City of Lover telah menjadi negeri pilihan kami untuk berbulan madu. Negeri ini merupakan salah satu tempat pengambaran filem The Tourist. Sebuah kota diatas air, yang dikelilingi air jernih berwarna hijau kebiru-biruan, dengan struktur binaan kuno yang terbina sejak dari abad ke 13, terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Nama Venice adalah berasal dari suku kaum kuno yang bernama Veneti yang mendiami wilayah ini suatu ketika dahulu di zaman rom.
Hari ini merupakan hari terakhir aku dan Izzah berada di Venice bagi melabuhkan tirai cuti semester yang masih berbaki. Hari yang seterusnya aku dan Izzah akan berlepas ke Poland untuk menemaninya dalam beberapa minggu sebelum aku berangkat pulang ke Timur Tengah. Sepanjang hari ini, aku dan Izzah banyak menghabiskan masa melihat tempat-tempat menarik di Venice. Bagi aku sesiapa yang pernah kesini mungkin akan timbul perasaan dan tekad untuk kembali semula kelak. Dari San Marco aku melihat keindahan Terusan Granade, Masya Allah, indahnya ciptaanMu. Bodohlah sekalian manusia yang tidak tahu mensyukuri nikmat dan seringkali mendustakannya.
Gondola
Sedang aku dan Izzah menaiki Gondola sambil menikmati keindahan Kota Venice, Izzah berbicara,
“Abang, nanti di bilik Izzah nak cakap something dengan abang ye.” Aku sedikit tertanya-tanya dengan bicaranya namun aku hanya mampu mengangguk serta tersenyum.
Setelah selesai solat jama’ maghrib dan isyak, aku dan Izzah keluar untuk makan malam bersama. Sebuah restoran yang terletak betul-betul di hadapan Terusan Granade menjadi pilihan kami. Hatiku bahagia dan senang kerana dapat menghabiskan masa bersama isteriku ketika ini. Kami terpaksa berpisah setelah beberapa hari bernikah atas faktor menuntut ilmu berlainan benua. Walaupun kami tidak dapat menjalani kehidupan seperti pasangan-pasangan lain namun aku tetap bersyukur atas kurniaan nikmatNya. Alhamdulillah !
“Abang sudah la tu." tegur Izzah lembut dan lunak.
Ketika itu aku sedang leka membaca novel Denyut Kasih Medik nukilan Dr Farhan Hadi. Novel yang mengisahkan tentang kesibukan dunia perubatan dan menjalani kehidupan yang bersyariat tersebut menyebabkan aku terus leka dibuai pelayaran yang belum berkesudahan. Penulis novel tersebut merupakan suami kepada seorang mujahidah iaitu Fatimah Syarha.
Novel ini sedikit sebanyak telah memberikan pencerahan berkaitan kehidupan seorang pengamal perubatan. Abah dan mama aku juga merupakan pengamal perubatan, jadi ianya sedikit sebanyak dapat membantu aku untuk memahami kerjaya isteriku di masa akan datang.
Mungkin sejak azali lagi telah tertulis hidupku ini akan berkisar dalam dunia perubatan. Aku tidak mengendahkan rengekan Izzah yang sedari tadi meminta aku berhenti dari meneruskan pembacaan. Aku berpura-pura tidak mendengar rungutannya.
"Abang, saya nak cakap something ni. Emm...tak pelah." Telah Izzah sambil mencebik muka tanda protes dan merajuk dengan sikapku yang tidak mengendahkannya.
Saat itulah yang aku nanti-nantikan. Aku segera meletakkan novel tersebut di atas meja kecil disisi katilku. Aku bangun melangkah dan mendekati isteriku yang sedang duduk bersimpuh di atas lantai beralaskan permaidani berona coklat. Aku bersimpuh dan memilih posisi betul-betul dihadapannya. Mata kami bercantum empat. Pandangan kami menyatu.
Perlahan-lahan ku hulurkan kedua tapak tanganku, dan aku halakan ke pipinya. Lalu bibirku mula merapati wajahnya. Tindakan aku menyebabkan Izzah memejamkan matanya tanda gementar. Aku tersenyum nakal sambil tanganku mencubit lembut hidungnya kerana geli hati dengan gelagatnya yang gementar dengan tidakan spontanku .
"Haha..!" Aku pantas bangkit sambil tertawa dan melarikan diri.
"Abang…!" teriak Izzah geram dengan perlakuanku tadi. Dia bingkas bangun dan mengejar manja aku dari belakang.
