IQ+EQ+SQ = QUALITI

بسم الله الرحمن الرحيم 

  Sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Dijadikannya tubuh badan manusia sempurna dengan pelbagai kekuatan dan ianya adalah untuk kegunaan manusia itu sendiri bagi menjalani kehidupan mereka di dunia. Umumnya manusia itu pasti dianugerahkan akal, hati dan juga satu sifat yang dikongsi oleh semua manusia iaitu kepercayaan wujudnya tuhan yang Maha Esa. Sangat-sangat beruntunglah bagi manusia yang menyembah Allah S.W.T yang satu tiada dua dan tiganya, tidak beranak dan diperanakkan. Dialah satu-satunya tuhan yang layak disembah dan tiada sekutu baginya.

       Kebanyakkan kita bagaikan terlepas pandang dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah SWT dan tidak menggunakan segala yang ada dengan teori yang tepat untuk mendapatkan 'sesuatu' di dalam kehidupan. Perlu kita sedari bahawasanya kita sedang mensia-siakan anugerah yang Allah berikan kepada kita. Apa yang ingin dikejar di dalam kehidupan?! Harta, persahabatan, kebahagiaan, kekeluargaan dan sebagainya, adakah itu yang MANUSIA kejar di dalam kehidupan?! Apa sebenarnya yang dikejar di dalam kehidupan manusia?! Jadi di dalam artikel ini mari kita sama-sama berkongsi satu Ideologi yang bagi penulis insyaAllah akan membuatkan kita berfikir panjang dan bijak dalam mengatur segala kehendak kehidupan samada di dunia mahupun di akhirat.

       Sebelum kita berlayar jauh, penulis akan menerangkan serba sedikit terhadap perkara yang ingin diberikan pencerahan di dalam artikel ini. Manusia itu pasti punya akal, hati dan juga sifat keyakinan. Dalam bahasa yang lebih unik adalah Intellect, Emotional dan Spirit. Seringkasnya IQ, EQ dan SQ. Jadi, pencerahan tentang apa lagi yang ingin dilanjutkan?! Bukankah selama ini kita gunakan ketiga-tiganya di dalam kehidupan?! Ya!! memang benar kita menggunakannya akan tetapi kita seringkali mencerai-beraikan ia tanpa menggabungkan ketiga-tiga elemen tersebut secara serentak. Seringkali ada yang tidak diambil endah. Kadangkala IQ dan EQ amat kuat akan tetapi SQ kita amat-amatlah lemah. Begitulah seterusnya, seringkali kita lupa menggabungkan ketiga-tiganya serentak.

       Kita akan membincangkan perkara ini satu persatu. Teori yang diketengahkan di sini adalah 
IQ+EQ+SQ = Qualiti. Bagaimana gabungan ketiga-tiga elemen ini mampu untuk menjadikan kita insan terbaik?? Mengapakah Qualiti yang dijadikan sasaran?! Adakah benar-benar berkesan teori ini?! segalanya akan terjawab dan penulis akan mengupas satu persatu sehinggalah kita mampu menjadi insan terbaik dengan penggabungan cemerlang terhadap elemen-elemen tersebut insyaAllah.. 



IQ


     Apabila melihat perkataan Intelek atau IQ ini, maka secara automatiknya kita akan terfikir tentang Otak, kepala dan cara berfikir. IQ adalah singkatan daripada perkataan Intellect Quotes. Kekuatan intelek berada di dalam Aqal manusia dan Aqal itu terletak di dalam jiwa manusia. Otak barangkali singkatan daripada perkataan  Organ Terpenting yang Ada di Kepala manusia. Otak merupakan satu sistem yang berada di dalam tubuh manusia dimana penciptaannya amatlah unik kerana mampu untuk menyimpan pelbagai data serta mampu memproses maklumat tanpa batasan. Otak dan Aqal mempunyai perbezaan yang ketara kerana yang berOtak belum tentu ianya berAqal dan yang berAqal semestinya mempunyai Otak. Di dalam dunia ini, hanya makhluk yang bergelar manusia sahaja yang punya Aqal Otak. Makhluk lainnya hanya dianugerahkan Allah SWT Otak tanpa disusuli dengan Aqal. Bersyukurlah wahai manusia kerana Allah memberi nikmat Aqal yang memuliakan kita di dunia sekaligus di akhirat. Disebabkan kita punya Aqallah maka dapat kita bezakan yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana taat yang mana khianat dan sebagainya.

     Tugas Otak yang ada pada manusia itu adalah untuk berfikir dan manusia wajib berfikir menggunakan Aqalnya yang berpusat di jiwa. Manusia yang berfikir hanya menggunakan Otak tanpa gabungan Aqalnya adalah diantara penyebab terjadinya kemusnahan sosiologi, keruntuhan tamadun, keruntuhan moral, mensyirikkan Allah SWT dan banyak lagi kemusnahan dan permasalahan yang berlaku akibat daripada kelalaian manusia untuk menggabungkan Aqalnya dalam cara berfikir. 



       Aqal menurut pengertian Islam bukanlah Otak akan tetapi merupakan daya berfikir yang terdapat di dalam jiwa manusia. Al-Quran memberikan kedudukan yang istimewa kepada Aqal. Islam menjadikan berfikir sebagai satu kemestian keatas semua manusia. Berfikir dianggap sebagai bentuk ibadah yang tertinggi. Perkara ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT yang bermaksud :


       " Mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan tidur serta berfikir pada kejadian langit dan bumi (lalu berkata) Tuhan kami, sesungguhnya engkau tidak menjadikan semua ini sebagai suatu kebatilan, maha suci Engkau. Maka lindungilah kami dari azab api neraka.." ( Ali 'Imran 2 :190 )

       Allah SWT juga menghina manusia yang tidak mahu berfikir sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

       " Sesungguhnya Sejahat-jahat makhluk Yang melata, pada sisi (Hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang Yang pekak lagi bisu, Yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)."  ( al-Anfaal 6 : 22 )

       Begitulah serba sedikit intro berkenaan Otak dan Aqal. Bagaimana caranya untuk kita menggunakan Aqal kita dengan sebenar-benar penggunaan, dengan penggunaan yang maksimum supaya mendapat satu hasil atau impak yang sangat terbaik di dalam kehidupan kita?? pertama sekali mari kita tinjau dan perhatikan gambar dibawah ini :

7 Habits by Stephen R.Covey

       Pandangan pertama terhadap gambar ini adalah kita bagaikan sedang melihat seorang perempuan muda yang masih berambut hitam. Dia sedang memalingkan mukanya dan tersergam sehelai bulu burung menghiasi hujung rambutnya. Kepalanya pula dilitupi sutera dan dia amat anggun sekali. Sekiranya anda seorang lelaki dan ditanya, " inginkah anda menikahi wanita ini jika dia berada dialam realiti?", pasti dengan mudah anda menjawab "Ya!!"

       Gambar ini sebenarnya berformatkan 2 Dimensi, cuba anda amati semula gambar tersebut. Setujukah anda sekiranya penulis mengatakan bahawa gambar ini sedang memaparkan wajah seorang yang tua, hidungnya besar, bibirnya mengecut dan tidak layak lagi untuk digelar sang ratu, setuju?? Sekiranya tidak bersetuju, mohon anda perhatikan dan amati semula apa yang penulis katakan terhadap gambar 2 Dimensi ini. Semestinya anda sudah menjumpai apa yang penulis katakan, benar?! Andai masih lagi tidak sepakat dengan penulis, mohon amati semula dengan kekuatan Aqal dua kali ganda.

       Dengan pengamatan dan penelitian menggunakan dua kali ganda kekuatan Aqal maka terpacul keluarlah dari mulut anda perkataan "ahaaa!! / ermmm!! / oooo!! dan sebagainya". Dapat kita lihat satu gambar yang mempunyai dua wajah, dua penampilan yang amat ketara. Dari cantik berubah kepada satu wajah yang tidak menyelerakan. Mengapa gambar ini dijadikan pilihan?! Apa yang ingin disampaikan dalam gambar ini?! Oleh itu mari kita kupas bersama tentang kaitan gambar ini terhadap cara berfikir.

