19 October 2012

Maaf Aku Tak Sempurna

   "Aduh! Camne pulak aku boleh terlupe nak strika baju nie.? Lambat la aku ke pejabat hari ni." Sungut Laith di pagi hari yang penuh hening. Dalam keadaan tergesa-gesa Laith menyiapkan keperluannya untuk ke pejabat. Selepas selesai solat subuh Laith ketiduran dan terlajak sehingga ke pukul 7.30 pagi. Niatnya hendak berbaring merehatkan tubuh sebentar, akhirnya kerana terlalu enak dengan keheningan pagi Laith terjaga tidak pada waktu yang sepatutnya. 

   "Awal sampai hari ni Laith." Sindir sahabat karibnya Syuib sambil mengangkat kening berkali-kali tanda provokasi senda yang membuatkan Laith tersenyum simpul tidak berkata. " Terlajak baring la lepas subuh tadi. Baju pun baru strika pagi tadi, tu yang 'awal' sangat sampai pejabat." Sambut Laith membalas provokasi senda Syuib.
   
   Laith dan Syuib merupakan penolong pengarah satu dan dua di Syarikat Mega Holding. Mereka berdua hampir lima tahun bersama-sama bekerja membangunkan Syarikat Mega Holding setelah menamatkan pengajian di Universiti Kyoto Jepun 6 tahun yang lalu. Mereka berdua telah dinaikkan pangkat setahun yang lalu menjadi Penolong Pengarah satu dan dua disebabkan hasil kerja mereka yang berkualiti dan komitmen yang mereka tunjukkan terhadap segala tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka berdua. 

   Hari ini Syuib dan Laith di tugaskan untuk memantau kawasan tapak projek Syarikat Mega Holding yang bernilai RM 350 juta di Hartamas Kuala Lumpur. Setibanya mereka di tapak projek, kelihatan segalanya berjalan lancar. Laith dan Syuib berpuas hati dengan segala gerak kerja yang telah berjalan hampir lima bulan itu. Mereka memerlukan jangka masa hampir dua tahun bagi menyiapkan segala perkara berkaitan projek tersebut. Sedang mereka sibuk meneliti plan dan melihat setiap inci kawasan pembinaan, Laith disapa oleh seorang wanita. 

   "Assalamualaikum, Encik Laith yer?." Sapa wanita tersebut sambil mengarahkan ibu jarinya kepada Laith.

   "Yer saya. Boleh saya tahu cik ni siapa?." Soal Laith dengan penuh tenang.

   "Saya Zulaikha, ketua operasi bahagian landskap dari Syarikat Mawardah Enterprise. Hari ini saya menggantikan sahabat saya Mardiah buat sementara waktu. Dia ada urusan kecemasan dan terpaksa terbang ke London untuk beberapa bulan." Terang Zulaikha dengan nada yang santun dan tegas memperkenal diri serta menyatakan secara ringkas sebab keberadaannya di tapak projek. 

   "Oh yer, baiklah kalau begitu selamat bekerjasama demi menjayakan projek kita ni. Saya Laith dan ini sahabat saya Syuib." Giliran Laith pula memperkenal diri serta sahabatnya kepada Zulaikha. Sekilas memperkenalkan diri, mereka bertiga menyelesaikan pemantauan projek dan pulang ke pejabat masing-masing sekitar jam 3.00 petang. 

   Zulaikha merupakan seorang mahasiswi lepasan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Gaya perwatakan muslimahnya amat disenangi Laith dan Syuib. Tudung labuh dan jubah merupakan pakaian harian Zulaikha. Santun dan tegas dalam berbicara membuatkan Laith dan Syuib amat menghormati Zulaikha. 

   "Syuib, ko rasa ku layak tak tuk kahwin dengan seorang muslimah? Layak ke tuk aku?." Tanya Laith setelah dua bulan mereka menguruskan projek di Hartamas. 

   "Hai, lain macam beno gaye mike bertanya. Ada yang berkenan di hati ke? Zulaikha la ni kan.?." Secara sepontan Syuib meneka dan dikala itu juga kelihatan muka Laith merah padam akibat dari tekaan Syuib yang tiba-tiba menerjah. 