Suasana menjadi riuh rendah dengan helaian tawa kami. Gelagat kami seakan-akan anak kecil yang sedang berkejar-kejaran. Mujurlah kami belum punya cahaya mata. Jika tidak pasti mereka merasa pelik melihat gelagat kami yang melebihi anak-anak kecil. Melihat keadaan isteri yang sudah mula penat, aku terus menghentikan langkahku. Sebagai suami aku beralah. Sekilas ku berhenti dengan pantas Izzah mendakap tubuhku, lalu tumbukkan manja menerjah ke tubuhku berkali-kali.
"Sayang! Abang cubit sekali je tadi kan," aku cuba membela diri sambil mengungkit kembali perlakuanku terhadapnya sebelum ini.
"Ah. Tak kiralah abang yang mula dulu. Sekarang terimalah balasannya." Izzah tidak mengendahkan kata-kataku dan sehabis mungkin membalas perbuatanku dengan cubitan manjanya. Izzah berteriak riang dengan kemenangannya .
Aku tidak bisa berbuat apa-apa lagi, hanya mampu redha dengan kemenangannya. Sambil itu, aku leka memerhatikan tingkahnya. Suara dan gelak tawanya, manja serta menawan hati. Izzah benar-benar mampu menjadi pengubat hatiku, sejuk mata melihatnya, aku benar-benar gembira dan bersyukur pada Allah kerana dijodohkan dengan wanita solehah dan secantik Izzah. Mungkin ada benarnya juga kata orang tua, jika hendak memilih pasangan hidup carilah yang sejuk mata bila memandangnya. tidak pula istilah cantik yang disaran orang tua. Tidak mengapalah cantik itu cuma subjektif dan tidak perlu dibahaskan. Terima kasih ya Allah kerana menyatukan kami.
Sedang Izzah kegairahan mencubitku, dengan pantas aku menangkap serangan terakhirnya. Aku pegang kedua tangannya, Izzah terdiam kaku. Aku pandang tepat ke wajahnya. Sedikit titisan air jernih terlihat dikelopak matanya. Aku kesat titisan bahagia itu dengan jari jemariku.
Perlahan-lahan aku kucup lembut ubun-ubunnya dan kurangkul erat tubuhnya dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang yang terbina kerana Allah. Aku bahagia, dan aku pasti Izzah juga turut merasainya.
"Abang ni…! Sampai hati kenakan Izzah tau." Cebik Izzah sambil wajahnya dihalakan ke jendela.
Dia berpura-pura merajuk dan membulatkan matanya, namun tetap jua terpancar rona-rona keceriaan disebalik rajukan yang dibuat-buat itu.
"Sekali-sekala abang nak bergurau dengan Izzah, apa salahnya kan." Selorohku sambil ketawa kecil.
Aku tuntun lembut tangan Izzah ke arah sofa yang terletak di balkoni bilik kami. Dari balkoni yang menghadap terusan Venice itu dapat kami nikmati angin bayu yang begitu mendamaikan. Venice merupakan sebuah kota yang dibina diatas air dan ianya terletak diselatan Itali. Venice merupakan satu bandar yang tercantik didunia. Venice juga dinobatkan sebagai “City of Lover” oleh pasangan kekasih. Gelaran tersebut amat bersesuaian dengan kecantikan dan “super romanticnya disini.
Aku selesa berada di Venice bersama isteriku yang tercinta. Kami masing-masing mendiamkan diri sambil menikmati kedinginan malam dan keindahan cahaya bulan yang bersinar diatas air. Butir-butir bintang berkelip indah, bukti kekuasaan Yang Maha Esa. Aku membetulkan kedudukan dan menyandarkan tubuhku ke kerusi yang beralaskan span itu. Izzah tanpa disuruh, menyandarkan kepalanya ke dadaku.
Hati ini terasa sejuk dan tenang sekali. Alangkah indahnya nikmat Tuhan ini, aku dapat bermesraan dengan wanita yang halal buatku, sudah pasti kemesraan itu akan berupa ganjaran ibadah. Dalam diam aku memikir, inilah hikmah perkahwinan yang sering aku baca dalam kitab-kitab dan hadith-hadith Nabi, sesungguhnya telah Allah bukakan untukku pintu-pintu kenikmatan yang membuahkan pahala.
Sedang ku membisu dan melayan perasaanku sendiri, Izzah tidak semena-mena menutur kalam bagi membelah kesunyian.