       Kita cuba dengan teori yang mudah. Dalam berfikir kita seharusnya mengenepikan istilah taksub atau berpihak dengan satu sudut tanpa melihat sudut yang lain. Mudahnya kita harus berfikir dengan memandang dua sudut dan bukannya satu sudut. Lebih mudah lagi apabila kita berfikir perlulah melihat dari sudut +ve dan -ve.

       Mari kita lihat bagaimana cara berfikir sebegini mampu untuk mendatangkan hasil yang terbaik. Sedikit kisah tentang si A dan si B. Si A telah mengeluarkan satu teori berkenaan pembedahan organ. Apabila teori sudah dikeluarkan, makanya si A memerlukan satu praktikal untuk membuktikan kebenaran teorinya. Seusai khabar berkenaan hasratnya itu sampai kepada si B, maka dengan pandangan 'satu sudut' si B ketika itu mengeluarkan fatwa Haram atas alasan menyeksa mayat. Si A berpandangan 'dua sudut' tetap meneruskan hasratnya dengan ketetapan bahawasanya ini boleh mengembangkan perubatan Islam. Setelah praktikal selesai dijalankan dan berjaya, datang lagi si B ketika itu dengan membawa fatwa Harus jika sekadar satu kajian. Si A dengan ketetapannya lagi meneruskan praktikalnya dengan memindahkan organ kepada manusia lain dengan berpandangan hasilnya boleh menyelamatkan nyawa. Datanglah buat kali terakhirnya fatwa dari si B mengatakan Wajib bagi membantu manusia yang lain.

      Dari cerita ini bukanlah salah benar yang ingin dihujjahkan, akan tetapi kita melihat dari kontek cara berfikir dan apa impaknya. Si A memandang kepada banyak sudut terutamanya kemaslahatan dimasa akan datang. Manakala si B hanya membantah dan berpandangan semata-mata dengan hukum tanpa memikirkan cara membantu si A untuk membenarkan teori tersebut. Maka berjayalah si A menyebarkan teorinya demi kemaslahatan sejagat dan duduk ditahap lamalah si B tanpa ada apa-apa untuk dikongsikan bersama komuniti manusia seluruhnya. Pilihlah, anda mahu mengambil cara yang mana dalam berfikir. Fikir sedalamnya dan binalah satu keputusan cemerlang di dalam hidup anda. Penulis percaya anda mampu mengubah cara berfikir yang lebih efektif, insyaAllah.

       Beralih pula kepada kisah kedua. Ketika ini anda mempunyai satu tugas yang perlu disiapkan segera. Tugas tersebut merupakan tesis Bahasa Arab dan 'deadline'nya berbaki 3 hari. Dalam masa yang sama anda dilingkari dengan 3 masalah besar. Handphone anda rosak, laptop anda dimasuki virus dan gitar anda terputus talinya. Jadi, apa yang perlu anda lakukan?! Sekiranya anda merupakan seorang yang berfikiran 'satu sudut' maka anda akan pergi ke kedai handphone dan membaikinya terlebih dahulu kerana anda sedang menyangka bahawa diri anda adalah seorang Presiden Uganda yang sangat penting untuk dihubungi. Dengan itu anda sudah menjadi insan yang kurang bijak dalam berfikir. Sekiranya anda seorang yang sangat bijak berfikir, anda semestinya akan mengambil teori ini " mencari jalan penyelesaian yang paling utama untuk menyelesaikan masalah yang utama ". Masalah anda yang paling utama sekali adalah menyiapkan tesis Bahasa Arab dan penyelesaian utama adalah membaiki laptop terlebih dahulu. Dengan siapnya laptop maka anda mampu untuk menyelesaikan tesis anda pada masa yang telah ditetapkan. Pada ketika itu, handphone dan gitar merupakan perkara ketiga dan keempat yang perlu diselesaikan atau dibaik pulih. Begitulah yang seharusnya kita lakukan di dalam kehidupan ini. Teori " mencari jalan penyelesaian yang paling utama untuk menyelesaikan masalah yang utama " sangat bersesuaian digunakan pada semua keadaan dalam menyelesaikan apa jua masalah.

EISQ


       Mari kita bincangkan pula apa kaitan bijak berfikir di alam pekerjaan atau pembelajaran. Hidup ini anda tidak akan terlepas dengan fenomena revolusi. Revolusi kemodenan, ilmu, sistem dan ketamadunan. Sekiranya anda menjadi orang yang kurang bijak dalam penggunaan Aqal makanya anda pasti akan ketinggalan dalam setiap perkara. Teori seterusnya adalah  " fahami intipati sesuatu maklumat bukan menerima buta segala maklumat" . Contohnya Rasulullah S.A.W bersabda berkenaan siwak / kayu sugi, sekiranya kita hanya menerima buta dengan hadith tersebut maka kita pasti hanya akan bercakap berkenaan dengan siwak / kayu sugi, akan tetapi, dengan teori " fahami intipati sesuatu maklumat bukan menerima buta segala maklumat" kita pastinya akan membincangkan tentang pembersihan gigi yang disaran oleh baginda. Bukanlah penulis menafikan kelebihan siwak / kayu sugi, akan tetapi baginda pastinya ingin menyampaikan sesuatu yang lebih penting dari itu. Teori ini mungkin boleh dimudahkan lagi dengan ayat " fahami yang tersurat beserta tersirat dalam setiap perkara". Dengan itu fahamilah dengan jelas setiap maklumat yang diperolehi supaya kita tidak tertipu dengan pemahaman yang sonsang dan akan membinasakan diri kita.

       Membaca merupakan satu perkara yang amat dibenci oleh kebanyakkan manusia, sedangkan membaca itu merupakan satu penambah maklumat yang paling terbaik. Membaca membuatkan Otak lebih kuat teransang berbanding mendengar. Membaca merupakan satu senaman minda kerana dengan membaca anda menggunakan sel-sel didalam Otak anda untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda anda menjadi lebih sihat dan terus sihat. Dalam pembacaan pula, perkara yang sering terjadi adalah penerimaan yang membuta tuli dengan maklumat yang diperolehi, tanpa ada tindakan susulan yang sewajarnya dilakukan oleh pembaca.

        Apakah tindakan susulan itu?! Tindakan susulan tersebut adalah mempersoalkan apa yang anda baca.Kenapa penulis menulis begini dan begitu?! Kenapa penulis tidak menulis begini dan begitu?! Adakah maklumat ini benar?! Dari mana sumber penulis?! dan pelbagai lagi soalan yang perlu diajukan ketika anda membaca.

       Sekiranya anda mempersoalkan pembacaan anda makanya anda adalah seorang insan yang amat kuat berfikir dan itu menunjukkan anda seorang yang berAqal. Kata Imam Ghazali " soalan ( كيف ) bagaimana / apa itu merupakan kunci ilmu ". Ingatkah anda semua bagaimana cara pembacaan anda ketika dizaman persekolahan dulu?! Anda dipaksa membaca, menghafal dan memuntahkannya di atas kertas peperiksaan terutamanya subjek sejarah. Setelah anda dewasa dan bijak berfikir barulah anda merasakan kerugian yang amat dengan cara anda membaca ketika dizaman persekolahan dulu. Anda rugi dan terus rugi sekiranya berterusan begitu. Jadi, teori dalam pembacaan adalah " persoalkan apa sahaja yang kita baca " melainkan perkara yang berkaitan dengan tauhid yakni sesuatu yang pastinya tidak mampu dijangkau oleh Aqal dan Otak ianya hanya mampu difahami dengan keyakinan yang jitu. Tauhid adalah perkara yang berkaitan dengan keyakinan / aqidah / kepercayaan tentang kewujudan Allah. Cukuplah sekadar meyakini bahawasanya Allah itu SATU tiada dua dan tiganya dan DIAlah yang layak disembah dan ditaati perintahnya dan ditinggalkan segala larangannya. Untuk memudahkan anda, penulis menyarankan satu konsep yang pastinya akan berkesan buat cara anda berfikir. Konsep tersebut adalah " baca, tulis, faham dan soal pada setiap apa sahaja pembacaan". 