   "Tak sempat aku nak bermukadimah, kau terus bagi penutup yer dak. Kalau yer pun bagi la ku bukak bunga kata dulu, ni tak, terus cantas. Aduh! Spoil la bro." Sanggah Laith sambil tersengih tatkala nama Zulaikha disebut Syuib. 

   Akhirnya Laith bertekad untuk melamar Zulaikha walaupun Laith merasakan dirinya tidak layak untuk seorang muslimah seperti Zulaikha. 

   "Cik Zulaikha, boleh saya nak bertanya sikit?." Sapa Laith ketika bertemu Zulaikha di tapak projek.

   "Boleh. InsyaAllah saya akan cuba menjawab pertanyaan Encik Laith dengan baik." Dengan santun dan tegas Zulaikha menjawab. 

   "Cik Zulaikha dah kahwin?." Tanya Laith dalam kerisauan, risau dirinya akan dimarahi dengan soalan yang agak privasi itu. Sambil tersenyum simpul Zulaikha membalas,

   "Belum lagi." pendek dan bersahaja jawapan yang dilontarkan Zulaikha. Dengan penuh keyakinan Laith menyatakan hasratnya tanpa berfikir panjang lagi.

   "Andai saya masuk melamar Cik Zulaikha, adakah Cik Zulaikha sudi untuk menerima lamaran saya?." tawar Laith sambil merasa bimbang ditolak lamarannya. 

   Dalam keadaan terkejut dengan lamaran yang tidak semena-mena itu Zulaikha membalas,

   "Ibu dan Ayah saya masih hidup. Moleklah Encik Laith bertanyakan hal ni kepada mereka, insyaAllah pertanyaan Encik Laith tadi akan terjawab segalanya." Sambil tertunduk malu Zulaikha melangkah lembut meninggalkan Laith keseorangan terpaku dan tergamam dengan jawapan yang diberikan Zulaikha. 

   Setelah rombongan meminang dari pihak Laith berjumpa dengan ibu dan ayah Zulaikha maka diterimalah lamaran Laith serta ditetapkan jualah tarikh pernikahan mereka berdua. Laith kegirangan dan terus melakukan sujud syukur setelah mengetahui lamarannya diterima dan telah ditetapkan tarikh bagi pernikahannya dengan Zulaikha. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dan tertera nama Zulaikha di skrin. Laith pantas menjawab panggilan tersebut, 

   "Assalamualaikum bakal makmum saya Cik Zulaikha." Salam diberi berserta seloroh pemula kata dari Laith dengan nada yang penuh kegirangan.

   "Waalaikumussalam bakal imam saya Encik Laith." Jawab Zulaikha santun dan bersahaja.

   "Terima kasih kerana sudi menerima lamaran saya." kata Laith meneruskan bicara. 

   "Sama-sama. Semuanya adalah dibawah urusan Allah SWT. Dialah yang mempermudahkan segalanya." balas Zulaikha menyerah segalanya kepada Yang Pengasih tanda bersyukur dan redha diatas ketentuanNya.  

   "Oh yer, kenapa Zulaikha call?. Ada apa-apa pesanan yang nak disampaikan ke?." Laith bersuara meneruskan bicara.

   "Erm, sebelum kita bernikah ada sesuatu yang Laith perlu tahu tentang diri Zulaikha. Sebenarnya Zulaikha..." perbualaan sepi seketika, lalu Zulaikha meneruskan bicaranya,

   "Zulaikha ni tak sempurna orangya." jelas Zulaikha kepada Laith.

   "Zulaikha, Laith tidak mengharapkan kesempurnaan dari diri Zulaikha. Cukuplah sifat muslimah yang terpampar pada perwatakan Zulaikha. Laith melamar Zulaikha kerana apa adanya pada Zulaikha dan bukan kesempurnaan yang menjadi kayu ukur bagi Laith buat diri Zulaikha." kata Laith menenangkan Zulaikha. 