"Siapa sangka orang yang berpisah lebih 10 tahun akan bertemu kembali kan abang? Sebelum Allah menyatukan kita, Izzah acap kali berdoa agar dikurniakan seorang suami yang baik dan mampu memimpin Izzah dan anak-anak ke jalan yang diredhaiNya. Izzah sangat kagum dengan abang.“ Izzah terdiam seketika.
“Entah bagaimana Izzah merasakan dialah lelaki yang paling mulia di dunia. Dialah pemuda sejati yang sering menempatkan ibadah dan dakwah mengatasi segala-galanya. Sungguh Izzah sangat kagum dengan keperibadiannya. Kebijaksanaannya menyantuni orang sekeliling sehingga membuatkan hati-hati mereka menjadi dekat dengannya. Bicaranya ibarat zikir-zikir yang sering mengingatkan orang sekeliling akan kebesaran Allah. Tingkahnya membuatkan orang lain merasa senang dan selesa." Sambung Izzah memuji seorang pemuda yang tidak ku kenali.
Aku hanya membisu demi membiarkan Izzah meneruskan bicaranya.
"Izzah tidak pernah menyangka Izzah sudah jatuh hati pada pemuda itu. Sungguh Izzah tidak pernah menyangka perasaan itu dan Izzah pernah berkali-kali menafikannya. Namun Izzah tidak kuat menolak cinta yang hadir dalam diri ini. Izzah tewas dengan perasaan Izzah sendiri."
Kemudian Izzah terdiam. Dia memandangku dengan pandangan sayu. Riak wajahku mula berubah. Demi Allah, aku benar-benar cemburu terhadap pemuda yang dipuji Izzah itu. Pemuda tersebut mampu mencuri hati seorang wanita mulia yang bergelar isteri buatku. Seorang muslimah yang tidak lama lagi akan mendapat gelaran Doktor itu sangat aku sanjungi serta kagumi keperibadiannya. Masakan aku tidak cemburu, wanita ini sudah bergelar permaisuri hidupku. Pelbagai persoalan muncul tatkala ini di benak pemikiranku namun tetap jua ku biarkan Izzah meneruskan bicaranya.
"Namun abang, Izzah masih kuat untuk mendidik nafsu sendiri. Izzah akan cuba tidak tertewas dengan pujukan syaitan yang berkali-kali mengajak Izzah menerobos ke ruang maksiat. Izzah masih punya sifat malu yang menebal. Mustahil untuk Izzah menanggalkan pakaian mulia itu. Pakaian yang dinamakan malu yang mendalam itulah menyebabkan Izzah bertahan dan mampu mengelak segala rasa yang berkemungkinan boleh mengganggu hari-hari Izzah." bicara Izzah sambil merenung jauh pemandangan Venice yang indah.
"Izzah tidak mahu terjebak ke dalam jurang cinta ketika usia itu kerana Izzah telah tekadkan diri bahawa hidup Izzah pada ketika itu hanyalah semata-mata untuk menelaah ilmu dan menjunjung perintah Allah yang termaktub di dalam al-Quran. Cinta sebelum bernikah adalah cinta yang tidak seharusnya diagung-agungkan. Lalu Izzah pendamkan rasa cinta Izzah pada pemuda itu, kerana Izzah berkeyakinan bahawa jodoh adalah rahsia Allah yang tidak bisa disingkap oleh insan melainkan dengan kudrat-Nya." Luah Izzah seorang pelajar yang bukan berlatarbelakangkan jurusan agama, akan tetapi sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri.
Tidak hairanlah kehidupan di Warsaw, Poland dimana masyarakat majmuknya mengamalkan kehidupan gaya barat namun siapa sangka seorang muslimah yang berkacukkan melayu-cina mampu untuk menjalani kehidupan penuh bersyariat di barat. Moga Izzah mampu menjadi contoh pada muslimah-muslimah lain disana.
Bicara Izzah terhenti seketika, sempat jua Izzah menarik nafas panjang. Perkara ini bagaikan terlalu serius dan amat penting baginya. Aku mula risau dan soalan demi soalan terus menerjah ke dalam benak pemikiranku.
