12 March 2012

Gugup Bukan Penghalang



  Kebanyakkan anda mungkin terdiri daripada kalangan pelajar, pekerja, ketua dan sebagainya sering kali diminta untuk memberikan pembentangan atau memberikan syarahan di hadapan khalayak ramai. Gugup merupakan satu fenomena yang sering terjadi ketika anda berdiri untuk membentangkan sesuatu atau menyampaikan sesuatu. Di sini penulis bawakan beberapa tip untuk membantu anda bagi mengurangkan kegugupan, antaranya :     






1- Jangan fikir yang bukan-bukan.

     Ketika anda berada di atas pentas atau di hadapan khalayak, fokuskan minda dan pemikiran anda pada apa yang ingin disampaikan. Pada masa itu, anda wajib berhenti dari memikirkan perkara yang tiada kaitannya dengan apa yang sedang anda lakukan. Hindarkan diri dari berfikir yang bukan-bukan dan arahkan segala keringat minda anda pada satu matlamat.

2- Fikir Positif.

     Fikir negatif wajib dielakkan supaya jiwa anda tidak dipengaruhi sifat-sifat yang boleh mematahkan semangat anda. Fikir positif dengan berkata pada diri sendiri, " aku mampu melakukannya," atau " aku tidak goyah melainkan hanya kepada Allah," atau " ini adalah yang terbaik buatku."

3- Yakin diri.

     Kuatkan semangat anda dengan meyakinkan diri anda sendiri. Tiada siapa mampu menangani kegugupan anda melainkan anda berkeyakinan terhadap diri anda sendiri. Yakinkanlah diri anda dengan menyebut, " Allah bersamaku," atau " orang lain boleh, begitu juga dengan diriku," atau " aku yakin dengan diri aku," atau " aku boleh!!".

4- Persediaa
n rapi. 

     Pastikan segala maklumat dan apa sahaja yang ingin disampaikan sudah tersedia sepenuhnya sebelum anda membentangkan sesuatu. Persedian yang kurang akan menyebabkan anda hilang pertimbangan di dalam pengucapan.

5- Berehat sebelum bermula. 

     Sebelum memulakan bicara atau perbentangan, ambillah masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk anda merehatkan diri dan minda supaya tiada ketegangan yang mengganggu anda ketika berucap atau membentangkan sesuatu.

6- Fokus pada suatu objek.

     Mata juga memainkan peranan. Fokuskan mata anda pada suatu objek supaya anda tidak menjadi risau dengan jumlah manusia yang sedang memerhatikan anda.
7- Bayang orang lain juga seperti kamu.
     Buatlah satu tanggapan yang sedikit keanak-anakkan dengan mengatakan, " mereka juga mungkin juga sama denganku dan sebagainya".

     Begitulah beberapa tip yang mampu untuk dikongsikan bersama oleh penulis. Semoga segala tip diatas dapat membantu dan memberi manfaat.

Wallaha'lam.

0 comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...