   "Tapi ..." belum sempat Zulaikha meneruskan kata-kata, Laith bersuara dengan penuh ketegasan, 

   "Zulaikha, Laith tak mahu dengar apa-apa lagi berkaitan kesempurnaan. Tiada tapi-tapi lagi. Yang penting sekarang adalah Zulaikha akan menjadi isteri Laith yang sah tak lama lagi. Laith ada kerja yang nak disiapkan ni, nanti bile ada kelapangan Laith call Zulaikha pula yer. Assalamualaikum bakal makmumku." Laith mematikan talian kerana tidak mahu meneruskan bicara yang baginya hanya mendatangkan kegalauan di hati yang sedang girang disimbah kegembiraan.

p/s : Sila dengar muzik dibawah ini sambil meneruskan pembacaan : 



   "Adakah Laith mampu menerima aku yang tidak sempurna ini?." Bisik Zulaikha bermonolog seorang diri sambil melihat tangan kanannya yang kudung akibat kemalangan jalan raya semasa di UIAM dahulu. 

   Ramai orang yang tidak mengetahui termasuklah Laith dengan kekurangannya kerana selama ini kekurangan tersebut dibaluti dengan tudung labuh serta perwatakan muslimahnya yang mempersona. Zulaikha mengimbas kembali suasana beberapa jam sebelum berlakunya kemalangan keatas dirinya. 

   Ketika hendak melintas jalan di ibu kota Kuala Lumpur, tangan kanannya ditarik seseorang. Dengan persaan marah bercampur terkejut akibat perbuata tersebut Zulaikha menoleh keras serta berniat ingin memarahi insan yang menarik tangan kanannya secara tiba-tiba. Tatkala Zulaikha menoleh, terus terbatal niatnya ingin memarahi insan tersebut apabila yang dilihatnya adalah seorang kanak-kanak yang kudung kakinya dan berjalan menggunakan tangan.

   "Kakak, saya anak yatim dan takde kaki nak berjalan. Bole kakak bantu saya? Saya lapar la kakak. Ada tak makanan yang boleh saya jamah untuk mengalas perut saya yang kelaparan ni?." sapa budak tersebut memohon ehsan dari Zulaikha demi mengalas perutnya yang kelaparan. 
 
   Secara tiba-tiba Zulaikha yang asalnya sedang dalam keadaan amarah bertukar hiba serta berkaca matanya menahan sebak melihat nasib seorang kanak-kanak yang kudung kakinya meminta ehsan dan belas daripadanya. Sambil menitiskan air mata Zulaikha menghulurkan sebungkus roti sardin yang dibawanya dari rumah untuk menjadi bekal bagi dirinya ditengah perjalanan semasa di ibu kota Kuala Lumpur. Budak tersebut kegirangan dan tersenyum manis setelah diberikan roti sardin oleh Zulaikha.

   "Terima Kasih kakak, semoga Allah membalas segala jasa baik kakak." ujar budak tersebut sambil meletakkan roti yang diberi Zulaikha di dalam kocek bajunya yang lusuh serta berlalu pergi berjalan menggunakan kudrat tangannya yang lemah. 
 
   Zulaikha melintas jalan sambil menitiskan air mata dek tidak tertahan sebak mengenangkan peristiwa yang baru sahaja berlaku keatas dirinya sebentar tadi. 

   "Ya Allah, ampunkanlah dosaku. Kau rahmatilah kehidupanku dan budak tersebut." bisik Zulaikha di dalam hati. 

   Sedang Zulaikha bermonolog ketika melintas jalan, tidak semena-mena sebuah kereta yang sedang memecut laju tiba-tiba merempuh Zulaikha. Akibat terkejut dan trauma dengan kemalangan tersebut Zulaikha tersedar dari lamunannya. Sambil mengusap tangannya yang kudung Zulaikha bermonolog di dalam hatinya,

   "Takpelah Zulaikha. Kau takde sebelah tangan je. Kau patut bersyukur kerana masih punya anggota yang lain untuk meneruskan kehidupan. Camne lah nasib budak tu sekarang ni ye?. Semoga hidupnya dipermudahkan Allah. Moga-moga Laith mampu menerima kekurangan ku ini." 

   Setelah selesai sudah lafaz ijab dan bacaan doa oleh qadi, tibalah masa sesi menyarungkan cincin ke tangan Zulaikha. Laith menghampiri Zulaikha dengan tenang dan menghulurkan tangan menanti Zulaikha untuk menyambutnya. Secara tiba-tiba Zulaikha terdengar suatu suara yang lembut menyapa telinganya,

   "Hulurkanlah tangan kanan mu dengan tenang. Sesungguhnya Allah telah merahmatimu diatas ehsan yang telah engkau berikan kepada sesama makhluk. Tenang dan hulurkanlah tangan kanan mu andai engkau benar-benar muslimah yang bertaqwa kepada Allah SWT." 