       Kesimpulannya, pada waktu ini anda telah pun memperoleh beberapa konsep atau teori yang dibawakan oleh penulis tentang cara berfikir yang efektif menggunakan Aqal + Otak. Beberapa konsep atau teori tersebut adalah :

1. Menggabungkan Otak bersama Aqal dalam berfikir.

2. Memandang dua sudut bukannya satu sudut.

3. Melihat dari sudut +ve dan -ve.

4. Memandang kepada banyak sudut.

5. Mencari jalan penyelesaian yang utama untuk menyelesaikan masalah utama.

6. Fahami intipati sesuatu maklumat bukan menerima buta segala maklumat.

7. Fahami yang tersurat beserta tersirat dalam setiap perkara.

8. Persoalkan apa sahaja yang kita baca.

9. Baca, tulis, faham dan soal pada setiap apa sahaja pembacaan.


Imam al-Ghazali

       Kata-kata Imam Ghazali yang boleh dijadikan pilihan oleh anda untuk menjadi golongan yang mana. Kata Imam Ghazali, manusia itu terdiri daripada 4 golongan :

1. Tahu apa yang dia tahu.

2. Tahu apa yang dia tak tahu.

3. Tak tahu apa yang dia tahu.

4. Tak tahu apa yang dia tak tahu.

       Rugilah bagi anda sekiranya menjadi golongan yang keempat dan bawalah diri anda kearah golongan pertama yang disebut oleh Imam Ghazali itu nescaya anda akan menjadi insan yang sangat beruntung dan hebat sepanjang masa. Bersama kita mengubah cara berfikir kita supaya kita mampu untuk tergolong dalam golongan pertama tersebut. Berdoa, berusaha dan tawakkallah pastinya Allah akan kurniakan kelebihan buat anda.Pasti!! Barangsiapa yang bersangka baik dengan Allah pasti hidupnya bahagia, maka berfikiran +ve lah dalam setiap usaha anda dan yakinilah bahawa Allah itu tuhan yang sangat pemurah dan sentiasa membantu hambanya yang mahu melakukan perubahan.

       Rumusannya, elemen IQ semata-mata pastinya tidak mampu untuk mendapatkan 'sesuatu' di dalam kehidupan. Elemen lain perlulah turut serta bergabung bersama IQ anda untuk mendapakan 'sesuatu' itu. Jadi, sahabat kedua yang perlu bergabung bersama IQ adalah Emosi anda. Andai tidak digabungkan Emosi bersama IQ dengan baik pastinya anda kecundang di tengah-tengah arus kemodenan dan kemajuan yang terus maju tanpa henti ketika ini. Penulis ingin mengajak anda berlayar ke tengah samudera meredah badai dengan membincangkan pula perkara berkaitan Emosi dan gabungannya bersama IQ. Apakah perbincangan yang ingin diteruskan berkenaan Emosi dan bagaimana pula gabungannya bersama IQ mampu untuk mendatangkan sesuatu hasil yang terbaik?! Segalanya akan dikupas dan diberikan pencerahan oleh penulis dengan tajuk yang seterusnya. Teruskan pembacaan supaya anda mampu untuk menjadi insan yang terbaik dikalangan yang paling terbaik. InsyaAllah.




EQ


       Manusia dicipta dengan dua unsur yang sangat berkait rapat. Unsur tersebut kedua-duanya saling bergantungan. Tiada salah satu darinya membuatkan manusia itu terhenti pergerakan serta aktiviti yang diistilahkan sebagai kehidupan. Unsur tersebut merupakan Jasad dan Roh. Satunya dapat dilihat melalui mata kasar dan satu lagi unsur hanya mampu untuk diyakini dan tidak mampu dikupas menggunakan pancaindera yang terbatas, juga tidak dengan kemampuan Otak, akan tetapi dengan Aqal yang berpusat di jiwa mampu untuk memahami kedua-dua unsur ini dengan baik. Mari kita lihat bagaimana paparan Allah SWT di dalam al-Quran berkenaan kedua-dua unsur tersebut, Firman Allah SWT yang bermaksud :

( Jasad )

    "Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." ( al-Mukminuun 23 : 14 )

( Roh )

     "Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". ( al-A'raaf 7 : 172 )



       Jelas disitu menunjukkan bahawasanya Allah menekankan tentang penciptaan manusia dengan dua unsur yang sangat berkait rapat iaitu Jasad dan Roh. Sebagaimana yang disebut pada ayat pertama manusia ini peringkat awal pembentukannya adalah dari segumpal darah. Dapat kita yakini bahawasanya segumpal darah tersebut merupakan salah satu organ badan manusia yang dikenali sebagai Hati. Dengan itu, perbincangan yang seterusnya merupakan persoalan yang berkaitan dengan Emosi yang pastinya berkait rapat dengan Hati dan juga IQ. Emosi ini penulis ringkaskan dengan perkataan EQ yang berasal dari perkataan Emotional Quotes. Bagaimanakah anda ingin mencipta satu gabungan yang efektif diantara Otak, Aqal dan Hati agar dapat menghasilkan satu impak yang terbaik didalam kehidupan anda?! 

       Penulis mulakan pengembaraan EQ ini dengan konsep kesedaran diri. Anda merupakan satu makhluk yang digelar manusia. Makanya setiap makhluk itu pastinya datang dari pencipta dalam Bahasa Arabnya dipanggil khaleq. Apabila anda adalah seorang manusia semestinya anda punya pelbagai tanggungjawab untuk dilaksanakan. Sekiranya anda seorang lelaki maka tanggungjawab yang akan anda pikul adalah sebagai seorang ketua, ayah, abang, dan juga pendidik. Andai anda seorang wanita pula tanggungjawab anda adalah sebagai isteri, pendidik dan pembantu. Jadi, anda wajib melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan teori jadilah proaktif dengan membuat pilihan-pilihan yang bijaksana ketika melaksanakan tanggungjawab anda.

       Permulaannya, anda mestilah menjadi seorang yang kental Hatinya, yang kuat Emosinya, yang tidak mudah goyah dengan tekanan kerana manusia yang lemah Hatinya, mudah terganggu Emosinya merupakan manusia yang tidak mampu memikul tanggungjawab walau apa pun. Untuk menjadi seorang manusia yang utuh Hati dan Emosinya anda wajib meletakkan tujuan akhir sesuatu perlaksanaan atau meletakkan target utama yang anda ingin capai dalam melaksanakan sesuatu. Tujuan akhir itu wajiblah disusuli dengan keinginan yang maksimum agar ianya tidak mudah terhenti separuh jalan.


       Teringat penulis tentang kisah seorang hamba Allah ini, dulunya beliau merupakan seorang pelajar biasa yang tidak punya apa-apa dan usianya masih muda dalam lingkungan 20-an. Sahabat-sahabat disekelilingnya sering mengangap pemikirannya terlalu kebudak-budakan kerana sering merancang sesuatu yang bukan diatas kemampuannya. Semua sahabat sering mencemuhnya dan tidak yakin dengan impiannya untuk menubuhkan satu institusi pembelajaran bagi kanak-kanak atau nama mudahnya tadika / taska. Hamba Allah tersebut tidak sekali pun berkecil Hati dan terganggu Emosinya dengan ketidakpercayaan sahabat-sahabatnya malah semakin kuat semangatnya untuk meneruskan impian tersebut. Dengan konsep kesedaran diri dan beliau menjadi proaktif dalam setiap tindakannya kini beliau telah pun membuka Tadika Islam dan berjaya melaksanakan impiannya dalam usia yang masih lagi muda. Begitulah sebuah kejayaan sekiranya anda punya kesedaran diri dan menjadi proaktif serta tidak mudah berkecil Hati dan terganggu Emosi dengan tekanan, cemuhan, kritikan terhadap impian anda. Begitu juga dengan konsep meletakkan tujuan akhir dalam melaksanakan sesuatu, tujuan akhir dalam impian beliau adalah menubuhkan tadika dan disulami dengan kekuatan Hati serta Emosilah yang menempatkan dimana beliau berada kini.

