Showing posts with label Fiqh. Show all posts
Showing posts with label Fiqh. Show all posts

09 November 2012

Dakwah : Suasana Sekitar Wajib Diraikan

Penulis Asal : http://mencarimardhatillah-ansarullah.blogspot.com/



Fiqh Waqi' ( Fiqh berlandaskan keadaan sesuatu tempat )
moga beroleh kefahaman dan manfaat... insyaallah.. =)

Fiqh waqi' menjadi senjata utama bagi memastikan sesuatu perancangan yang dibuat menjadi realiti. Dengan erti kata, penjagaan maslahat dan menjauhi mudharat terjamin berdasarkan selepas kefahaman Fiqh Muwazanat dan Fiqh Aulawiyat. Bahkan fiqhul khamsah merupakan suatu eleman yang tidak boleh difahami secara berasingan atau memahami sebahagian sahaja. Hal ini demikian kesemua fiqh ini mempunyai peranan tersendiri dan berkait rapat dengan yang lain.

Kefahaman ke atas fiqh waqi' adalah untuk memastikan perubahan faktor dan sebab di dalam penilaian maslahat dan mudharat dapat dijaga berdasarkan penelitian kepada keadaan sekeliling semasa. Ia mengambil kira dari sudut uruf, suasana adat , bahasa dan syara'. Maka penguasaan di dalam memahami fiqh waqi' memberikan suatu ketepatan ketika meletakkan penilaian sesuatu tersebut adalah masalahat atau tidak.

15 March 2012

Bertunang - Makna Dan Hukumnya Mengikut Syara'

    Hakikat kejadian manusia itu diciptakan adalah dengan berpasang-pasangan. Manusia diciptakan dengan dua jantina iaitu lelaki dan wanita. Maka semestinya lelaki memerlukan wanita dan sebaliknya. Islam amat menggalakkan ummatnya supaya berkahwin dan tidak melarang seluruh ummatnya untuk melaksanakan ibadah perkahwinan tersebut. Berbeza pula dengan beberapa agama, ada diantaranya yang melarang perkahwinan dan ini amatlah bertentangan dengan fitrah kejadian dan kehendak manusia. Sebagaimana yang kita sedia maklum, adat di Malaysia terutamanya adat ummat Islam Melayu amat menggalakkan pertunangan sebelum berkahwin dan seringkali majlis pertunangan ini melanggar perbatasan syara'. Penulis terpanggil untuk menerangkan serba sedikit berkenaan bertunang dan apa perbahasannya melalui kaca mata Islam.

06 March 2012

Perancangan Keluarga

   Beralih kepada perbicaraan mengenai perancangan keluarga. Perkara ini juga menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat. Perancangan keluarga mengandungi dua program. Pertama merancang kelahiran anak dengan menghadkan kelahiran atau membatasinya. Kedua, menyusun perjalanan keluarga untuk mencapai kesejahteraan dengan memberi perhatian kepada kebajikan, kesihatan dan keselesaan hidup keluarga serta memastikan perkembangan yang sihat dalam pertumbuhannya.
Program pertama yang bertujuan membataskan kelahiran anak itu berdasarkan teori yang dikemukakan oleh seorang ahli fikir barat yang bernama Maltus. Pada pendapat beliau, perkembangan penduduk dunia, jika dibandingkan dengan pertambahan pengeluaran bahan makanan adalah tidak seimbang. Perkembangan penduduk berjalan dengan kadar 2,4,6,8, sedangkan pertambahan bahan-bahan makanan dengan kadar 1,2,3,4. Jika perkembangan seperti ini terus berjalan, satu bencana kekurangan bahan makanan akan berlaku dan manusia akan menghadapi masalah kelaparan.

Keharusan Berpoligami

   Di antara persoalan yang menimbulkan masalah paling kontroversi dalam urusan perkahwinan umat Islam ialah keharusan berpoligami. Ia dijadikan bahan oleh setengah golongan untuk mengecam Islam dan ramai wanita yang tidak puas hati dengan pelaksanaannya.

