Benua Asia merupakan benua yang terbesar di dunia. Benua Asia dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat, dan Asia Tengah.
Sebagai benua yang terawal dalam sejarah pembinaan tamadun manusia, benua Asia menyimpan banyak kesan tinggalan sejarah yang masih dapat disaksikan pada hari ini. Antara negara yang banyak menyimpan tinggalan sejarah silam ialah Syria. Syria terletak di bahagian Asia Barat.
Syria terletak di timur Laut Mediterranean. Syria bersempadan dengan Turki di sebelah utara dan Palestin di sebelah barat. Syria juga bersempadan dengan Iraq di timur dan Jordan di selatan. Negara ini mencapai kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1946.
Syria adalah salah sebuah negara Arab yang aman dan subur tanahnya. Pada zaman dahulu, Syria dikenali sebagai Syam. Jika adik-adik suka membaca sejarah Islam, tentu adik-adik pernah membaca kisah Rasulullah menemani bapa saudaranya Abu Talib untuk berniaga di Syam. Pada ketika itu, Syam dianggap sebagai syurga dan sumber kekayaan kepada para pedagang Arab Mekah. Rasulullah juga pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk dijual di sana dan hasilnya baginda mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.
Tamadun yang Tinggi
Syria telah dihuni oleh manusia sejak manusia mula hidup di muka bumi ini. Di sinilah terletaknya makam Habil putera Nabi Adam yang dibunuh oleh abangnya Qabil. Kerana itu tidak hairanlah jika Syria disebut sebagai ‘pintu masuk sejarah dunia’.
Syria dikuasai oleh pelbagai kuasa sejak dahulu kala. Antaranya kerajaan Rom, kerajaan Ratu Zanobia dan kerajaan Bani Umayyah. Syria juga dikenali sebagai bumi para anbia kerana Allah mengutus ramai nabi di sini. Kita boleh menyaksikan makam nabi-nabi tersebut, antaranya makam Nabi Zakaria, makam Nabi Yahya dan makam Nabi Ayub. Selain itu terdapat makam para sahabat Nabi Khalid Ibnu Walid dan pahlawan Islam Salahuddin al-Ayubi serta tokoh-tokoh yang lain.
Tempat-Tempat Menarik
Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Syria. Selain meneroka keagungan sejarah silam, kita juga berpeluang membeli-belah di bazar yang terdapat di lokasi-lokasi pelancongan di negara ini. Selain itu, kita dapat menyaksikan sendiri budaya hidup masyarakat Arab di sini yang agak berbeza dengan cara hidup kita di Malaysia ini.
Kota Damsyik
Damsyik adalah ibu kota Syria. Damsyik merupakan bandar tertua dan berterusan dihuni oleh manusia di muka bumi ini. Di sinilah tercetus dan berkembangnya ilmu dalam pelbagai bidang seperti kebudayaan, kesenian, pertanian, sains, politik, dan industri sejak zaman silam.
Hari ini Damsyik dikatakan sebagai muzium hidup yang memaparkan sejarah kehidupan manusia sejak ribuan tahun lamanya. Antara tempat-tempat menarik untuk dilawati di sini ialah Masjid Umawi, Istana Azem,Kubu Damascus, makam Salehuddin al-Ayubi, dan Al Takieh Al Suleimaniyeh.
Di sini kita boleh membeli belah di sebuah bazaar terbesar di dunia Arab yang dikenali dengan Souq Al-Hamidi. Di bawah bazar berbumbung yang dibina dalam zaman kerajaan Uthmaniyah ini, kita boleh membeli pakaian, barang hiasan rumah, barangan kristal, tembaga, perak, kulit, dan bermacam-macam lagi. Semuanya dengan harga yang amat murah.
Aleppo
Aleppo merupakan bandar kedua terbesar di Syria dan merupakan antara bandar yang tertua di dunia. Di sini kita boleh menjelajah bazaar tertutup sepanjang 10 km, dan melawat Aleppo Citadel yang terkenal itu. Aleppo Citadel merupakan benteng pertahanan paling tua dan paling besar yang masih wujud hingga hari ini. Benteng ini menjadi kubu pertahanan penting bagi tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Salehuddin al-Ayubi semasa berlakunya Perang Salib.
