Apabila seorang Islam itu sakitnya semakin teruk, maka sayugialah dia disuruh bertaubat dan berwasiat serta berbaik sangka kepada Allah bahawa Allah amat luas rahmat-Nya, mengampuni segala hamba-Nya yang benar-benar bertaubat dan menyediakan tempat mereka didalam syurga.
Apabila wujud tanda-tanda seseorang itu hampir ajalnya, sunat dibacakan surah Yasin atau surah Ar-Ra`d di sisinya dan diberi minum dengan dititiskan air ke dalam mulutnya semasa ia nazak dan basahkan muka dan dadanya. Disamping sunat diajarkan dia mengucapkan kalimah
لا إله إلا الله dengan lemah lembut, supaya dia mengingati kalimah itu dan mengucapkannya.
Antara tanda-tanda hampir mati itu ialah :
kakinya lurus, hidungnya tunduk, pelipis lekuk dan pergelangan tangannya rengang maka segeralah dihadapkan muka orang yang hampir mati itu kearah qiblat. Setelah keluar rohnya sunat dipejamkan kedua matanya dengan membaca :
بِسْمِ اللهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Kemudian sunat diikatkan dagunya ke kepalanya dengan kain yang bersih, dan senamkan segala sendi-sendinya, lengan ke bahunya, kaki ke pahanya, pahanya ke perutnya dengan perlahan-lahan beberapa kali supaya lembut sendi-sendinya dan mudah dimandikan kelak. Dan rapatkan kedua belah kakinya.Setelah itu ditukarkan pakainnya dengan kain bersih dan diselubung kan dengan kain yang tidak berapa tebal. Baringkan mayat membujur (terlentang), kakinya menghala kearah Qiblat dan kepalanya ditinggikan sedikit supaya mukanya menghadap Qiblat. Seelok-eloknya diletakkan mayat itu diatas tempat yang tinggi sedikit dan diletakkan di atas perutnya besi atau seumpamanya yang beratnya lebih kurang 150g supaya tidak kembung. Jika perlu nyalakan perasapan dengan membakar kemenyan, setanggi atau gaharu sehingga ia selesai dimandikan.
0 comments:
Post a Comment
Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.