       Tambahan dari pembaca :

      " Suatu ketika dahulu..itik berkawan baik dengan kura-kura..Tempat yang mereka diami dilanda kemarau yg akan berpanjangan..jadi mereka tiada lg sumber air di situ..:) Itik mengambil keputusan untuk terbang dan pindah dari situ,kura-kura berasa sgt sedih kerana die tidak mampu terbang seperti itik..Jadi,itik memberi satu cadangan yg membolehkan kura2 juga dapat terbang dan berpindah dari situ..Itik mencadangkan kapada kura2 agar menggigit kayu yg akan dicengkam oleh itik..Lantas,kura2 pun bersetuju..Sampai disuatu tempat yg ramai kanak2..terdengar suara kanak2 menjerit mencemuh si kura2..''ape la kura2 nie..dah la xde sayap,ade hati nk terbang mcm itik..tak sedar diri..''kura2 hanya mampu menahan cemuhan itu dan mencari kekuatan agar die dpt bertahan kerana die tahu,klu die buka mulut,die akan jatuh ke bawah.
        Sampai di tempat lain ,kanak2 lain pula berteriak memuji si kura2..''baguslah kura2 nie,walaupun die tidak mampu terbang..tp die cube,agar die boleh terbang ke langit..''mendengar pujian yg sebegitu si kura2 berasa sgt gembira dan membuka mulutnya untuk mengatakan die begitu gembira akhirnya kura2 jatuh ke tanah dan pecah berderailah badannya..Kesimpulannya,kalau kita mampu bertahan dengan cemuhan,kritikan dan sebagainya..kita mampu menjadi lebih cekal dan akan membuktikan yg kita mampu melakukannya dengan lebih baik..tetapi kalau kite bersenang2an dengan pujian di waktu sekarang..belum tentu lg kita mamapu mencapai sesuatu yg terbaik..kerana kite terlalu senang dengan pujian..dan mule patah semangat dengan segala kritikan dan cemuhan..hati dan emosi tidak kuat untuk menanganinya..Jadi,biarkan cemuhan dan kritikan itu yg membangkitkan semangat kita dan juga kecekalan hati kite..:) "

- Siti Norhafizah Idayu -

        Beralih pula kepada konsep belajar memahami sebelum minta difahami. Dalam kehidupan seharian, sebagai seorang manusia anda pastinya mahukan perhatian dari orang disekeliling anda terutamanya ahli keluarga anda sendiri. Sekiranya anda melakukan sesuatu perkara dan tidak mendapat sokongan dari orang disekeliling anda, pastinya anda akan mudah untuk patah semangat dan kecundang di tengah jalan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Perhatian yang anda inginkan bukanlah berbentuk pujian akan tetapi sokongan moral dan pemahaman jiwa dari insan-insan disekeliling anda. Sebelum sokongan moral tersebut diperolehi anda perlulah menjadi insan yang memahami dan mampu untuk memberikan sokongan moral kepada orang lain. Dengan tindakan anda memulakan konsep belajar memahami sebelum minta difahami, makanya tindakan anda tersebut akan menjadi magnet bagi menarik insan-insan disekeliling anda untuk memberikan perhatian dan sokongan moral terhadap anda. Mulakanlah dulu sikap memahami insan-insan yang berada disekeliling anda pastinya dalam masa yang sama mereka juga akan turut memahami anda.


         Kita kini berada di suatu zaman yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai akhir zaman. Pada ketika ini, ummat Islam yang dahulunya dikenali dengan kesatuan dan kesepakatannya telah berpecah menjadi 73 pecahan dan sering kali berbalah sesama sendiri malah ada pula yang sanggup berbunuhan dek kerana tidak sehaluan. Masalah yang sering terjadi pada masa kini adalah perbalahan berkenaan fikrah atau pendapat berkenaan agama Islam. Tiada lagi istilah fikir menang-menang yang mahu diamalkan oleh ummat Islam kini. Masing-masing berkeras kepala mempertahankan hujjah masing-masing, walaupun pada hakikatnya tajuk perbalahan hanyalah merupakan satu perkara yang pada hukum asalnya adalah harus kerana tidak punya nas dan dalil yang tetap. Cukuplah wahai saudaraku sekalian, berhentilah berbalah sesama kita. Masih banyak lagi tugas yang amat penting untuk dilaksanakan. Andai sesuatu perkara itu bertajukkan perselisihan pendapat ulama' maka tidak perlulah diperbalahkan. Jika anda perbalahkan juga, nescaya penulis berkeyakin bahawasanya anda hanya sedang membuang masa dan tidak mendapat faedah dari apa yang anda perbalahkan, malah api permusuhan sesama kita akan semakin membara dan membuatkan kita semakin berpecah dan terus berkecai ditelan perbalahan yang tidak berkesudahan. Cukuplah sekadar mengambil inisiatif dengan sikap fikir menang-menang sebagai penutup bicara perbalahan dan api permusuhan.

        Kata Imam Syafie : " Pendapat kamu benar mungkin juga ada salahnya, pendapat aku salah, mungkin juga ada benarnya." Melihat kepada apa yang diperkatakan oleh Imam Syafie, sedarkah anda bahawasanya setiap pendapat anda punya kebenaran dan juga kesilapan. Tidak perlulah berkeras kepala dan bertegang urat akan tetapi carilah titik persamaan diantara kita. Pasti Allah SWT akan merahmati anda yang menjaga tali persaudaraan dan menghentikan suasana perbalahan demi mencapai tingkat kebersamaan sesama Islam. Berfikirlah dengan dasar manfaat atau keuntungan bersama dan saling menghormati. Jangan dek kerana nafsu kita berbalah, jangan dek kerana musuh kita berpecah. Amalkanlah sikap fikir menang-menang sesama kita, moga dengan sikap tersebut anda mampu untuk menjadi tangga kepada kebangkitan Islam semula kelak.

        Dalam kehidupan anda, selain menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan juga minda, anda juga seharusnya tidak mengabaikan kesihatan Emosi. Kata Dr. Childre dan Bruce Cryerd, " kapasiti intelegen menjadi nipis ketika terjadinya frustrasi, kecemasan atau kegelisahan didalam diri. Kondisi Emosional sebegitu menimbulkan ketidakselarasan dalam sistem kelistrikan di dalam tubuh kita mahupun gangguan terhadap irama detak jantung, serta menipiskan efiesiensi neurologi. Inilah sebab mengapa orang-orang yang cerdas sekalipun masih melakukan pelbagai kebodohan. Jika setiap hari anda berusaha untuk mencapai keutuhan dan keharmonian didalam diri, anda pastinya akan menghemat waktu dan energi."

        Dengan itu, jagalah Emosi anda dengan baik. Jangan mudah mengalah,terasa hati, cepat marah dan elakkan apa sahaja yang berkaitan dengan perasaan negatif dari mengganggu Emosi anda. Hati anda perlukan kecerdasan dan kekuatan sebagaimana badan anda memerlukan unsur tersebut.

        Untuk mendapatkan Emosi yang baik, anda wajib mengatur diri anda dengan penyusunan yang amat efektif bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan tenteram. Jangan meletakkan diri anda dalam suasana yang boleh menyebabkan Emosi anda terganggu. Hindarkan diri sekiranya suasana tersebut mengakibatkan hati anda sakit, cemburu yang keterlaluan, marah dan sebagainya. Sekiranya anda tidak mengatur diri anda dengan penyusunan yang efektif makanya Emosi anda akan sentiasa berada dalam keadaan 'sakit' dan pastinya mengakibatkan segala tindakan anda tidak lagi rasional.

