Teman,
Istilahnya pendek,
Pengertiannya bermakna,
Mencarinya mudah sahaja,
Disekeliling ramai tak terkira,
Bukan semua bernilai mutiara,
Ada permata ramai juga yang kaca,
Begitulah teman didunia,
Istilah pendek,
Penuh makna.
Dalam meniti perjalanan,
Kau amat ku perlukan,
Teman seperjuangan satu harapan,
Demi membela agama tuhan,
Yang kini kian tidak keruan.
Aku tidak mampu berseorangan,
Menghadapi ujian yang mendatang,
Bagai halilintar yang menyambar,
Membuat aku kegerunan,
Melainkan ada teman,
Yang sudi temani perjalanan,
Yang menuntun tika kelemahan.
Aku insan lemah,
Memerlukan bimbingan teman,
Demi menangkis cacian tohmahan,
Demi menyampai agama tuhan,
Kepada seluruh insan,
Yang masih belum punya iman,
Agar timbul ketaqwaan,
Moga Allah dijadikan tuhan,
Bagi semua ummat insan.
Marilah teman,
Bersamaku meniti jalan,
Meneruskan usaha pahlawan terbilang,
Moga kita dianugerahkan,
Pingat agung dari tuhan.
Huzaifah Basit
13 March 2012
7:37 AM
Al al-Bayt University Jordan
0 comments:
Post a Comment
Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.