  Bagi menghuraikan masalah ini, terlebih dahulu mestilah difahami apakah yang dimaksudkan dengan keharusan itu. Dari segi perundangan, harus bererti sesuatu yang tidak diseksa dan tidak diberi pahala kepada orang yang melakukannya. Ertinya, ia tidak mempunyai obligasi dari segi hukum. Tetapi, keharusan berpoligami ini dari segi pelaksanaannya bukan sahaja tunduk kepada hukum ini. Ia juga tertakluk kepada prinsip pembentukan keluarga yang telah diterangkan sebelum ini iaitu perasaan tanggungjawab dan perasaan-perasaan lain yang dituntut oleh Islam. Sungguhpun dari segi perundangan, poligami boleh dilaksanakan tetapi bukan tanpa mempunyai pertimbangan lain yang dikehendaki agama. Pertimbangan ini termasuklah apa yang dikatakan oleh ahli-ahli tasawwuf bahawa tidak dinamakan seseorang itu bertaqwa sehingga ia meninggalkan yang harus untuk menjaga dirinya dari melakukan yang haram.

Peraturan Mencari Jodoh


   Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan. Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud:

  "Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah).

   Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga.

Membentuk Keluarga



   Peraturan yang ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam satu institusi masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah tahap pertama pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat rumahtangga memerlukan penyusunan. Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan bebas tanpa perkahwinan dan perlindungan undang-undang melambangkan suatu pembentukan rumahtangga yang tidak tersusun. Ia akan berkembang menjadi belukar dan hutan belantara yang hidup di dalamnya binatang-binatang buas. Hak-hak suami isteri tidak dapat dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan seumpama ini. Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk menerusi perkahwinan yang tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempurna, akan menjadi seperti pohon-pohon yang ditanam secara tersusun. jika pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal menjadi taman indah yang menyegarkan kehidupan. Demikianlah halnya sebuah rumahtangga yang diikat dengan perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan kebisingan anak-anak meniadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah.

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam


Firman Allah S.W.T.  :


   "Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui." (Yaasin: 36) 


   Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan. 

09 January 2012

Mengkafankan Mayat

Setelah selesai mayat itu dimandikan, maka hendaklah dikafankan, sekurang-kurangnya kafan itu ialah selapis kain yang menutup seluruh badannya sama ada mayat lelaki atau perempuan.

Kafan yang afdhal bagi mayat lelaki sama ada ia sudah baligh atau masih budak kecil lagi, ialah

tiga lapis kain putih. Setiap lapis meliputi seluruh badannya dan boleh ditambah lagi dengan sehelai baju dan serban dengan persetujuan waris-warisnya.

Kafan yang afdhal bagi mayat perempuan ialah dua lapis meliputi seluruh badannya dan boleh ditambah lagi sehelai kain, sehelai baju dan sehelai telekung. Jumlahnya lima lapis. Sunat hukumnya menggunakan kain kapan yang berwarna putih dan yang telah berbasuh adalah lebih afdhal dan aula.

Yang lebih baik pada tiap-tiap lapis kain kapan itu hendaklah ditaburkan gaharu dan sedikit kapur barus. Kemudian letakkan mayat di atas kapannya dalam keadaan menelentang dan dibubuh kapas dilubang-lubang atau di tempat lekuk badannya dan letakkan dua belah tangan mayat seperti orang sembahyang. Membungkus mayat dimulakan dari sebelah kiri dan yang sebelah kanan menindihnya. Setelah itu barulah di ikat dengan lima ikatan.

08 January 2012

Memandikan Mayat

Memandikan mayat hendaklah dengan meratakan air pada seluruh badannya setelah dibersihkan najis-najis yang ada pada badan mayat itu. jika mayat itu kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan hendaklah ditayamumkan kerana menggantikan tempat yang dibawah kulupnya.

Kaifiat memandikan jenazah :

1- Hendaklah dimandikan mayat itu didalam bilik yang tertutup. Tidak dibenarkan masuk melainkan orang yang memandikan, penolongnya dan waris-warisnya yang terdekat sahaja.

