Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

26 December 2012

Nakhoda Kefahaman

   Menelusuri ilmu Allah SWT yang sangat luas dan tidak terhitungnya ini bukanlah suatu perkara yang mudah  seperti dibicarakan oleh lisan sekalian makhluk yang berpangkat khalifah. Persimpangan dan perbezaan akan tercetus dengan kepelbagaian pengolahan pemikiran setiap khalifah di muka bumi ini. Lontaran idealisme setiap saat ke segenap ruang lingkup ilmu sejagat mengakibatkan kepelbagaian tersebut tidak sekali dapat dihadang walau dengan menggunakan besi waja keutuhan ilmu tertinggi yang digapai oleh seseorang mahupun sekumpulan. Lantaran itu terbukti jualah kepelbagaian dalam menelusuri ilmu Allah ini tercetus dari istilah tinta dan jua kalam yang digelar dengan nama FAHAM. 
   Adapun istilah tinta dan jua kalam ini mudah diungkap serta dilafazkan makhluk tidak bertulang yang dikenal lidah, namun ianya tidak mudah untuk diadaptasikan dalam metafora umum demi menyeimbangi kepelbagaian ilmu dalam jiwa setiap khalifah. FAHAM seorang khalifah tidak sama jualah FAHAM khalifah yang lainnya disebabkan wujudnya kepelbagaian yang sememangnya tidak dapat dihadang mahupun disama-ratakan ia. Jadi khalifah yang kerdil lagi hina ini beryakinkan dengan konsep FAHAM yang tigalah jua mengakibatkan terjadinya kepelbagaian dan keunikan makhluk Allah sejagat yang digelar khalifah. FAHAM yang tiga itu boleh dikelaskan ia dengan : 

14 December 2012

Bahana Anak Ramai ?

بسم الله الرحمن الرحيم

" Sesungguhnya Allah berikan dunia kepada sesiapa yang Allah suka dan kepada sesiapa yang Allah tidak suka, akan tetapi Allah akan beri agama hanya kepada yang dicintai."

- Hadith Riwayat Ahmad -

   Bagi manusia bukanlah satu perkara yang sukar untuk memperoleh dunia dan isinya kerana Allah akan memberikan dunia ini kepada sesiapa sahaja yang berkehendak. Dapat kita lihat seantero dunia ini koloni manusia dikatogorikan dengan pelbagai golongan yang bersifat duniawi. Misalnya ada orang kaya terdiri dari kalangan orang kafir dan juga muslim, ada orang miskin tergolong dikalangan muslim dan ada juga dikalangan orang kafir, orang kafir dan muslim juga ada dikalangannya berjawatan tinggi dan sebagainya. Ini menunjukkan untuk memperoleh dunia seluruh manusia mampu untuk memilikinya.

25 November 2012

Cerita DIA

   Membara semangat DIA untuk mencari pedoman yang entah hilang kemana. Sedang sebelum ini DIA lah yang memberi pedoman kepada SAYA dan seringkali menjadi teman rapat kepada AKU. Kini DIA telah hilang pedoman. Entah mengapa pedoman yang sememangnya teman rapat DIA menghilangkan diri secara tiba-tiba. Hilangya pedoman DIA menjadi bingung tanpa bicara, menjadi tidak keruan ditimpa bencana. Bagi DIA pedoman sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan kehidupan DIA. Pedoman merupakan nadi bagi DIA, apabila ia hilang bagaikan tiada erti lagi kehidupan DIA.

   AKU seringkali meminta bantuan DIA untuk menyelesaikan perbagai kegalauan dan kekusutan dalam diri AKU akan tetapi kini DIA sudah hilang pedoman. Bagaimana mungkin AKU mampu untuk meneruskan hidup ini tanpa DIA. DIA sememangnya yang sering memberi pedoman kepada AKU akan tetapi dengan kehilangan pedoman DIA tidak mampu lagi untuk menuntun AKU dan membantu AKU untuk melaksanakan sesuatu. SAYA hanya mampu bertindak dan pasti sekali tidak mampu untuk bertindak tanpa bantuan AKU dan DIA. Mana mungkin SAYA dapat bertindak tanpa bantuan AKU dan DIA.

16 November 2012

Pertembungan Antara Dua Kuasa Besar


-Bismillahirahmanirahim-

Wahai pemuda Islam yg merdeka.,

Kita selaku manusia pastinya telah sedia maklum bahawa di dalam dunia ini kebanyakkannya akan terdapat pertembungan di antara dua perkara sebagaimana pertembungan diantara hak dan batil serta ketaatan dan kemungkaran..

Apa yang ingin diberikan penjelasan adalah kaitan tentang asalnya pertembungan yang bertitikkan dari medan pertempuran hingga terhasilnya perang dingin di antara dua kuasa (lagenda) ini dan akan diakhiri dengan peperangan penentu kekuasaan (final).