Qala’ah Mudiq dan Apamea
Qala’ah Mudiq merupakan sebuah kota lama yang kini dijadikan kawasan penempatan oleh penduduk di kawasan tersebut. Jika kita ke kawasan ini, kita pasti dapat menyaksikan sebuah kota lama yang kukuh melingkungi sebuah perkampungan. Sungguh unik. Untuk pengetahuan semua, kota ini sudah dijadikan kawasan perkampungan sejak ia mula dibina beribu-ribu tahun dahulu sehinggalah ke hari ini.
Kawasan penempatan di dalam kota ini agak unik. Ia merupakan bilik-bilik yang diubah suai untuk dijadikan kediaman.
Apamea pula ialah sebuah kawasan tinggalan kerajaan Rum yang amat terkenal di negara Syria terletak di dalam perkampungan Qala'ah Mudiq. Apamea dibina pada kurun ke-3 SM. Parsi telah menyerang kota ini dan membakarnya pada tahun 573 masihi. Tentera salib pula menguasai tempat ini pada tahun 1106 tetapi diambil alih oleh kerajaan Islam pada tahun 1149.
Tell Hariri
Kota Tell Hariri terletak tidak jauh dari sempadan Iraq. Tell Hariri amat penting kerana ia dikenalpasti sebagai tempat awal penempatan manusia di Syria. Tell Hariri dikenalpasti sudah wujud sejak 2900 sebelum masihi. Kesan awal binaan yang ditemui berusia 2700 iaitu kuil Ishtar dan Nini-Zaza.
Ada banyak kesan tinggalan sejarah yang merupakan tapak arkeologi dapat kita saksikan di Tell Hariri. Antara yang masih boleh dilihat ialah Istana Zimmi-Lim (di bawah kekuasaan Babylon), Istana Shakkanakku, Kuil Lions, Kuil Shamash dan Kuil Ishtar.
Qala’ah Al-Hison
Kota Qala’ah Al-Hison merupakan sebuah kota hebat yang pernah dijadikan kubu kuat tentera salib yang kemudiannya ditawan oleh panglima Islam Nuruddin. Kota ini dikenali juga dengan nama Krak Des Chevaliers.
Di pintu masuk utama, kita akan melihat dindingnya dipenuhi dengan ukiran kalimah Arab yang tertulis padanya nama-nama pemerintah dan ayat-ayat suci al-Quran. Ketika Perang Salib, kota ini menjadi kebanggaan tentera salib. Namun akhirnya kota ini jatuh ke tangan Islam pada tahun 1163 apabila Nuruddin yang menjadi Sultan Halab ketika itu telah berjaya mengambil alih kota ini dari tangan tentera salib.
Homs
Kita juga boleh melawat bandar Homs yang merupakan bandar ke tiga terbesar di utara Syria. Di sini terletak masjid Khalid Al-Walid dan di dalamnya terdapat makam beliau.
Di bandar ini kita dapat melihat dan mendengar bunyi pusingan kincir air yang berusia ribuan tahun yang membekalkan sumber air bagi aktiviti pertanian. Sememangnya Syria merupakan bumi yang subur sejak dahulu lagi. Di sini terdapat pelbagai jenis tumbuhan misalnya pokok zaitun, tin, anggur, epal dan bermacam-macam lagi.
Masyarakat Arab yang peramah
Sesungguhnya Syria memang kaya dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Jika kita sudah berada di Syria, kita jangan takut untuk meminta pertolongan penduduk tempatan di sana sekiranya berhadapan dengan sebarang masalah. Sudah menjadi tradisi masyarakat Arab amat memuliakan tetamu yang datang ke tempat mereka. Kebanyakan mereka akan melayan tetamu dengan ramah, wajah yang manis dan suka menghulurkan bantuan walaupun tidak dipinta.
Fakta:
Iklim: Mediterranean
Jumlah penduduk: 22 juta
Ibu negara (dan kota terbesar): Damsyik
Agama: Islam (majoriti), Kristian
Bahasa rasmi: Bahasa Arab
Kerajaan: Republik Berpresiden
Presiden: Bashar al-Assad
Mata Wang: Paun Syria/Lira

Suriah adalah negara tua dengan peradaban laut tengah yang kaya sejarah dan budaya
ReplyDelete