       Setelah selesai beberapa perbincangan berkenaan EQ, dapatlah penulis ringkaskan apa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan pengaplikasian yang baik terhadap Emosi anda, antaranya :

1. Kesedaran diri.

2. Jadilah proaktif.

3. Meletakkan tujuan akhir sesuatu perlaksanaan.

4. Meletakkan target utama yang ingin anda capai dalam melaksanakan sesuatu.

5. Tidak mudah berkecil hati dan mudah emosi.

6. Belajar memahami sebelum minta difahami.

7. Fikir menang-menang.

8. Berfikir dengan dasar manfaat atau keuntungan bersama dan saling menghormati.

9. Tidak mengabaikan kesihatan emosi.

10. Mengatur diri dengan penyusunan efektif.


       Selesailah sudah kisah dan perlayaran kita berkaitan IQ dan EQ. Kedua-duanya memerlukan gabungan yang ideal demi menghasilkan satu tindakan yang memberangsangkan. Anda tidak akan mampu untuk meneruskan kehidupan dengan jayanya jika salah satu dari unsur tersebut anda biarkannya berasingan dan tidak diambil peduli. Gabungkannya dalam setiap tindakan anda nescaya anda mampu beroleh kejayaan yang gemilang akan tetapi gabungan kedua-duanya masih belum mampu untuk menghasilkan buah kejayaan yang sebenar. Gabungan seterusnya adalah satu unsur yang amat kuat dan gagah sekiranya anda mampu untuk mengaplikasikannya dengan baik. Unsur tersebut akan penulis kupas pada tajuk seterusnya. Semoga anda tidak bosan dan mudah lelah di dalam pelayaran kita ini demi menggapai sebuah nikmat kehidupan yang berkualiti.




SQ



       Kehidupan manusia itu tidak akan lari dari terjadinya pelbagai permasalahan yang kadangkala mencetuskan berbagai kemusnahan samada kecil mahupun besar. Sepertimana yang anda sedia maklum, kaum arab dahulunya terkenal dengan budaya jahiliah dan ketinggalan dari segi tamadun serta peradaban. Mereka mengamalkan pelbagai budaya yang amat songsang dari segi nilai kemanusian yang sebenar. Setelah datangnya agama Islam, bangsa arab mampu mengejar tamadun dan peradaban bangsa lain dengan mempromosikan Islam sebagai tamadun mereka. Apabila peradaban dan nilai-nilai Islam diterapkan ke dalam jiwa bangsa arab, mereka mampu untuk berjuang berhabis-habisan demi menyebarkan agama Allah ini, sehinggalah Islam itu tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Apakah kekuatan mereka?! Adakah disebabkan jumlah yang ramai atau mempunyai dana yang melimpah ruah berunsurkan harta dan wang ringgit merupakan penyebab kepada kemampuan mereka untuk menyebarkan agama Allah?! Anda adalah seorang manusia yang buta hatinya jika beranggapan Islam itu tersebar disebabkan jumlah dan dana. Tahukah anda, unsur yang benar-benar membuatkan semangat bangsa arab ketika itu seperti api yang ganas membakar adalah cintanya kepada Allah dan Rasulnya melebihi cintanya kepada dunia dan seluruh isinya.

       Unsur yang dinyatakan oleh penulis sedang tersimpan rapi di dalam jiwa anda. Unsur tersebut merupakan satu unsur yang amat bernilai bagi setiap manusia yang cintakan tuhannya. Satu perkataan yang rajin disebut tetapi jarang diaplikasikan dengan baik iaitu spirit. Penulis ringkaskan perkataan tersebut kepada SQ singkatan dari perkataan Spirit Quotes. Spirit di dalam jiwa muslim itu adalah iman dan ketaqwaannya hanyalah kepada Allah SWT, kasih dan kecintaanya kepada baginda Muhammad SAW melebihi kasihnya terhadap dunia dan isinya serta kesetiaannya hanyalah kepada agama Allah iaitu Islam.

        Kita mulakan dengan satu istighfar, " Ya Allah, Engkaulah tuhanku, tiada tuhan yang menciptakan aku selain Engkau dan aku adalah hambaMu, aku juga sentiasa berada dibawah pengawasan dan kehendakMu, maka ampunkahlah aku sesungguhnya tiada tuhan yang mampu mengampunkan aku melainkan Engkau ya Allah."

        Sebelum anda melangkau jauh ke alam spirit, penulis sarankan supaya anda wujudkan amalan taubat di dalam Aqal dan Hati anda sekarang. Pelayaran berkenaan spirit memerlukan jiwa yang benar-benar takutkan Allah SWT. Di sini penulis bawakan beberapa definisi taubat. Kata Sahl bin Abdillah, " taubat adalah jangan lupa dosa kamu." Beliau juga berkata, " taubat ialah meninggalkan angan-angan yang mendatang." Dalam usaha menuju ke arah taubat ini anda perlu mengingatkan diri anda dalam beberapa perkara :

1. Ingat kemuncak buruknya dosa.

2. Ingat kemuncak pembalasan Allah.

3. Ingat kelemahan dan kekerdilan diri.

        Taubat merupakan elemen utama dalam perbincangan spirit kerana anda benar-benar memerlukan satu jiwa yang suci untuk mendapatkan spirit yang berkualiti. Untuk menempa kejayaan di dalam kehidupan, tidak dapat tidak, taubat semestinya didahulukan. Allah SWT juga menyarankan manusia yang beriman itu supaya bertaubat sebagaimana firmanNya :

        " Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya".  ( Surah al-Nur 24 : 31 )

        Setelah anda bertaubat dari segala dosa-dosa kecil mahupun besar, penulis mengajak anda bertekad  dengan satu janji kepada Allah. Katakan, " aku serahkan segala jiwa ragaku padaMu ya Allah. Sekiranya engkau mematikan aku, maka matikanlah aku dijalan syahidMu. Sekiranya engkau memberi kehidupan kepadaku maka jadikanlah aku sebagai pejuangMu sehingga ke akhir hayatku."

         Setiap tindakan anda memerlukan pengawasnya. Pengawas tersebut kadangkala merupakan undang-undang dan mungkin juga merupakan kemahuan. Sekiranya undang-undang menjadi pengawasnya maka ianya terbahagi kepada dua, undang-undang manusia dan undang-undang Allah SWT. Jadi, wajib bagi anda meletakkan Allah sebagai pengawas kepada segala tidakan anda. Yakinlah dengan kekuatan spirit anda bahawasanya segala apa yang anda lakukan sentiasa diperhatikan oleh Allah. Redhanya Allah tanda keizinan, laknatnya Allah tanda larangan.




         Penulis teruskan dengan konsep Allah didahulukan. Anda sebagai seorang manusia sewajibnya mempunyai nafsu. Kadangkala, anda sering meletakkan nafsu anda dihadapan berbanding Allah SWT. Dengan adanya konsep Allah didahulukan, anda wajib meletakkan Allah SWT yang paling terkehadapan berbanding yang lain dalam melaksanakan sesuatu.  Cukuplah bagi Allah sekiranya anda meletakkan Allah paling terkehadapan. Firman Allah SWT didalam hadith qudsi, maksudnya :

         " Tidak cukup untukKu langit dan bumiKu tetapi yang cukup bagiKu hanya hati hambaKu yang beriman ( Mukmin ) ."

         Mengutamakan Allah itu menunjukkan anda sangat-sangat menyintaiNya. Ibn 'Ataillah al-Sakandari berkata di dalam hikmahnya :

         " Dan siapa yang cinta pada Allah, tidak akan mengutamakan sesuatu yang lainnya."

