16 October 2012

Etika Berbicara



   Abdullah Ibnu Abbas berkata, " Ada lima hal yang lebih berharga daripada kuda-kuda yang belang kakinya. Diantanranya :

1. Janganlah melibatkan diri dalam perbicaraan yang tidak bermakna, kerana akan sia-sia dan menjijikkan. Hendaknya merasa tidak senang dan hendaknya takut melakukan dosa.

2. Berbicaralah dengan perkara yang bermanfaat pada pertemuan-pertemuan tertentu kerana ramai orang yang berbicara seringkali tidak pada tempatnya. Ini merupakan satu kekurangan.

3. Janganlah melibatkan diri pada diskusi yang panas, baik dikalangan orang yang bijak mahupun bodoh. Jika dia seorang yang bijak, dia akan marah dan membencimu. Jika dia seorang yang bodoh atau tidak berpendidikkan, dia akan berusaha melukaimu.

4. Jika saudaramu tidak hadir, bicaralah dengan kata-kata yang sama sebagaimana kamu akan berbicara jika kamu tidak hadir. Pertimbangkanlah bahawa dia tidak bersalah dalam sesuatu hal, jika dipertimbangkan nescaya dia tidak bersalah.

5. Jadilah sepertimana orang yang berfikir, memperoleh pahala jika melakukan amal baik dan akan mendapat balasan jika melakukan kejahtan. ( ibnu Abi ad-Dunya )



© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted

0 comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...