01 November 2011

Menyembahyangkan Mayat




   Apabila telah sempurna mayat itu dikafankan, maka hendaklah diletakkan dihadapan imam dan kedudukannya melintangi Qiblat. kepala mayat berada disebelah kanan imam jika mayat itu perempuan, dan imam itu berdiri bertentangan dengan punggung mayat. Sekiranya mayat itu lelaki, kepalanya disebelah kiri imam dan imam berdiri bertentangan dengan kepala mayat itu.



Rukun menyembahyangkan mayat itu tujuh perkara :

1- Niat pada takbir yang pertama
2- Berdiri
3- Takbir empat kali
4- Membaca fatihah selepas takbir pertama
5- Selawat atas Nabi Muhammad s.a.w selepas takbir yang kedua
6- Doa untuk mayat selepas takbir yang ke tiga
7- Salam.

Cara Menyembahyangkan Mayat

Mayat yang disembahyangkan itu dua jenis : lelaki dan perempuan. Cara menyembahyangkan mayat lelaki hadir adalah seperti di bawah ini :

1- Niat dan lafaznya :


أُصَلِّي عَلَى هَذَا الْمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةٍ مَأْمُومًا للهِ تَعَالَى


"Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini, empat takbir, fardhu kifayah, kerana Allah Ta`ala.

2- Selepas takbir terus membaca fatihah hingga akhir tanpa membaca doa iftitah.

3- Kemudian takbir yang ke dua dibaca selepasnya selawat :

اَللّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ


4- Takbir yang ketiga dan selepasnya dibaca :


اَللّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ القَبْرَ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

5- Takbir terakhir dan selepasnya dibaca :





اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلَا تَفْتِنَّا بَعْدَهُ  وَغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلِإِخْوَانِنَا الْذَيْنَ سَبَقُوْنَ بِلْإِيْمَانَ وَلَا 

تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَاغِلَّا لِّلَّذِيْنَ آمَنُو رَبَّنَا إنَّكَ رَؤُوفُرَّحِيْمِ

.

6- Kemudian salam

Selesai memberi salam, bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.


Wallahua'lam...



0 comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...