Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts

29 January 2013

Rindu Haramain



Lambaian Kota Suci 

Aku melihat syurga itu sangat bahagia..

Muhasabah aku sendri andai hidup ini hanya seketika cuma..

Cukupkah ibadah itu untuk aku bawa ke sana..

Allah , beri aku kekuatan agar aku tidak di belenggu dosa selamanya..

10 November 2012

Detik Berangkat Ke Jordan 2010

Selamat Menonton Video Ini...



   Ummi,

Perit Jerihmu Berbulan Mengendongku,
Sakit Penatmu Tak Pernah Sekali Kau Ungkitkan,
Hanya Kerana Aku Anakmu,
Dikau Berkorban Segala Sehingga Aku Dewasa,
Aku Banyak Berhutang Denganmu Ummi,
Masa Penatmu,
Masa Lapangmu,
Masa Sakitmu,
Masa Sukarmu,
Segalanya Kau Korbankan Untuk Aku,
Sungguh Sedikit Pun Tak Mampu Aku Membalasnya,
Yang Aku Mampu Hanya Menjadi Yang Soleh Buatmu Ummi.

16 October 2012

Etika Berbicara



   Abdullah Ibnu Abbas berkata, " Ada lima hal yang lebih berharga daripada kuda-kuda yang belang kakinya. Diantanranya :

1. Janganlah melibatkan diri dalam perbicaraan yang tidak bermakna, kerana akan sia-sia dan menjijikkan. Hendaknya merasa tidak senang dan hendaknya takut melakukan dosa.

15 October 2012

Kembara Musafir



Perjalanan,
Bermula permusafiran terus meredah,
Mengorak langkah menyusun wadah,
Tabir jiwa disingkap tabah,
Mencari makna dalam muhasabah.

Hamba,
Diri lemah tatkala permusafiran,
Berteduh sebentar meneguk kemanisan,
Mengerah keringat yang kian ketandusan,
Demi mencari makna ketuhanan. 

23 April 2012

Kau Seorang Khalifah





Siapa Kamu Dan Siapa Aku,
Kami Hamba Dan Dikaulah Tuhan,
Pengakuan Diwarta Janji Diikat,
Antara Yang Dicipta Dan Pencipta.

Tanpa Sedar Bergelar Khalifah,
Anugerah Yang Esa Buat MakhlukNya,
Mentadbir Bumi Diberi Kuasa,
Mengorak Langkah Dalam Perbatasan.

Gelaran Khalifah Dijunjung Bersama,
Sekalian Makhluk Bertakhta Manusia,
Bumi Ditadbir Pelbagai Cara,
Hingga Lautan Darah Dilihat Biasa.

24 March 2012

Hidayah





Mulanya sebuah kehidupan,
Disudahi dengan kematian,
Bersambungan dalam perjalanan,
Menuju tuhan mohon keampunan.

Gelap jalan meniti kebahagiaan,
Disulami dengan onak cabaran,
Mencari cahaya dalam kesamaran,
Demi meraih cinta tuhan.

Tatkala hadir sinaran cahaya,
Gelap beransur terang menjelma,
Hidayah itulah wadah bicara,
Bagi insan yang dahaga cinta.

15 March 2012

Pura-Pura Di Dalam Berjuang


Aku bukan seperti engkau sangkakan,
Pura-pura di dalam berjuang,
Aku tidak pandai menyulam rahsia,
Juga tak pandai bermadah pujangga.

Jika ada benci di hati,
Katakanlah padaku,
Relaku terima walau kutukan,
Asalkan aqidah terjaga.

14 March 2012

Kata-Kata Hikmah Hassan Al-Banna


‎(Baca - Renung - Beramal )

1. Seusai mendengar azan, maka bangunlah menunaikan solat dengan serta merta walau apa keadaan sekali pun.

2. Bacalah al-Quran, buku-buku, mendengar perkara yang baik, mengamalkan zikrullah dan janganlah sama sekali membuang masa walau sedikit pun dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dengan menggunakan Bahasa Arab Fusohah, kerana Bahasa Arab Fusohah itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong itu tidak akan memberi sebarang kebaikan.


