BIODATA PENULIS



     Nama penuh Huzaifah bin Basit. Penulis merupakan anak kepada Abdul Basit bin Abdul Wahab dan Zaini Ftiriah bt Zainol Abidin. Dilahirkan pada tanggal 29 July 1987. Mesir merupakan tanah kelahiran penulis. Penulis juga merupakan anak sulung dari 12 orang adik beradik. Pendidikan pertama adalah di Tadika Al-Anfal Paroi Jaya, Seremban Negeri Sembilan. Menyambung pendidikan sekolah rendah selama 6 tahun di Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah yang kini bertempat di Taman Rashidah Utama Senawang Negeri Sembilan. Sempat melanjutkan pelajaran dalam bidang tahfiz selama dua tahun di dua buah Maahad Tahfiz iaitu Maahad Tahfiz As-Saidiyyah Senawang N.Sembilan dan juga Maahad Tahfiz Al-Mukmin Temerloh Pahang. Mengambil peperiksaan PMR dan juga SPM di Sekolah Menengah Agama Dato' Kelana Petra Ma'amor Ampangan N.Sembilan.

      Setelah 3 hari selesai menduduki peperiksaan SPM, penulis diterbangkan ke negara Republik Arab Syria bagi melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Antara institusi yang sempat penulis menuntut ilmu di Syria adalah, Institut Bahasa Arab Mazzeh Syria, Maahad Tahzib Suq Hamidi Syria, Ta'hili Abu Nor Syria dan yang terakhir adalah Universiti al-Fatah Islami Syria. Penulis menghabiskan masa selama 5 tahun di Syria bagi mengisi ilmu didada demi agama Islam yang tercinta.

       Kini, penulis sedang melanjutkan pelajaran di bumi syam juga. Penulis kini berada ditahun keempat pengajian peringkat Ijazah Sarjana muda bidang Fiqh Wa Usuluhu atau dikenali dengan Syariah di Malaysia. Universiti Al al-Bayt Jordan menjadi universiti pilihan penulis untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. InsyaAllah sekiranya tiada aral melintang, penulis akan menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda ini dalam tahun 2014. Sekiranya rezeki memihak kepada penulis, dengan izin Allah penulis akan menyambung pengajian ke peringkat Master di Mesir insyaAllah.

        Penulis mula blogging pada tahun 2010 dan terhenti blogging sekitar dua tahun. Disebabkan gelaran newbie, pada permulaan blogging banyak dari posting penulis merupakan bahan copy paste dari artikel-artikel orang lain. Pada tahun 2012, penulis mula serius dalam bidang penulisan blog dan memulakan penulisan artikel panjang yang bertajuk IQ + EQ + SQ = Quality. Penulis memohon maaf kepada semua. InsyaAllah bermula dari tahun 2012 ini segala posting tidak lagi merupakan bahan copy paste. Semoga semua pembaca mampu mendapat manfaat dari semua artikel yang penulis ketengahkan.

        Begitulah serba sedikit latar belakang penulis. Syukran kerana sudi menziarahi blog penulis, semoga anda dirahmati Allah.

Wassalam..

0 comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...