"Izzah berusaha mendekatkan diri kepadaNya. Izzah menyerahkan sepenuhnya kepada Allah perihal jodoh ini kerana Izzah benar-benar meyakini akan janji Allah dalam kalam-Nya yang bermaksud :
Izzah memandangku lembut bagaikan dapat meneka riak wajahku yang berubah. Aku cemburu ya Allah. Mengapa perlu isteriku ini mengisahkan perihal pemuda lain dihadapanku. Walaupun aku kini pemiliknya yang sah namun aku tidak dapat menghalang jiwaku daripada perasaan cemburu ini. Izzah mengetahui perubahan riak wajahku namun tetap jua mahu meneruskan bicaranya berkaitan pemuda yang sedang aku cemburui itu.
"Pemuda yang mulia untuk wanita yang mulia. Jadi, Izzah berdoa tidak henti-henti moga Izzah dipertemukan dengan pemuda itu jika Allah mengkehendaki."
Tanpaku sedari Izzah mencuri pandang kearahku. Dia kini seperti menangkap perasaan di hatiku yang sedari tadi membuak-buak rasa cemburu.
"Are you jealous, abang?" Soalnya lembut dan manja dengan kefasihan berbahasa inggeris menggunakan british accent.
"Love is never without jealousy." Jawabku perlahan.
Izzah berterusan membisu dan memandangku seakan-akan mengerti masih ada bait-bait kata yang ingin aku sampaikan.
"Bertuahnya lelaki tu. Mesti dia seorang yang hebat kan? Yelah, seorang wanita secantik dan semulia Izzah ni pun memuji dan mencintainya. Siapa lelaki tu sayang? Abang kenal dia?" Bertubi-tubi soalan ku lontarkan kepada Izzah namun nadaku masih lembut walaupun hatiku membuak-buak ingin mengetahui siapakah gerangan pemuda yang dicintai oleh isteriku.
"Abang nak tahu siapa dia?" soalnya semula kepadaku.
Eh, bukankah aku yang bertanya soalan, mengapa pula aku disoal kembali? Monologku sendirian sambil menahan rasa geram dalam penantian.
Izzah kemudian mencapai tanganku dan menciumnya dengan penuh takzim. Lalu dengan bersungguh Izzah berbicara,
"Abang, you are the man that i loved since the first time i met you three month ago. Masya-Allah, now you've already be my husband, and i will give all my life to you, in the name of Allah." Jelas Izzah sambil matanya merenung tepat kearah aku.
Hatiku gerimis. Basah dengan bicaranya yang penuh makna. Aku pandang wajahnya dalam-dalam sembari menikmati keindahan dan kecantikan wajahnya. Hatiku kini tenang. Sungguh benar sabda Nabi Muhammad SAW:
"Sayang, wajahmu seindah bidadari di syurga. Abang sangat beruntung dan bangga kerana menikahi seorang isteri solehah seperti sayang" Lirihku lembut.
"Dan abang adalah lelaki terbaik yang pernah Izzah temui. Abang cinta pertama dan terakhir Izzah." Lirihnya kembali.
Perasaan, jiwa, hati dan segalanya yang kami ada kini telah bersatu. Aku mencintai isteriku dan berjanji akan selamanya menjaga amanah Allah ini hingga ke syurga. Akan kami teruskan ibadah yang suci ini dan kami mengharapkan agar dikurniakan anak-anak yang soleh yang akan memakmurkan bumi Allah ini dengan kebenaran dan rahmat Islam kelak.
Aku dan Izzah membisu sebentar diselangi bunyi enjin bot yang lalu lintas dihadapan hotel kami. Tiba-tiba Izzah berkata,
“Abang, jom masuk dalam, esok flight kita awal, we should go early to the airport tomorrow.”
“ Okay, I think so sayang.” Balas aku dengan menghadiahkan senyuman padanya.
Cemburu itu tanda sayang namun cemburu berlebihan perihal yang tidak sepatutnya dibiarkan menular di dalam hati pasangan-pasangan yang bercinta. Kasih dan cintailah pasangan kita sebaiknya kerana aku sendiri sangat-sangat mengasihi dan menyintai Izzah isteriku yang tersayang. Indahnya cinta selepas pernikahan. Venice sebagai saksi cinta kami.
Aku selesa berada di Venice bersama isteriku yang tercinta. Kami masing-masing mendiamkan diri sambil menikmati kedinginan malam dan keindahan cahaya bulan yang bersinar diatas air. Butir-butir bintang berkelip indah, bukti kekuasaan Yang Maha Esa. Aku membetulkan kedudukan dan menyandarkan tubuhku ke kerusi yang beralaskan span itu. Izzah tanpa disuruh, menyandarkan kepalanya ke dadaku.
