" Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih tuhan tiada bertepi, sayang tuhan janjinya pasti."
Showing posts with label Kisah-Kisah. Show all posts
Showing posts with label Kisah-Kisah. Show all posts
16 December 2012
Cinta Weikang
Posted on 5:57 PM by Unknown
14 December 2012
Saksi Kota Cinta
Posted on 11:09 PM by Unknown
City of Lover telah menjadi negeri pilihan kami untuk berbulan madu. Negeri ini merupakan salah satu tempat pengambaran filem The Tourist. Sebuah kota diatas air, yang dikelilingi air jernih berwarna hijau kebiru-biruan, dengan struktur binaan kuno yang terbina sejak dari abad ke 13, terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Nama Venice adalah berasal dari suku kaum kuno yang bernama Veneti yang mendiami wilayah ini suatu ketika dahulu di zaman rom.
Categories:Kisah-Kisah
11 December 2012
Kelibat Subuh
Posted on 9:47 PM by Unknown
Diriku sudah terjaga namun mataku terus meronta meminta lena. Jiwaku terus gagah berusaha menggesa diriku untuk bangun menyuci diri bagi menghadap Ilahi. Berjalan lemah kerana dibaluti perasaan malas yang membuak-buak mengakibatkan kakiku melangkah lemah longlai menuju ke bilik mandi.
Sedang aku melangkah keluar dari kamar pertapaanku, terasa ada kelibat yang sedang memerhatikan aku. Perasaan curiga, cemas dan berjaga-jaga yang tiba-tiba menerjah ketika itu mengakibatkan hatiku ditimpa kegalauan yang memuncak. Diriku kaku, badanku semakin kesejukkan dengan suasana cemas yang sedang menerjah aku.
Categories:Kisah-Kisah
10 November 2012
Rabiatul Adawiyah : Seorang Pelacur ?!
Posted on 10:05 PM by Unknown
cc : Afiefah Amir
Blog : http://nisaqalbi.blogspot.com
Categories:Kisah-Kisah
07 November 2012
Mudahnya Jalan Pabila Allah DiUtamakan
Posted on 4:24 PM by Unknown
Categories:Kisah-Kisah
19 October 2012
Maaf Aku Tak Sempurna
Posted on 5:18 PM by Unknown
"Aduh! Camne pulak aku boleh terlupe nak strika baju nie.? Lambat la aku ke pejabat hari ni." Sungut Laith di pagi hari yang penuh hening. Dalam keadaan tergesa-gesa Laith menyiapkan keperluannya untuk ke pejabat. Selepas selesai solat subuh Laith ketiduran dan terlajak sehingga ke pukul 7.30 pagi. Niatnya hendak berbaring merehatkan tubuh sebentar, akhirnya kerana terlalu enak dengan keheningan pagi Laith terjaga tidak pada waktu yang sepatutnya.
"Awal sampai hari ni Laith." Sindir sahabat karibnya Syuib sambil mengangkat kening berkali-kali tanda provokasi senda yang membuatkan Laith tersenyum simpul tidak berkata. " Terlajak baring la lepas subuh tadi. Baju pun baru strika pagi tadi, tu yang 'awal' sangat sampai pejabat." Sambut Laith membalas provokasi senda Syuib.
Categories:Kisah-Kisah
21 March 2012
Raja Dan Seorang Pemikir
Posted on 12:17 AM by Unknown
Categories:Kisah-Kisah
09 March 2012
Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong
Posted on 4:23 PM by Unknown
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang lelaki telah datang berjumpa dengan Rasulullah SAW kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadah, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat daripada Rasulullah SAW.
Categories:Kisah-Kisah
Khansa Digelar Ummu Syuhada'
Posted on 5:25 AM by Unknown
Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr,
Categories:Kisah-Kisah
06 March 2012
'Auj Bin Unuq Dibinasakan Oleh Burung Hud-Hud
Posted on 7:20 PM by Unknown
'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya.
Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.
Categories:Kisah-Kisah
05 March 2012
Kejujuran Saudagar Perhiasan
Posted on 3:22 PM by Unknown
Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi. Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"
Categories:Kisah-Kisah
Unta Menjadi Hakim
Posted on 2:36 PM by Unknown
Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Rasulullah s.a.w. lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menghadap ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."
Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada orang Muslim itu,
Categories:Kisah-Kisah
Asal Usul Hajar Aswad
Posted on 2:22 PM by Unknown
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail , "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Categories:Kisah-Kisah
Kubur Berkata-Kata
Posted on 2:01 PM by Unknown
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antaranya :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal
Categories:Kisah-Kisah
02 January 2012
ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA
Posted on 12:56 PM by Unknown
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu...
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu...
Categories:Kisah-Kisah
23 December 2011
Luasnya Neraka
Posted on 10:01 AM by Unknown
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Categories:Kisah-Kisah
Subscribe to:
Posts (Atom)