5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

13 March 2012

Ibu



Ibu,
Dikaulah insan pertama,
Membawa sinar cahaya,
Menerangi kehidupanku sentiasa,
Dalam gelap mahupun gempita,
Kasihmu kau jadikan cahaya,
Memimpin aku ke arah bahagia,
Sehinggalah aku dewasa,
Cintamu tetap setia,
Menemani daku walau kemana.

Teman


Teman,
Istilahnya pendek,
Pengertiannya bermakna,
Mencarinya mudah sahaja,
Disekeliling ramai tak terkira,
Bukan semua bernilai mutiara,
Ada permata ramai juga yang kaca,
Begitulah teman didunia,
Istilah pendek,
Penuh makna.

Duhai teman,

10 March 2012

Apa Kata Cinta

  Cinta itu terbahagi kepada lima:

Cinta manusia kpd Tuhannya
Cinta manusia kpd dirinya
Cinta kpd orang kerana kecantikannya
Cinta kpd orang kerana ketinggian budinya
Cinta kpd orang yang berjasa kepadanya

Hukamak )

Cinta itu datangnya dari mata turun ke hati,
berendam dalam dada dan mengharap pemberian
kepada yang satu.

Van De Boom )


   Manusia mati dari semasa ke semasa dan badan
mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta.

William Shakespeare )

Siapa Aku ?!


Siapa Aku,
Seringkali aku hanyut dgn keakuanku,
Pendirianku,
Keegoanku,
Sehinggalah ada hati yg terhiris,
Dgn bicaraku,
Dgn sikapku,

09 March 2012

Nabi Idris Dan Pedoman Hidup


       Nabi Idris a.s adalah keturunan keenam Nabi Adam, putera dari Yazid bin Mihla'iel bin Qoinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan dia adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian setelah Adam dan Syith. Nabi Idris a.s mengikut sementara riwayat bermukim di Mesir, di mana ia berdakwah untuk agama Allah s.w.t. mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah s.w.t. serta memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikut-pengikut agar menyelamatkan diri dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai berusia 82 tahun.

Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :- 



08 March 2012

A Friend Is...



A friend is someone we lean on,
When we are feeling weak.

A friend is someone who help's us,
Find what it is we seek.

A friend is someone who looks out for you,
In all they say and do.

A friend is someone you don't have to tell,
For they already knew.

A friend is someone who would,
Go that extra mile.

A friend is someone who show's us,
A heart that does truly smile.

A friend is someone who'll stand by you,
And help you through your day.

A friend is someone who'll show you,
There is always a way.

A friend is someone who'll dry your tears,
When you feel you have to cry.

A friend is someone who'll pull you through,
When the tide feels ever so high.

A friend is someone who'll be there,
Until the very end.

A friend is someone who'll show us,
How that broken heart they'll mend.

A friend is someone who give's us,
Understanding, Joy and Grace.

A friend is someone who makes this world,
Truly a wonderful place.

07 March 2012

Duhai Muslimah Sekalian


Muslimah

Tutur Bicaramu Penuh Hikmah.
Gerak Tingkahmu Amat Semenggah,
Jadikan Dirimu Sumbu Ummah, 
Moga Denganmu Allah Disembah.

Tanganmu Bukan Dibuaian Semata,
Juga Mampu Menggoncang Dunia,
Semangat Muslimah Digilap Sentiasa,
Demi Menggapai Nikmat Taqwa.

Dikau Penawar Suami Tersayang,
Juga Pendidik Insan Gemilang,
Anugerah Allah Bukan Kepalang, 
Tatkala Bergelar Muslimah Terbilang.

Jasadmu Diumpama Sebutir Mutiara,
Tersembunyi Kemas Didasar Samudera,
Ilmu Didada Gunalah Semua,
Buat Mendidik Ummah Tercinta.

Dikaulah Sinar Tatkala Kegelapan,
Menyinari Jalan Menuju Keredhaan,
Muslimah Sejati Itulah Idaman,
Impian Jejaka Yang Punya Iman.


Huzaifah Basit 
Al al-Bayt Universiti, Jordan
7 February 2012
Selasa 2:26 PM  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...