Hati ini terasa sejuk dan tenang sekali. Alangkah indahnya nikmat Tuhan ini, aku dapat bermesraan dengan wanita yang halal buatku, sudah pasti kemesraan itu akan berupa ganjaran ibadah. Dalam diam aku memikir, inilah hikmah perkahwinan yang sering aku baca dalam kitab-kitab dan hadith-hadith Nabi, sesungguhnya telah Allah bukakan untukku pintu-pintu kenikmatan yang membuahkan pahala.
Sedang ku membisu dan melayan perasaanku sendiri, Izzah tidak semena-mena menutur kalam bagi membelah kesunyian.
"Siapa sangka orang yang berpisah lebih 10 tahun akan bertemu kembali kan abang? Sebelum Allah menyatukan kita, Izzah acap kali berdoa agar dikurniakan seorang suami yang baik dan mampu memimpin Izzah dan anak-anak ke jalan yang diredhaiNya. Izzah sangat kagum dengan abang.“ Izzah terdiam seketika.
“Entah bagaimana Izzah merasakan dialah lelaki yang paling mulia di dunia. Dialah pemuda sejati yang sering menempatkan ibadah dan dakwah mengatasi segala-galanya. Sungguh Izzah sangat kagum dengan keperibadiannya. Kebijaksanaannya menyantuni orang sekeliling sehingga membuatkan hati-hati mereka menjadi dekat dengannya. Bicaranya ibarat zikir-zikir yang sering mengingatkan orang sekeliling akan kebesaran Allah. Tingkahnya membuatkan orang lain merasa senang dan selesa." Sambung Izzah memuji seorang pemuda yang tidak ku kenali.
Aku hanya membisu demi membiarkan Izzah meneruskan bicaranya.
"Izzah tidak pernah menyangka Izzah sudah jatuh hati pada pemuda itu. Sungguh Izzah tidak pernah menyangka perasaan itu dan Izzah pernah berkali-kali menafikannya. Namun Izzah tidak kuat menolak cinta yang hadir dalam diri ini. Izzah tewas dengan perasaan Izzah sendiri."
Kemudian Izzah terdiam. Dia memandangku dengan pandangan sayu. Riak wajahku mula berubah. Demi Allah, aku benar-benar cemburu terhadap pemuda yang dipuji Izzah itu. Pemuda tersebut mampu mencuri hati seorang wanita mulia yang bergelar isteri buatku. Seorang muslimah yang tidak lama lagi akan mendapat gelaran Doktor itu sangat aku sanjungi serta kagumi keperibadiannya. Masakan aku tidak cemburu, wanita ini sudah bergelar permaisuri hidupku. Pelbagai persoalan muncul tatkala ini di benak pemikiranku namun tetap jua ku biarkan Izzah meneruskan bicaranya.
"Namun abang, Izzah masih kuat untuk mendidik nafsu sendiri. Izzah akan cuba tidak tertewas dengan pujukan syaitan yang berkali-kali mengajak Izzah menerobos ke ruang maksiat. Izzah masih punya sifat malu yang menebal. Mustahil untuk Izzah menanggalkan pakaian mulia itu. Pakaian yang dinamakan malu yang mendalam itulah menyebabkan Izzah bertahan dan mampu mengelak segala rasa yang berkemungkinan boleh mengganggu hari-hari Izzah." bicara Izzah sambil merenung jauh pemandangan Venice yang indah.
Venice
"Izzah tidak mahu terjebak ke dalam jurang cinta ketika usia itu kerana Izzah telah tekadkan diri bahawa hidup Izzah pada ketika itu hanyalah semata-mata untuk menelaah ilmu dan menjunjung perintah Allah yang termaktub di dalam al-Quran. Cinta sebelum bernikah adalah cinta yang tidak seharusnya diagung-agungkan. Lalu Izzah pendamkan rasa cinta Izzah pada pemuda itu, kerana Izzah berkeyakinan bahawa jodoh adalah rahsia Allah yang tidak bisa disingkap oleh insan melainkan dengan kudrat-Nya." Luah Izzah seorang pelajar yang bukan berlatarbelakangkan jurusan agama, akan tetapi sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri.
Tidak hairanlah kehidupan di Warsaw, Poland dimana masyarakat majmuknya mengamalkan kehidupan gaya barat namun siapa sangka seorang muslimah yang berkacukkan melayu-cina mampu untuk menjalani kehidupan penuh bersyariat di barat. Moga Izzah mampu menjadi contoh pada muslimah-muslimah lain disana.
