.

3- Memelihara solat-solat sunat dalam jamaah halaqah dengan suara yang lunak dengan penuh ikhlas.

Saluran Yang Menghidupkan Iman (1)







بسم الله الرحمن الرحيم

   Assalamualaikum...

Selawat dan salam ke atas junjungan kita muhammad SAW serta para sahabatnya dan seluruh ahli keluarganya. Terlebih dahulu ucapan beribu kemaafan penulis titipkan buat seluruh pembaca yang budiman atas penangguhan entri yang agak berpanjangan. Keterlewatan memasukkan entri terbaru adalah disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Semoga pembaca seluruhnya tidak jemu membaca segala apa yang dititipkan di dalam blog ini.




   Entri kali ini penulis ingin membawa pembaca untuk sama-sama menghadam beberapa perkara berkenaan saluran yang mampu untuk menghidupkan iman kembali. Adakah selama ini iman kita telah dibuai lena sehingga menuntut kita berusaha membangun dan menyedarkannya semula? Atau cahaya keimanan di dalam hati kita sudah semakin malap? Atau hati kita telah melencong lebih mengasihi yang lain daripada Allah? Atau bunga-bunga iman masih mekar di dalam hati-hati kita seperti mana ia segar di dalam hati para sahabat? Atau adakah keinginan jiwa kita masih membara untuk memegang janji-janji yang telah diikrarkan di hdapn Allah di alam roh dahulu?

   Segala persoaan tersebut memerlukan jawapan yang tepat dan konkrit. Jawapannya yang sebenar tidak lain dan tidak bukan ialah satu gerakan dakwah pembaharuan mestilah digerakkan untuk membangkitkan iman serta dakwah yang bersifat Rabbaniyyah. Oleh kerana itu adalah diharapkan nilai-nilai keimanan dan kerohanian yang tinggi ini akan menguasai pemikiran dan gerakan dakwah Islamiah.

   Terdapat dua aspek yang perlu diambil kira untuk menjadi saluran kepada penghidupan semula iman kita. Aspek tersebut merupakan aspek individu dan juga aspek dakwah. Mari sama-sama kita menghadam dan meniliti kedua-dua aspek tersebut dalam konteks yang mudah untuk difahami.

28 March 2012

Benarkah Islam Agama Penyelesaian?!





   بسم الله الرحمن الحيم 

   Salam sejahtera ke atas semua kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Semoga anda semua berada di dalam lingkungan rahmat dan belas Ehsan Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Muhammad SAW serta para sahabat dan ahli keluarganya. Pada hari ini penulis ingin membicarakan beberapa perkara berkenaan agama Islam. Berdasarkan tajuk diatas, terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawasanya Islam merupakan agama penyelesaian kepada semua perkara yang berkaitan kehidupan manusia. Agama lain tidak mampu untuk menjadi agen penyelesaian terhadap kehidupan manusia kerana terdapatnya campur tangan makhluk terhadap agama tersebut. Agama selain Islam tidak lagi mampu untuk menangani kemelut permasalahan kehidupan manusia dek kerakusan para penganutnya mengubah dan menambah sesuatu di dalam agama tersebut mengikut acuan dan pemahaman tersendiri. 

   Mengapa penulis mengatakan bahawasanya Islam itu merupakan agama penyelesaian dan di atas hujjah apakah yang mampu untuk menyokong sepenuhnya dengan apa yang diketengahkan oleh penulis? Cuba kita amati dan fikirkan dengan sebaiknya berkenaan firman Allah SWT yang bermaksud :

22 March 2012

Soal Jawab : Islam Menang 4 - 0








   Create A Demand And Then Supply, If No Demand Dont Supply. Begitulah slogan yang perlu ada takala berhadapan dengan non Muslim dalam menyampaikan dakwah. Disini penulis bawakan sedikit soal jawap brother Lim Jui Soon dengan seorang pengetua di sebuah sekolah Kristian.

Pengetua : " Brother Lim, bole tak saya tanya sikit? "

Brother Lim : " Sikit tak boleh, mesti mau banyak."

Pengetua : " Saya tak faham la, saya tengok kamu nie agak terpelajar. Kenapa kamu pilih untuk masuk agama ini ( Islam ).?"

Brother Lim : " Saya nak masuk agama ini sebab saya nak ikut Jesus Christ."

Terjemahan Allah Dalam Bible Versi Melayu

 


   Adakah wajar bagi orang Kristian apabila perkataan God di dalam Bible berBahasa English diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dengan perkataan Allah?


   Seperti mana yang kita sedia maklum, perkataan God jika diterjemah ke dalam Bahasa Melayu adalah tuhan dan bukannya Allah. Jadi ada dikalangan orang Kristian meminta untuk menterjemahkan perkataan God yang tertulis di dalam Bible kepada perkataan Allah. Kenapa mereka mahu menterjemahkan God yang bererti tuhan di dalam Bahasa Melayu kepada perkataan Allah yang merupakan Bahasa Arab?? Jawab orang Kristian mereka ada hak untuk menggunakan nama Allah. Kata mereka walaupun perkataan Allah di dalam Bahasa Arab mereka tetap ada hak untuk menggunakannya sebagai terjemahan kepada perkataan God. 

10 March 2012

Kisah al-Quran Terbukti Benar

Menangkis Keraguan


   KISAH-kisah di dalam al-Quran tidak sama dengan kisah legenda yang ada pada hari ini. Al-Quran adalah wahyu daripada Allah. Justeru semua kisah yang dipaparkan adalah kebenaran yang tidak dapat dipertikaikan. Penemuan-penemuan semasa dalam bidang arkeologi mengesahkan hakikat ini.
Salah satu contoh adalah kaum Thamud. Mereka memiliki kemahiran membina bangunan-bangunan di gunung-ganang dan Nabi Salih diutus kepada mereka. Dalam surah as-Syuara ayat 149, Allah berfirman: Dan kamu pahat sebahagian dari gunung-ganang untuk dijadikan rumah-rumah dengan rajin.


   Kesan peninggalan sejarah yang berkaitan dengan kaum Thamud berbentuk bangunan-bangunan yang dipahat di gunung-ganang ditemui di Lembah Rom di Jordan. Di dalam Britannica Micropaedia dijelaskan: ``Kajian-kajian terbaru dalam bidang arkeologi menemui tulisan serta gambar-gambar yang dihasilkan oleh kaum Thamud. Ia bukan sahaja terdapat di Jabal Athlab malah di seluruh kawasan Arab Tengah.''

09 March 2012

Fahaman Songsang Syiah





ISI AJARAN :
A.    Penyelewengan Dari Sudut Akidah
  1. Imam adalah ma'sum.
  2. Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
  3. Berpura-pura.
  4. Saidina Ali disamatarafkan dengan Allah SWT
  5. Menghalalkan nikah Mut'ah.
  6. Khalifah diwasiatkan secara Nas.
  7. Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...