07 November 2012

Aku Bangga Menjadi Muraqibmu



Oleh : Abdullah Suady Ramadhan B Mohd Nasir
Pengerusi Kelab Orator Prisma 2011/2012
FB : Arwah Abdullah Suady Ramadhan

“Bila ku sedari diri disayangi langkah kaki ini semakin berani, Bila terkeliru kuucap namamu terasa diriku kembali dipacu…” lagu Bila Diri Disayangi nyanyian Ukays menjerit di telefon ana menandakan masej masuk. “Suady !! tak baik cakap dekat akhwat macam tadi, Akhwat just nak minta awak tolong muraqibpun susah ke?? Jaga la sikit hati akhwat ni” Mesej dari kak safarah membuatkan aku kaget sebentar. “Apakah DosaKu??” Ana sempat bermonolog sendirian. Muraqib akhwat adalah satu sistem penjagaan yang menandakan satu komplimentasi masyarakat. Jika tiada syabab yang menjaga akhwat,jika tiada akhwat yang menyayangi syabab,pasti kehidupan itu akan malap dan suram.

Yeah !! keHIDUPan akan suram !!

MURAQIB ILMU

Ana cuba mencari maksud dari segi Istilah perkataan MURAQIB ini,Ada yang memberi jawapan Pengawas,Penunggang,Pemberi Tunggangan,Pengikut dan banyak lagi.Namun apa yang pasti,MURAQIB adalah manusia yang diberi kepercayaan dan amanah untuk sesuatu.Ini adalah salah satu kontrak kehidupan antara manusia dan pencipataNya yakni Allah SWT.Manusia diciptakan bukan untuk dipersia-siakan,Walau sebesar gunung ganang mahupon sekecil atom, Manusia ada tugas dan amanah yang harus diselesaikan,

07 April 2012

Pengaruh dan Kuasa : Yang Mana Lebih Utama?!




بسم الله الرحمن الرحيم

   Assalamualaikum dan salam tautan buat seluruh warga pembaca. Semoga anda semua berada dalam lingkungan cahaya kebenaran yang berupa iman walau di mana anda berada. Pada hari ini penulis berasa terpanggil untuk sama-sama berkongsi beberapa perbincangan mengenai KUASA dan PENGARUH. Seusai membaca artikel Ustaz Hasrizal Jamil yang bertajuk Kepimpinan : Antara Kuasa dan Pengaruh, penulis merasakan masih ramai lagi yang mengamalkan sikap keterbalikkan dalam menilai erti kata sebenar berkenaan PENGARUH dan KUASA. Ada yang menyatakan KUASA itu lebih penting dari PENGARUH kerana tanpa KUASA seseorang pemimpin itu tidak mampu  untuk mencipta PENGARUH. Ya benar, KUASA merupakan suatu elemen penting yang perlu ada untuk bergelar pemimpin, akan tetapi PENGARUHlah merupakan elemen yang paling terpenting dalam merealisasikan sesuatu hala tuju mana-mana tampuk kempimpinan, samada di peringkat yang paling bawah mahupun di peringkat yang paling atas. Sejarah membuktikan bahawa KUASA tanpa PENGARUH hanya menyebabkan sesuatu hasil dari kepimpinan itu tidak menjadi hasil yang Produktif.

16 March 2012

A Holistic Way Of Life - Ustaz Hasrizal

Para daie' wajib mengikut urutan 5 perkara yang utama didalam berinteraksi dengan orang yang didakwah :-

1- Connect : wujudkan talian,perkenalan dsb
2- Aknowladge : kenali mereka,selami perasaan dsb

14 December 2011

Penyakit Hati

Antara penyakit hati yang menyebabkan hidup tidak tenteram :-

1. Bersangka buruk dengan setiap pekerjaan orang lain.
2. Sentiasa berfikiran negatif.
3. Kurang menyenangi kelebihan orang lain.
4. Sentiasa iri hati.
5. Tidak mahu menerima teguran dari siapa pun dan sering merasakan diri lebih mulia berbanding yang lain.

 Elakkan segala sikap -ve dan gantikanlah dengan sikkap +ve.

Wallahua'lam.

13 December 2011

Hasad, Dengki, Ujub, Dan Riya'

Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Wallahua'lam...

12 December 2011

Tanda Orang Sombong

Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan...tngok la diri kamu ni mcm mna??muhasabah la diri stiap masa..

