07 April 2012

Pengaruh dan Kuasa : Yang Mana Lebih Utama?!




بسم الله الرحمن الرحيم

   Assalamualaikum dan salam tautan buat seluruh warga pembaca. Semoga anda semua berada dalam lingkungan cahaya kebenaran yang berupa iman walau di mana anda berada. Pada hari ini penulis berasa terpanggil untuk sama-sama berkongsi beberapa perbincangan mengenai KUASA dan PENGARUH. Seusai membaca artikel Ustaz Hasrizal Jamil yang bertajuk Kepimpinan : Antara Kuasa dan Pengaruh, penulis merasakan masih ramai lagi yang mengamalkan sikap keterbalikkan dalam menilai erti kata sebenar berkenaan PENGARUH dan KUASA. Ada yang menyatakan KUASA itu lebih penting dari PENGARUH kerana tanpa KUASA seseorang pemimpin itu tidak mampu  untuk mencipta PENGARUH. Ya benar, KUASA merupakan suatu elemen penting yang perlu ada untuk bergelar pemimpin, akan tetapi PENGARUHlah merupakan elemen yang paling terpenting dalam merealisasikan sesuatu hala tuju mana-mana tampuk kempimpinan, samada di peringkat yang paling bawah mahupun di peringkat yang paling atas. Sejarah membuktikan bahawa KUASA tanpa PENGARUH hanya menyebabkan sesuatu hasil dari kepimpinan itu tidak menjadi hasil yang Produktif.
 

   Kita cuba amati apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW sebelum baginda di mandatkan menjadi utusan Allah SWT. Adakah baginda memperoleh KUASA dahulu dalam menyampaikan Islam atau baginda memulakan dakwahnya dengan mencipta PENGARUH?! Sejarah Islam membuktikan bahawsanya telah tercipta PENGARUH yang luas terhadap diri Rasulullah SAW sebelum baginda di mandatkan sebagai utusan Allah SWT. Apakah bukti kebenaran yang mengatakan Rasulullah SAW mempunyai PENGARUH yang luas sebelum di mandatkan menjadi utusan Allah?! Bagi anda yang mengetahui sejarah berkenaan Hajar al-Aswad, ketika kabilah-kabilah Arab berbalah tentang kelayakan untuk meletakkan kembali Hajar al-Aswad ke Kaabah, mereka akhirnya mencari seorang anak muda yang tidak berjawatan KETUA PEMUDA, tetapi PEMUDA yang berkualiti KETUA, iaitu Muhammad SAW. Biar pun tanpa jawatan atau KUASA dan kedudukan, pengaruh baginda sudah sedia terserlah, dek kualiti yang ada pada dirinya.

   Jelas mengikut sirah baginda Muhammad SAW, dengan hanya berpaksikan PENGARUH yang datang dari gelaran baginda yang empat iaitu al-Amin, Siddiq, Amanah dan Tabligh, baginda diberikan kepercayaan kepada seluruh ketua-ketua kabilah untuk membuat keputusan bagi mereka. Dengan ini benarlah, untuk menjadi pemimpin yang berwibawa anda seharusnya mencipta PENGARUH terlebih dahulu sebelum mendapatkan KUASA bagi menghasilkan kepimpinan yang Produktif. KUASA tanpa PENGARUH hanya membuatkan anda sebagai seorang pemimpin yang terpaksa menggunakan KUASA anda bagi menekan orang bawahan anda untuk merealisasikan impian dan hala tuju anda dalam sesuatu perlaksanaan, akan tetapi sekiranya anda mempunyai PENGARUH yang luas ketika mana anda memperolehi KUASA, tanpa paksaan dan tekanan terhadap orang bawahan, anda mampu mendapatkan hasil yang Produktif daripada perlaksanaan mereka dek kerelaan hati mereka melakukan segala arahan yang anda utarakan. Mari kita lihat beberapa persoalan berkenaan PENGARUH dan jawapannya, antaranya :











1. Adakah PENGARUH itu harus dicari?!

- PENGARUH tidak perlu dicari akan tetapi ia akan datang sendiri. 

2. Dari mana datangnya PENGARUH?! 

- PENGARUH akan terhasil dari pandangan manusia terhadap kualiti dan potensi diri anda. 

