16 November 2012

Pertembungan Antara Dua Kuasa Besar


-Bismillahirahmanirahim-

Wahai pemuda Islam yg merdeka.,

Kita selaku manusia pastinya telah sedia maklum bahawa di dalam dunia ini kebanyakkannya akan terdapat pertembungan di antara dua perkara sebagaimana pertembungan diantara hak dan batil serta ketaatan dan kemungkaran..

Apa yang ingin diberikan penjelasan adalah kaitan tentang asalnya pertembungan yang bertitikkan dari medan pertempuran hingga terhasilnya perang dingin di antara dua kuasa (lagenda) ini dan akan diakhiri dengan peperangan penentu kekuasaan (final).



Dua kuasa yang di maksudkan ini adalah :

1.KEBENARAN yang berupa Islam.

2.KEBATILAN sebagaimana Yahudi, Nasrani serta sekutunya.

Kebenaraan iaitu Islam membawa erti menyeru kepada yang hak iaitu mentauhidkan Allah dan menuruti apa yang telah dibawakan Rasulullah.SAW, manakala kebatilan pula adalah apa sahaja perkara yamg membelakangi hak ini.

Wahai pemuda Islam yg merdeka !

Sedarlah, di awal petembungan dua kuasa lagenda ini adalah bertitikkan di medan pertempuran yang membawa kepada kemenangan umat Islam. Jarang sekali umat Islam itu lemah dalam pertempuran di medan peperangan akan tetapi kelemahan umat Islam pada masa kini adalah berpunca dari kecetekkan ilmunya yang sebenarnya merupakan penentu kekuatan.

Akibat daripada kelemahan tersebut, musuh Islam mengambil kesempatan dengan bertindak pantas membina kekuatan ketenteraan yang jitu dan terus menyerang kota ilmu umat Islam yg brhampiran dengan sungai furat Baghdad, Iraq yang mengorbankan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam serta berlakunya rampasan terhadap kitab-kitab umat Islam yangg unggul seperti kitab-kitab yang berkaitan dengan ilmu teknologi, falsafah, sains, perubatan dan sebagainya. Kebanyakkan kitab-kitab lainnya di campakkan ke dalam sungai furat sehingga  menyebabkan sungai furat yang jernih berubah warnanya menjadi hitam kesan daripada dakwat kitab-kitab yang tenggelam ke dasar sungai tersebut.

Sedarlah pemuda Islam yg merdeka !

Peristiwa ini brlaku sebelum perang salib yang ketika itu umat Islam dipimpin oleh Solahudin al-Ayubi dan peristiwa ini juga telah di lenyapkan oleh musuh Islam dengan menyandarkn sejarah tersebut kepada peristiwa peralihan ilmuan Islam kepada mereka. Mereka melakarkan perang salib dengan melenyapkan tragedi yg menyayat hati..,

Wahai pemuda Islam yg merdeka..,

Setelah berlakunya pralihan ini, peperangan terus berlaku bg mengaburkn mata umat Islam dari menyedari perancangan mereka yang sedang giat membina organisasi sepertimana zionis untuk menghancurkan umat Islam dari dalam. Mereka menyerang secara halus dengan menyentuh serta mengubah pelbagai perkara terutamanya perkara yang berkaitan dasar kenegaraan dan juga serangan pemikiran dengan membawa idealisma yang mengelirukan. Perkara itu juga di kategorikan  sebagai perang dingin di antara dua kuasa tersebut iaitu KEBENARAN dan KEBATILAN.

Umat Islam sebenarnya mempunyai golongan yang menjadi tunggak utama bagi mengendalikn gerakan-gerakan Islam di seluruh pelusuk dunia bagi menolak serangan dasar kenegaraan dan pemikiran mereka. Tugasnya berat akan tetapi wajib dilaksanakan oleh golongan tunggak Islam terutamanya iaitu membawa kembali umat Islam kepad cinta Allah dan RasululNya dengan sebenar-benar kecintaan. Dengan kecintaan tersebut pastinya akan membawa kepada pentembungan semula di medan pertempuran kemuncak yang akan dipimpin oleh Imam Al-Mahdi kelak.


cc : Ab Hanis

© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted

0 comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...