- Mohamad Fathi -

11 December 2011

10 Muwasafat Susunan Syeikh Hasan al-Banna



1- Pembentukan aqidah yang sejahtera
2- Ibadah yang sempurna
3- Luas Pengetahuan
4- Mujahadah nafsu
5- Menjaga masa
6- Sihat tubuh badan
7- Akhlak yang mantap
8- Mampu berdikari
9- Bermanfaat pada orang lain
10- Tersusun urusan

Credit to : Nur Shahirah Ahmad

07 December 2011

5 Perkara

Para daie' wajib mengikut urutan 5 perkara yang utama didalam berinteraksi dengan orang yang didakwah :-

1- Connect : wujudkan talian,perkenalan dsb
2- Aknowladge : kenali mereka,selami perasaan dsb
3- Serve : menyampai dengan baik sesuai dengan keadaan mereka dsb
4- Inquire : ketahui tujuan dan keperluan yang tiada didalam kehidupan mereka dsb
5- Choice : akhir sekali barulah diberi pilihan kepada mereka dsb

- Ust Hasrizal -

05 December 2011

Fair And Square

‎" Pandangan aku ini betul berkemungkinan juga tersilap, pandangan kamu tersilap dan berkemungkinan juga betul "

- Imam Syafie -

Menjadi mutawassithin dan tawazun dalam setiap perkara itu adalah lebih digalakkan berbanding menjadi mutasyaddideen dan mutasahhileen dalam menilai pendapat dan permasalahan didalam Islam..

Golongan kuffar menginjak-injak dan menindas kita selama ratusan tahun. Masih relevenkah kita sebagai orang Islam bertelagah dan membincangkan perkara yang hanya bernatijahkan perselisihan pendapat berkaitan furu` berbanding mencari penyelesaian yang baik untuk mengangkat martabat Islam??

Ayuhlah para pemuda, bangkitlah dari lena perselisihan yang panjang.. laksanakanlah anjakan paradigma dalam memperjuangkan Islam tercinta. Lakukan sesuatu yang dapat memartabatkan Islam kembali, dan berhentilah berkecimpung didalam pertikaman lidah berkaitan perselisihan pendapat yang telah diperbincagkan ulama` hampir ratusan tahun..

Berlapang dadalah sesama kita selagi mana apa yang dilakukan itu hala tujunya merupakan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Pertingkatkan KUALITI Intelek,Emosi dan Spirit supaya kita mampu menggabungkan ketiga-tiga elemen tersebut untuk memperolehi KUALITI dakwah yang terbaik dalam menegakkan kembali kalimah
!!! لا إله إلا الله محمد الرسول الله ...

Iqrar Bersama :-

" Kami redha bahawasanya Allah s.w.t. itu tuhan kami, Islam itu merupakan agama kami dan Nabi Muhammad s.a.w. itu rasul serta nabi kami."

Tingkatkan KUALITI kita sebagai Muslim. Terus mara kehadapan dalam memperjuangkan Islam tercinta. Berhenti bertelagah sesama sendiri dan cari penyelesaian yang terbaik supaya Islam kembali gemilang di persada dunia.

WaAllahu wa Rasuluhu a'lam...

02 December 2011

Kata Doktor

" Sebenarnya para Doktor penyakit jiwa menyedari bahawa keimanan yang kukuh dan pegangan yang teguh terhadap ajaran agama oleh seseorang adalah satu jaminan untuk menyembuhkan mereka dari penyakit gelisah, tegang perasaan, penyakit saraf dan lain-lain. "

- Dr Riel Karienji -

29 November 2011

Kata Syeikh Fathi Yakan

Saya Mestilah beriman bahawa :

1- Pencipta Alam ini adalah Allahyang Maha Bijaksana lagi berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapa pun.

2- Allah s.w.t tidak menciptakan segala kejadian alam secara sia-sia tanpa tujuan.

3- Allah s.w.t telah mengutuskan rasul-rasul dan kitab-Nya dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali-Nya dan memahami matlamat kejadian kita,mengetahui asal-usul kita dan kemana kita akan kembali.

4- Matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah s.w.t. , memberi sepenuh ketaatan dan mengabdikan diri kepada-Nya.

5- Ganjaran bafi orang mukmin yang taat kepada Allah adalah syurga.

6- Seluruh manusia melakukan kebaikkan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Kebaikkan ( dengan taufiq dan inayah Allah ) Kejahatan ( dalam batasan dan keizinan Allah )

7- Urusan penciptaan undang-undang adalah hak mutlak Allah s.w.t.

8- Takut hanya kepada Allah s.w.t. dan tidak takut kepada selain-Nya.

9- Menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta.

10- Kita sentiasa dibawah penguasaan Allah s.w.t. dalam keadaan terang mahupun tersembunyi.

- Fathi Yakan -

09 November 2011

Hubungan Dengan Allah

Apabila diri jauh dari Allah maka secara automatiknya manusia akan menjauhi kita.. Maka dekatkanlah diri kepada Allah sehampir yang mungkin supaya manusia sentiasa ingin bersama dengan kita. Matlamat kita yang utama adalah kualiti hubungan dengan Allah dan nikmat yang paling besar bukanlah syurga akan tetapi dibenarkan Allah untuk kita mengangkat wajah kita melihat Allah azzawajalla..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...