         Apabila anda meletakkan Allah dihadapan, penulis yakin anda mampu memperoleh kebahagiaan. Antara perbuatan anda yang menunjukkan anda mendahulukan Allah adalah :

1. Anda menjaga solat lima waktu.
2. Semangat anda tertumpu kepada ibadat dan mempelajari al-Quran.
3. Anda menjauhkan diri dari sedikit haram atau banyak.
4. Anda selalu mengingati mati.
5. Anda tidak rakus kepada dunia dan benar-benar inginkan akhirat.

         Selain itu juga, untuk mengaplikasikan konsep Allah didahulukan anda wajiblah sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT. Sekiranya anda mati dalam keadaan bersangka buruk terhadap Allah SWT nescaya anda akan beroleh kecelakaan di hari kelak. Sabda baginda SAW, maksudnya :

         " Janganlah seseorang kamu mati kecuali dia berbaik sangka dengan Allah SWT."
( Hadith riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah daripada Jabir bin Abdillah )

       Hati yang bersih, Aqal yang sempurna merupakan unsur yang diperlukan bagi anda untuk mendapatkan keyakinan sepenuhnya terhadap Allah SWT. Gabungan antara Hati dan Aqal dengan baik akan memberikan anda satu impak atau kesan yang positif dalam mendapatkan kekuatan kerohanian. Mengapa kita bermula dengan konsep Allah didahulukan?. Selama Rasulullah SAW menyampaikan Islam di Makkah, tajuk utama yang diutarakan dalam dakwah baginda adalah mengEsakan Allah SWT. Dapat anda lihat buktinya dimana setiap ayat yang turun di Makkah merupakan seruan kepada mengEsakan Allah SWT. Selepas berhijrah ke Madinah, dalam keadaan ummat Islam ketika itu benar-benar mentauhidkan Allah SWT, barulah diturunkan ayat-ayat yang berkaitan dengan hukum-hakam, perundangan dan sebagainya.

       Di sini, dapat kita lihat betapa pentingya konsep Allah didahulukan dan ini merupakan konsep asas dalam meniti perjalanan atau penjelajahan anda dalam kontek Spirit. Setelah Allah didahulukan dalam segala hal, penulis ingin membawa anda gabungan kedua terhadap konsep ini bagi mengukuhkan lagi keyakinan dan kekuatan anda dalam menggapai satu nikmat yang hebat di dalam penggunaan unsur Spirit.

       Sebelum melangkah lebih jauh, anda perlulah mengetahui bahawasanya unsur Spirit ini tidak akan berjumpa titik noktahnya jika anda tidak menggabungkan dua unsur sebelum ini, sebagaimana yang diterangkan oleh penulis pada tajuk sebelumnya iaitu unsur IQ dan juga EQ. Bawa bersama anda, gabungan dan pemahaman yang benar-benar jelas terhadap penggunaan sempurna kepada unsur IQ dan EQ supaya anda benar-benar merasai Rahmat Allah SWT. Apa sahaja yang anda mulai dan sudahi, segalanya datang dari Rahmat Allah SWT. Tiadalah anda hidup dan bernafas melainkan dengan Rahmat dan belas Ehsan Allah SWT. Wajib!!! wajib bagi anda membawa bersama kedua-dua gabungan unsur sebelum ini dan fahami dengan jelas penggunaannya supaya anda mampu merasakan nikmat sebenar penjelajahan hidup seorang manusia yang bergelar hamba kepada yang Esa.

        Konsep seterusnya adalah mengasihi dan menyintai Nabi Muhammad SAW melebihi cintanya anda terhadap dunia dan seluruh isinya. Mengapa penulis ketengahkan konsep ini selepas konsep Allah didahulukan?. Silakan jawab persoalan ini, adakah terdapat sesuatu yang lebih besar di sisi Allah SWT selain daripada kekasihNya baginda Muhammad SAW? Apabila Allah SWT telah mengangkat darjat baginda menjadi kekasihNya, adakah layak bagi anda untuk penulis ketengahkan unsur selain Rasulullah SAW selepas konsep Allah didahulukan?. Sekiranya tidak layak bagi pandangan anda maka benarlah gabungan kedua terhadap konsep Allah didahulukan adalah mengasihi dan menyintai Nabi Muhammad SAW melebihi cintanya anda terhadap dunia dan seluruh isinya.

        Bagaimana caranya anda mampu untuk merealisasikan konsep ini? Apakah cara yang paling bersesuaian untuk memenuhi kehendak konsep ini? Jadi di sini penulis ketengahkan beberapa panduan yang boleh diguna pakai bagi mewujudkan kecintaan anda terhadap junjungan kita Muhammad SAW. Antara tindakan yang anda perlu lakukan adalah :

1. Baca dengan penuh penghayatan tentang sejarah berkenaan baginda Muhammad SAW dari mula kelahiran sehinggalah wafatnya baginda.

2. Mengamalkan sunnah baginda di atas kemampuan kita dengan pengamalan yang istiqamah ( berterusan ).

3. Ringankan lidah berselawat ke atas baginda Muhammad SAW tatkala menyebut atau mendengar nama baginda di mana sahaja anda berada serta rajin berselawat setelah selesai solat dan sebelum tidur.

4. Mempertahankan nama baginda apabila tiba situasi dihadapan anda yang mencerca serta menjatuhkan nilai-nilai kemulian baginda Muhammad SAW.

5. Sematkan di dalam hati anda impian serta keinginan yang amat dahsyat untuk bertemu dengan baginda di padang mahsyar kelak sekaligus menatap wajah baginda yang penuh cahaya dan bersinar.

       Begitulah beberapa tindakan yang perlu anda lakukan demi mencapai tingkat kecintaan yang tinggi terhadap baginda Muhammad SAW. Terdapat banyak lagi tindakan yang boleh anda lakukan demi menggapai tingkat cinta yang agung terhadap baginda Muhammad SAW. Penulis hanya mengenengahkan lima tindakan yang mana bagi penulis ianya merupakan tindakan yang paling efektif untuk merealisasikan perlaksanaan konsep mengasihi dan menyintai Nabi Muhammad SAW melebihi cintanya anda terhadap dunia dan seluruh isinya.

       Penulis bawakan pula gabungan yang ketiga terhadap dua konsep sebelumnya iaitu meletakkan Islam sebagai kayu ukur dalam melaksanakan sesuatu. Apabila Islam menjadi kayu ukur terhadap tindakan anda nescaya segalanya akan menjadi yang terbaik. Islam itu merupakan agama yang diredhai oleh Allah SWT dan dimandatkan kepada baginda Muhammad SAW serta disebar luas dan diperjuangkan oleh sahabat-sahabat baginda, ahli keluarganya dan seluruh pejuang-pejuang Islam yang terdahulu sehinggalah kini. Dengan meletakkan Islam sebagai kayu ukur dalam setiap tindakan anda, nescaya apa sahaja yang anda lakukan tidak mendatangkan mudharat bagi diri anda mahupun orang lain. Penulis yakin, dengan meletakkan Islam dihadapan anda pastinya anda melakukan sesuatu yang bermanfaat dan juga beroleh keberkatan daripada Allah SWT. Jika anda tidak mampu menjadikan Islam sebagai kayu ukur atau rujukan bagi tindakan anda dalam kehidupan, jelaslah situasi itu membuktikan anda bukanlah seorang yang mempunyai kekuatan spirit sekaligus meletakkan anda dalam golongan orang yang rugi serta tidak punya nilai disisi Allah SWT. Anda juga tidak layak memperolehi syafaat baginda Muhammad SAW ketika dipadang mahsyar kelak andainya Islam tidak dijadikan kayu ukur atau rujukan dalam setiap apa sahaja tindakan anda. Maka pilihlah dengan akal yang bijaksana serta hati yang berkualiti samada mahu meletakkan Islam sebagai kayu ukur atau meletakkan selain Islam sebagai rujukan bagi setiap tindak-tanduk anda. Anda punya kuasa memilih di dunia akan tetapi Allah lah Penguasa segalanya, DIA lah yang akan menetapkan keputusan bagi diri anda samada direhatkan di syurga atau dihumbankan ke dalam neraka jahannam. Pilihlah duhai pembaca sekalian!! anda semua layak memilih!!