3. Bagaimanakah anda ingin meningkatkan potensi dan kualiti diri?! 

- Dengan melaksanakan segala apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah SWT dan RasulNYA dengan semaksima mungkin dan meninggalkan segala laranganNya dengan 100% tanpa soal. Kebijaksanaan anda dalam menggabungkan tiga elemen penting di dalam diri juga turut mempengaruhi potensi dan kualiti diri anda iaitu gabungan sempurna elemen IQ, EQ dan SQ seta meletakkan hala tuju perlaksanaan anda kearah Qualiti. Kualiti lebih baik dari kuantiti.

4. Bagaimanakah elemen PENGARUH itu terhasil?!  

Elemen PENGARUH akan terhasil dengan memaparkan akhlak yang tertinggi, tonjolkan potensi dan kualiti diri dan mewujudkan hubungan dengan pengikut dari segi logik akal, hubungan hati dan juga hubungan emosi.

   Dengan adanya PENGARUH tampuk kepimpinan anda akan menjadi tampuk kepimpinan yang berkualiti dan mampu menghasilkan Produktiviti bagi kemaslahatan sejagat. PENGARUH yang kuat mampu menjana manusia untuk mejadi insan yang berkualiti dan pemimpin berPENGARUH yang mampu menjana manusia sudah mencapai satu tahap yang dipanggil PEOPLE DEVELOPMENT. Kita cuba hayati sejarah al-Arqam yang dipelopori oleh Ashaari Muhamad berkaitan dengan kesan PENGARUHnya terhadap pengikutnya yang mampu menghasilkan suatu hasil yang Produktif. Dalam artikel Ustaz Hasrizal Jamil beliau menceritakan :

  - Apabila Ashaari Muhammad berceramah, ia akan dirakam dengan video. Selepas ceramah, Ashaari Muhammad dan rakan-rakannya akan menonton video tersebut yang banyak memfokuskan kepada penonton. Mata-mata yang terbeliak, mulut yang terlopong, adalah tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu berpotensi untuk diajak menjadi pengikut. Individu yang sedemikian rupa akan disiasat latar belakangnya, dan dicari alamatnya.

Lalu Ashaari Muhammad dan pengikutnya akan ke rumah lelaki tersebut. Bayangkan sahaja betapa berbesar hatinya seorang yang sedang sarat dengan kekaguman diziarah oleh tokoh yang dikaguminya. Ashaari Muhammad akan bertanya khabar, dan kemudian meminta izin untuk berehat seketika dengan tidur di atas lantai beralaskan bantal sofa lelaki tersebut.

Allah, cair hati tuan rumah. Lepas tu, minta apa pun diberi Insya Allah.

Saya tidak bermaksud mahu menganalisa Ashaari Muhammad dan gerakannya di sini, namun sikap beliau sangat mempengaruhi pengikut. Jika nyamuk gigit pun, Ashaari Muhammad hanya meniup dan tidak menamparnya. Ketika makan bertalam, Ashaari Muhammad akan mengambil tulang lebihan mereka yang makan setalam dengannya, dan akan dijamahnya sisa-sisa daging yang masih terlekat sehingga habis licin. -

- Saifulislam.com -

   Dengan ini, dapatlah kita ketahui bahawa sesuatu pekerjaan itu tidak akan mendapatkan hasil yang benar-benar berkualiti jika ianya merupakan paksaan yang datang dari sumber KUASA, akan tetapi ianya akan menjadi hasil yang berkualiti sekiranya sesuatu pekerjaan itu datang dari kerelaan hati sendiri disebabkan PENGARUH yang baik yang memberi kesan terhadap perlaksanaan kita. Wujudkanlah PENGARUH yang benar-benar efektif dalam apa jua perlaksanaan kerana PENGARUH yang baik itu adalah lebih utama berbanding dengan paksaan KUASA. Semoga entri yang tidak seberapa ini mampu untuk membantu anda dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin masa kini ataupun yang akan datang. Segala yang cantik dan terbaik itu datang daripada Allah SWT dan segala kelompongan datangnya dari diri penulis sendiri.

Wallahua'lam...
© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted

3 comments:

  1. Terbaikkkkkkkkkkkkkkkkk!!!:)

    ReplyDelete
  2. Afwan..sangat bermanfaat..boleh membuka mata kepada bakal2 yg akan menjadi pemimpin...:)

    ReplyDelete

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...