2- Hendaklah disalinkan mayat itu dengan kain yang nipis untuk menutup badannya waktu dimandikan dan diletakkan mayat itu atas pentas (tempat) yang tinggi seperti meja supaya tidak terkena percikan air. Air mandi yang digunakan biarlah air tawar atau masin dan sejuk supaya menahan daripada segera berbau kecuali jika keadaan terlalu sejuk bolehlah dicampur dengan air suam.

07 January 2012

Muqaddimah Pengurusan Jenazah

Apabila seorang Islam itu sakitnya semakin teruk, maka sayugialah dia disuruh bertaubat dan berwasiat serta berbaik sangka kepada Allah bahawa Allah amat luas rahmat-Nya, mengampuni segala hamba-Nya yang benar-benar bertaubat dan menyediakan tempat mereka didalam syurga.

Apabila wujud tanda-tanda seseorang itu hampir ajalnya, sunat dibacakan surah Yasin atau surah Ar-Ra`d di sisinya dan diberi minum dengan dititiskan air ke dalam mulutnya semasa ia nazak dan basahkan muka dan dadanya. Disamping sunat diajarkan dia mengucapkan kalimah
لا إله إلا الله dengan lemah lembut, supaya dia mengingati kalimah itu dan mengucapkannya.

Antara tanda-tanda hampir mati itu ialah :
kakinya lurus, hidungnya tunduk, pelipis lekuk dan pergelangan tangannya rengang maka segeralah dihadapkan muka orang yang hampir mati itu kearah qiblat. Setelah keluar rohnya sunat dipejamkan kedua matanya dengan membaca :

19 December 2011

Istihadah ( Khas Buat Wanita)


Wanita istihadah harus mandi?

Pertanyaan:

apakah wanita diharuskan mandi jikalau mahu solat ketika istihadhah ? tolong berikan dalilnya


Jawaban:

18 December 2011

Hikmah Solat Berjamaah


Oleh Muhammad Qasim Bin Mohd Shauki

Abu Mas'ud r.a., sahabat Nabi saw, menyampaikan sebuah kisah. Suatu ketika, saat hendak shalat berjamaah, Nabi menyentuh setiap bahu kami sambil bersabda: "Luruskan shafmu, jangan bengkok-bengkok. Shaf yang bengkok akan menyebabkan hatimu terpecah-belah." (HR Muslim).
Hadis tersebut mengandung makna yang sangat patut kita renungkan. Ternyata ada hubungan yang erat antara keadaan shaf umat Islam ketika salat berjamaah dengan keadaan hati mereka. Padahal, hati itulah yang menentukan rasa persaudaraan, persatuan, dan kesatuan umat.
Bahkan Alquran menyatakan bila hati bercerai-berai, kendatipun di luar tampak ada persatuan, itu hanya persatuan semu.
"Kamu kira mereka itu bersatu, padahal hati mereka bercerai-berai," firman Allah swt dalam surat Al-Hasyr: 14.

17 December 2011

Hikmah Pengharaman Babi / Khinzir


oleh Syeikh Fauzi Muhammad Abu Zaid



Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropa dan Amerika, yang menjadikan daging babi sebagai makanan pokok dalam hidangan mereka.
Dalam kesempatan ini, saya sitir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahasia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, karena ia memakan sampah yang
mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteri-bakteri lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Karena babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?"

01 November 2011

Menyembahyangkan Mayat




   Apabila telah sempurna mayat itu dikafankan, maka hendaklah diletakkan dihadapan imam dan kedudukannya melintangi Qiblat. kepala mayat berada disebelah kanan imam jika mayat itu perempuan, dan imam itu berdiri bertentangan dengan punggung mayat. Sekiranya mayat itu lelaki, kepalanya disebelah kiri imam dan imam berdiri bertentangan dengan kepala mayat itu.



Rukun menyembahyangkan mayat itu tujuh perkara :

1- Niat pada takbir yang pertama
2- Berdiri
3- Takbir empat kali
4- Membaca fatihah selepas takbir pertama
5- Selawat atas Nabi Muhammad s.a.w selepas takbir yang kedua
6- Doa untuk mayat selepas takbir yang ke tiga
7- Salam.

Cara Menyembahyangkan Mayat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...