        Berdasarkan segala olahan penulis berkenaan tajuk SQ ini, dapatlah penulis ringkaskan kepada beberapa poin penting bagi memudahkan pembaca memahami konsep SQ. Antara poin tersebut adalah :

1. Menyintai Allah dan Rasulnya melebihi cintanya anda kepada dunia dan seluruh isinya.

2. Wujudkan amalan taubat.

3. Allah didahulukan.

4. Sentiasa berselawat ke atas baginda tatkala mendengar dan menyebut namanya.

5. Sematkan impian dan keinginan untuk bertemu dan menatap wajah Allah SWT dan juga wajah baginda Muhammad SAW.

6. Meletakkan Islam sebagai kayu ukur atau rujukan sebelum melaksanakan sesuatu.

        Selesailah perbincangan kita terhadap tiga elemen penting yang berada di dalam tubuh badan manusia yang mana ketiga-tinganya perlulah digabungkan dengan baik tanpa meninggalkan salah satu diantaranya, agar mampu untuk mendatangkan keputusan yang efektif di dalam setiap tindakan dan perlaksanaan anda samada berkaitan dengan kepentingan individu mahupun masyarakat. Setelah ketiga-tiga elemen tersebut dapat anda gabungkan ia dengan baik, maka penulis ingin membawa anda bersama-sama dalam membetulkan hala tuju kita sebagai seorang muslim yang berteraskan rukun iman yang enam dan juga rukun Islam yang lima. Antara elemen yang paling penting dalam pembawakan terhadap rukun Islam dan iman adalah Quality. Tajuk pengakhiran bagi artikel ini adalah berkisarkan tentang Quality dimana segala penggabungan yang telah diperbincangkan menjurus kepada hala tuju yang berteraskan Quality. Kuatkan Intellectual, Emotional dan Spiritual anda bagi melabuhkan tirai perbincangan kita yang terakhir berkenaan Qualiti yang akan kita bincangkan pada tajuk seterusnya. Dengan izin Allah SWT.


.:: Bersantai dahulu dengan Video ini : Andalah Yang Harus Menjiwai Diri Anda Sendiri Untuk Mendapatkan Kemanisan Hidup Samada Di Dunia Mahupun Akhirat. Selamat Menjiwai Video Ini ::.










bersambung...







© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted

23 comments:

  1. Alhamdulillah..ape yg ingin disampaikan dimulakan dengan muqaddimah yg berkait rapat dengan otak dan akal..pastu,pengertian otak n akal tue..walaupun ringkas n padat ianya mudah difahami...kat situ nmpk la ape yg nk diterangkan iaitu otak n akal saling berhubung kait...ape yg nk diterangkan jugak saling berhubung kait..tak tersimpang jauh dari topik asal..sambungannye pulak..yg psl gambar tue..anda cube membuatkan kite berfikir menggunakan akal yg ade...jd sy nmpk ape yg anda cube sampaikan...:)

    (SITI NORHAFIZAH IDAYU)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..sambungan seterusnya juga menarik..kerana penulis berjaya membuat kite berfikir...sy pun menguji sejauh mane tahap pemikiran sy dan ape yg perlu sy utamakan,jd alhamdulillah..pemikiran sy berjaya membawa sy berfikir seperti yg digambarkan oleh penulis td.." mencari jalan penyelesaian yang paling utama untuk menyelesaikan masalah yang utama "..itu yg penting..:)

    (SITI NORHAFIZAH IDAYU)

    ReplyDelete
  3. Syukran diatas komen yang membina dari ukhti.. :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah .. apa yg ana faham ialah bahawa setiap manusia diberikan akal oleh Allah SWT dan manusia seharusnya menggunakan kekuasaan akal untuk menafsir sesuatu perkara. Pengambilan dalil dari nas-nas al-Quran atau al-Hadith juga perlu disertai dgn akal yakni dalil naqli dan aqli perlu seiring. bnyk nas-nas al-Quran disebut oleh Allah supaya kita berfikir. Maka, sama-samalah kita tajamkan pemikiran kita supaya lebih kreatif dan memberi manfaat untuk pembangunan agama dan ummah Islam sejagat.

    ReplyDelete
  5. Sama2 kita membangunkan Islam yang tercinta...

    ReplyDelete
  6. artikel ni sgt2 menarik..membuka minda ttg pntgnye kaitan antara otak n akal..pntgnya utk kaitkn n xpisahkn IQ,EQ n SQ..artikel ni jgk menyedarkn sbnrnya bila kita sayang diri sendiri,kita sendiri yg mampu mengubah sesuatu dr yg krg baik kpd yg lbh baik..kita adlh raja kpd diri sendiri tp adlh sebaiknya jika btl2 menjd raja yg bijak dlm mengawal diri sendiri.meminjam kata2 dr penulis "berOtak belum tentu ianya berAqal dan yang berAqal semestinya mempunyai Otak" blh jg diambil sama spt mempunyai ilmu sahaja tdk mencukupi jika kita tidak mengamalkannya.kaitan situasi yg btl dlm artikel ni jg sesuai dgn apa yg nk dismpikan..n mgkn smbungan nya lg nnti blh masukkan lg cth2 yg menarik yg lbh dkt ngan hati pembaca:)n statement ttg kita kena memandang dr byk sudut sama ada positif mahupun negatif tu sgt memberi kesan..n 1 lg yg sgt2 memberi kesan "mencari jalan penyelesaian yang paling utama untuk menyelesaikan masalah yang utama ".statement yg ringkas tp sgt padat...sometimes less is more:)
    xsbr nk tggu sambungan strsnya ttg penjelasan yg lbh mendlm ttg EQ dan SQ:)n tahniah buat penulis yg da berusaha menulis sesuatu utk b'kgsi ilmu dgn pembaca..semoga lbh dipermudahkan Allah utk mendpt idea yg lbh byk dlm penulisan artikel yg strsnya..dr penulisan yg lbh byk akan muncul idea2 br n pglmn lg dlm bidang penulisan dan insyaAllah leh dibukukan utk simpanan sbgi panduan kpd pembaca:)..diharap komen n pndpt yg dikongsi leh membantu...wallahu a'alam....
    Dr: insan menanti kepulangan:)

    ReplyDelete
  7. Syukran2.. sangat membina.. insyaAllah penulis akan cuba menyampaikan yang terbaik kepada pembaca.. :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...buat si penulis...:)Alhamdulillah..sambungan penulis tampak lebih baik dan menarik..memang benar apa yang dikatakan oleh penulis membaca adalah suatu perkara yg amat sukar untuk dilakukan oleh sesetengah org.Adakala kita membaca atas dasar kata ''MEMBACA''sahaja,sekadar untuk mendapat maklumat tetapi kita jarang sekali untuk melakukan tindakan susulan terhadap pembacaan dan maklumat yg diperolehi itu.Seterusnya penulis membawa kita kepada persolan yg timbul disebalik pembacaan artikel ini..ya,memang benar..jika dilihat kembali memang akan timbul sedikit persoalan tentang itu..jadi memang benar lah otak dan akal saling berfikir untuk persoalan2 seperti yg penulis utarakan..konsep @ teori yg penulis cube sampaikan juga mudah difahami dan juga boleh diaplikasikan dlm kehidupan sehari2 untuk mendapatkan daya pemikiran yg lebih baik dan mantap..Mungkin juga ade konsep @teori yg kite sering kite gunakan..tetapi tidak pada yg lain..jika kite mengikut semua konsep @teori yg ade..insya Allah..daya pemikiran kite juga boleh menjadi lebih baik..Selaras dengan itu juga,dapatlah kite menajamkan otak kite untuk mendapatkan sesuatu yg lebih baik dan terbaik..Jika otak tidak diasah seperti pisau yg tumpul kerana tidak diasah,maka pisau itu tadi pun tiadalah berguna lg..begitu juga dengan otak yg tidak diasah..penggunaannye juga tidak lah sehebat dengan otak yg diasah..Jadikan gabungan otak dan akal itu sebagai suatu landasan utama untuk menjadikan hidup kite tampak lebih berkualiti..Gunakan kurniaan Allah S.W.T itu benar2 ditempatnya,kerana dengan adanya otak dan akal kite dapat menbezakan yang baik dan yang buruk..kita juga dapat berfikir sebelum bertindak untuk melakukan sesuatu..Firman Allah S.W.T : Sesungguhnya,seburuk-buruk mahkluk yang melata di sisi Allah ialah mereka ( manusia yang tuli dan bisu,yang tidak menggunakan akalnya)-(mereka yg tidak memikirkan apa2 pun).Oleh yang demikian,jika kita tidak menggunakan otak dan akal kite sebaik2nya kite dikalangan org2 yg merugi..Terima kasih di atas perkongsian penulis tentang fungsi otak dan akal nie,membaca penulisan penulis saya seperti berada bersama penulis..kerana setiap yang disampaikan memberi kesan pada saya,kerana saya dapat berkongsi bersama apa yang penulis cube sampaikan..seolah2 saya masuk kedunia penulis..:) Semoga penulis sentiasa diberikan kemudahan dalam menyiapkan artikel ini dengan jayanya..:)INSYA ALLAH..:)