   Dalam keadaan kebingungan tidak semena-mena Zulaikha menghulurkan tangan kanannya untuk menyambut tangan suaminya Laith yang tercinta. Mengalir deras air mata Zulaikha tatkala melihat tangan kanannya sempurna seperti sedia kala. 

   "Terima Kasih ya Allah kerana memulangkan tangan kanan ku. Terima kasih ya Allah. Sesungguhnya engkaulah Tuhanku yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi Rahmat." Bertalu-talu ucapan syukur itu dibisikkan oleh hati Zulaikha. 

   Mengertilah Zulaikha akan hakikat ehsan Allah SWT terhadap makhluknya. Segala amal kebaikkan akan dibalas oleh Allah jika tidak di dunia maka ianya akan dibalas di akhirat kelak. Kini Zulaikha bahagia bersama suaminya yang tercinta, Laith. Terkubur segala rahsia kekurangan Zulaikha selama-lamanya kerana Ehsan Allah SWT yang telah mengembalikan kesempurnaan tangan kanannya. Zulaikha berterusan mengabdikan diri kepada Allah SWT sepenuh pengabdian. Tidak dapat Zulaikha nafikan lagi keEsaan Allah SWT yang memulangkan kembali nikmat tangan kanan yang selama ini hilang ditelan kecelakaan. Zulaikha, sang muslimah yang dikurnia Rahmat Yang Esa.






© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted

18 comments:

  1. salam bro,buat sndri ka cerpen ne?nice2.. :)

    Rahsia Allah xdisangka2..ALLAH3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Alhamdulillah.. buat sendiri, insyaAllah asli dari idea bro sendiri.. teringat kisah sejarah seorang muslimah yang bagi roti dekat peminta sedekah.. tangan dia kudung, lepas tu disebabkan ehsan dia sesama manusia Allah kembalikan balik tangan dia.. jadi terus terfikir nak wat cerpen.. maka terhasillah cerpen yang tak seberapa ini.. syukran sudi membaca.. :)

      Delete
  2. Lu mmg style la bro..muzik yg xthn 2...nak nges gua bce...hmpir memechkn tembok kemetelan gua bro! Style2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. :).. jangan nanges dude.. relek2..:) metel2 pun ada jiwa maa.. (^_^)V syukran coz sudi baco yo.. :)

      Delete
  3. Subhanallah...bagusnya..satu penulisan yang baik dan kreatif..Tahniah...rasa nak menangis bila baca kisah ni..mohon share ye saudara huzaifah basit.... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran2.. silakan share.. semoga Allah memberkati saudari.. syukran juga sebab sudi luang masa untuk membaca cerpen penulis.. :)

      Delete
  4. awesome... cerpen yg best n menarik...
    moga memberi impak kepada pembaca.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran.. moga ada kesan pada hati pembaca.. syukran sudi baca..:)

      Delete
  5. Cerpen menarik dan lg menarik jika ikut format yang betul.. apa pun nnti aku bgtau format cerpennya yang ibu zamidah ajarkan aku ritu.. hehe.. Teruskan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) tu lg mantop.. nnti gtau la format dia y sebenar.. baru leh kata cerpen melayu lau format betul yer dak..:) pape pon syukran kerana sudi baca..:)

      Delete
  6. abang jepah : watak syuib hilang..haha..

    btw keep it up bro :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) syuib dimatikan wataknya secara tiba-tiba.. :) syukran sebab sudi baca.. :)

      Delete
  7. nice .. boleh improve lagi nie.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran.. insyaAllah akan berusaha kearah yang lebih baik.. :) syukran sudi baca.. :)

      Delete
  8. Dah agak dah..,nie mesti idea penulis sendiri...,hehe..Tahniah..,menarik...terbaik...bestttt...:)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum....
    nice cerpen...
    try lg...
    boleh wat novel plak...


    #peminat novel n cerpen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam....
      Syukran...
      InsyaAllah akan try lagi...
      Nak wat novel mungkin lambat lagi. Doa2kanlah ye...

      Delete

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...