Warsaw Poland
Bicara Izzah terhenti seketika, sempat jua Izzah menarik nafas panjang. Perkara ini bagaikan terlalu serius dan amat penting baginya. Aku mula risau dan soalan demi soalan terus menerjah ke dalam benak pemikiranku.
"Izzah berusaha mendekatkan diri kepadaNya. Izzah menyerahkan sepenuhnya kepada Allah perihal jodoh ini kerana Izzah benar-benar meyakini akan janji Allah dalam kalam-Nya yang bermaksud :
"(lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia."
(Surah An-Nuur:26)
"Pemuda yang mulia untuk wanita yang mulia. Jadi, Izzah berdoa tidak henti-henti moga Izzah dipertemukan dengan pemuda itu jika Allah mengkehendaki."
Tanpaku sedari Izzah mencuri pandang kearahku. Dia kini seperti menangkap perasaan di hatiku yang sedari tadi membuak-buak rasa cemburu.
"Are you jealous, abang?" Soalnya lembut dan manja dengan kefasihan berbahasa inggeris menggunakan british accent.
"Love is never without jealousy." Jawabku perlahan.
Izzah berterusan membisu dan memandangku seakan-akan mengerti masih ada bait-bait kata yang ingin aku sampaikan.
"Bertuahnya lelaki tu. Mesti dia seorang yang hebat kan? Yelah, seorang wanita secantik dan semulia Izzah ni pun memuji dan mencintainya. Siapa lelaki tu sayang? Abang kenal dia?" Bertubi-tubi soalan ku lontarkan kepada Izzah namun nadaku masih lembut walaupun hatiku membuak-buak ingin mengetahui siapakah gerangan pemuda yang dicintai oleh isteriku.
"Abang nak tahu siapa dia?" soalnya semula kepadaku.
Eh, bukankah aku yang bertanya soalan, mengapa pula aku disoal kembali? Monologku sendirian sambil menahan rasa geram dalam penantian.
Izzah kemudian mencapai tanganku dan menciumnya dengan penuh takzim. Lalu dengan bersungguh Izzah berbicara,
"Abang, you are the man that i loved since the first time i met you three month ago. Masya-Allah, now you've already be my husband, and i will give all my life to you, in the name of Allah." Jelas Izzah sambil matanya merenung tepat kearah aku.
Hatiku gerimis. Basah dengan bicaranya yang penuh makna. Aku pandang wajahnya dalam-dalam sembari menikmati keindahan dan kecantikan wajahnya. Hatiku kini tenang. Sungguh benar sabda Nabi Muhammad SAW:
"Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya."
(Hadis riwayat Ibn Jabir)
"Dan abang adalah lelaki terbaik yang pernah Izzah temui. Abang cinta pertama dan terakhir Izzah." Lirihnya kembali.
Perasaan, jiwa, hati dan segalanya yang kami ada kini telah bersatu. Aku mencintai isteriku dan berjanji akan selamanya menjaga amanah Allah ini hingga ke syurga. Akan kami teruskan ibadah yang suci ini dan kami mengharapkan agar dikurniakan anak-anak yang soleh yang akan memakmurkan bumi Allah ini dengan kebenaran dan rahmat Islam kelak.
"Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."
(Surah Ar-Ruum: 21)
Aku dan Izzah membisu sebentar diselangi bunyi enjin bot yang lalu lintas dihadapan hotel kami. Tiba-tiba Izzah berkata,
Venice Airport
“Abang, jom masuk dalam, esok flight kita awal, we should go early to the airport tomorrow.”
“ Okay, I think so sayang.” Balas aku dengan menghadiahkan senyuman padanya.
Cemburu itu tanda sayang namun cemburu berlebihan perihal yang tidak sepatutnya dibiarkan menular di dalam hati pasangan-pasangan yang bercinta. Kasih dan cintailah pasangan kita sebaiknya kerana aku sendiri sangat-sangat mengasihi dan menyintai Izzah isteriku yang tersayang. Indahnya cinta selepas pernikahan. Venice sebagai saksi cinta kami.
1826 : Mafraq
nice cerpen..=) Teruskan menulis..
ReplyDeleteUcapan tahniah dan terima kasih buat sahabat Al al-Bayt yang sudi cerpennya disiarkan di blog penulis... (^_^)
Delete