    (SITI NORHAFIZAH IDAYU)

    ReplyDelete
  9. Syukran2.. penambahan y cukup menarik dari pembaca.. :) Syukran sekali lg dengan respon pembaca..:)

    ReplyDelete
  10. Ongah ko ucap syabas la sebab ko tulis karya kire2 bole la kata ade mrkah !Jgn pgasan lak ? Agak2 la, nak emplement kat medan pemikiran org ramai ESQ+IQ+Q ni supaya jadi orang soleh,beramal,anak yg taat,suami/isteri yg jujur,pelajar yg dedikasi,remaja yg berakhlak,ustaz yg ikhlas & pemerintah yg tulus .....mcmna nk buek biar smpai lanteh dlm otak dan hati diorang konten yg ko tulis tu smpai jd realiti dlm medan kehidupan ini ? So0bab ongah ko cakap mcm tu...,banyak da orang tulis macam2 dlm media ni, tp org melayu cmtu yo batat dan begar eah ?Cuba ko tengok angka anak haram kek M'sia hampir 300,000 oraang da sbgai contoh!Banyak la lagi isu2 semcam itu yg ongah ko tk payah catit kat sini!Agak2 how u gonna make it bro? ? can u explain it clearly to d all reader?

    ReplyDelete
  11. :) ongah sei yo.. InsyaAllah, penambahan dari segi fakta dan juga pembawakan ke alam realiti akan dipertingkatkan lagi.. Penulis akan cuba membawa pembaca tentang bagaimana pengaplikasian didalam kehidupan pada tajuk keempat iaitu Qualiti.. Disitu penulis akan cuba menerapkan segala elemen untuk diaplikasikan ke dalam kancah kehidupan.. fakta2 semasa juga akan diperbincangkan pada bab keempat insyaAllah.. syukran jazilan diatas nasihat dan pandangan yang amat terbaik bagi penulis.. semoga ongah sihat walafiat dan dilimpahi rahmat Allah sentiasa..amin..:)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...Alhamdulillah..seronok membace sambungan seterusnya dari penulis..:)Di sini saya dapat simpulkan,kekuatan hati juga perlu..Jadi akan wujudlah keseimbangan dan kesinambungan dengan otak,akal dan hati..:)Saya ada sedikit perkongsian,mgkin berhubungkait juga dengan hati..:) Suatu ketika dahulu..itik berkawan baik dengan kura-kura..Tempat yang mereka diami dilanda kemarau yg akan berpanjangan..jadi mereka tiada lg sumber air di situ..:) Itik mengambil keputusan untuk terbang dan pindah dari situ,kura-kura berasa sgt sedih kerana die tidak mampu terbang seperti itik..Jadi,itik memberi satu cadangan yg membolehkan kura2 juga dapat terbang dan berpindah dari situ..Itik mencadangkan kapada kura2 agar menggigit kayu yg akan dicengkam oleh itik..Lantas,kura2 pun bersetuju..Sampai disuatu tempat yg ramai kanak2..terdengar suara kanak2 menjerit mencemuh si kura2..''ape la kura2 nie..dah la xde sayap,ade hati nk terbang mcm itik..tak sedar diri..''kura2 hanya mampu menahan cemuhan itu dan mencari kekuatan agar die dpt bertahan kerana die tahu,klu die buka mulut,die akan jatuh ke bawah..Sampai di tempat lain pula,kanak2 lain pulak berteriak memuji si kura2..''baguslah kura2 nie,walaupun die tidak mampu terbang..tp die cube,agar die boleh terbang ke langit..''mendengar pujian yg sebegitu si kura2 berasa sgt gembira dan membuka mulutnya untuk mengatakan die begitu gembira akhirnya kura2 jatuh ke tanah dan pecah berderailah badannya..Kesimpulannya,kalau kita mampu bertahan dengan cemuhan,kritikan dan sebagainya..kita mampu menjadi lebih cekal dan akan membuktikan yg kita mampu melakukannya dengan lebih baik..tetapi kalau kite bersenang2an dengan pujian di waktu sekarang..belum tentu lg kita mamapu mencapai sesuatu yg terbaik..kerana kite terlalu senang dengan pujian..dan mule patah semangat dengan segala kritikan dan cemuhan..hati dan emosi tidak kuat untuk menanganinya..Jadi,biarkan cemuhan dan kritikan itu yg membangkitkan semngat kita dan juga kecekalan hati kite..:)

    (SITI NORHAFIZAH IDAYU)

    ReplyDelete
  13. Syukran2.. penambahan yang cemerlang..:)

    ReplyDelete
  14. Afwan..:)

    (SITI NORHAFIZAH IDAYU)

    ReplyDelete
  15. Kalau kita mampu berfikir secara rasional,tanpa dipengaruhi oleh emosi ia merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah yg paling berkesan dan natijahnya juga terbaik...:)

    apa yang bermain difikiran kita kadang kala sedikit sebanyak akan mempengaruhi diri kita..begitu juga dengan emosi..jika kita terlebih emosi..ia juga akan mempengaruhi diri kita..bahkan akan mempengaruhi orang disekeliling kita juga..:) dalam erti kata lain,emosi kita kadang kala memberi kesan yg tidak baik pada org lain...:)

    (SITI NORHAFIZAH IDAYU)

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah pembaca mampu untuk mengupas.. syukra diatas penambahan...

    ReplyDelete
  17. Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar...

    Sekadar perkongsian bersama..,

    Carilah hati dengan 4 perkara nie..:)
    1-dengan berzikir,jika tidak juga jumpe hati anda..
    2-cari pula hati anda di dalam solat..
    3-jika tidak juga jumpe hati anda,carilah ketika membaca al-Quran..
    4-jika tidak juga jumpe hati anda dengan ketiga2 perkara di atas,mohon lah pada Allah S.W.T supaya diberikan hati yg baru...:)

    Sentiasalah bersangka baik dengan Allah..Sesungguhnya hanya DIA sahaja yang mengetahui apa yg terbaik untuk kita..:)

    (SITI NORHAFIZAH IDAYU)

    ReplyDelete
  18. Syukran2..:)teruskan mmbaca.. smg Allah merahmati kamu..

    ReplyDelete
  19. Afwan..baik..:)hehe..Semoga Allah merahmati kamu juge..:)

    (SITI NORHAFIZAH IDAYU)

    ReplyDelete
  20. boleh saya nak tanya bila pula kesambungannya??

    ReplyDelete
  21. lepas exam insyaAllah.. dlam hari isnin atau selasa nie.. biiznillah.. :)

    ReplyDelete

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...