Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :
" Sesungguhnya yang halal itu nyata ( terang ) dan yang haram itu pun nyata dan diantara keduanya ada perkara-perkara kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakkan manusia. Maka barangsiapa memelihara ( dirinya dari ) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. dan barangsiapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala disekeliling kawasan larangan, hampir sangat ( ternakannya ) makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang haram. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati."
( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim )
Syarah Ringkas :
Halal dan Haram
Berdasarkan takrif yang dirumuskan oleh Imam Syafie beliau menghukumkan halal bagi tiap sesuatu yang tidak ada dalil untuk menentukan keharamannya atau didiamkan sahaja hukumnya oleh syara'. Bagi pengharaman beliau menghukum haram bagi tiap sesuatu sekiranya ada dalil yang menentukan keharamannya.
Kesamaran / Syubhah
Suatu yang syubhah amat diragui hukumnya. Para alim ulama' mengelak perkara syubhah bagi menjaga kesucian jiwa dan melenyapkan keraguan perasaan. Perkara yang syubhah itu ialah perkara kesamaran hukumnya yang terletak di antara yang halal dan yang haram disebabkan alasan itulah yang menyebabkan para alim ulama' tidak mahu mengambil / memakan / meminum atau menggunakan sesuatu yang syubhah.
Kawasan Larangan
Larangan tersebut merupakan larangan terhadap mengambil sesuatu yang haram. Allah SWT mengharamkan segala jenis maksiat dan menegah kita dari mengerjakannya samada yang berkait dengan diri, jiwa, kehormatan, hartabenda dan selainnya. Begitu juga dengan pembunuhan, penzinaan, pencurian, minuman yang memabukkan, pendustaan dan memakan harta benda dengan jalan yang tidak diredhai Allah SWT. Makanya kita wajib menghindari segala yang haram dan samar hukumnya bagi memelihara diri kita dari kemurkaan Allah SWT.
Kedudukan Hati
Hati atau jiwa merupakan pembentuk hidup seseorang. Hati memainkan peranan yang amat penting dalam menggerakkan kita untuk melaksanakan sesuatu. Hati yang baik adalah hati yang takut kepada Allah SWT dengan mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Hati yang baik juga akan menghindarkan kita dari segala perkara yang haram dan juga syubhah. Bagi hati yang rosak, ianya akan mendorong kita untuk melanggar perintah Allah dan melakukan segala perkara yang terkutuk.
Rumusannya, laksanakanlah segala perintah Allah SWT dan jauhi segala larangannya samada haram ataupun syubhah. Peliharalah hati kita dengan sentiasa mengingati Allah, moga-moga kita dirahmatiNya dan tergolong dalam golongan orang yang beriman.
Wallahua'lam..

0 comments:
Post a Comment
Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.