16 October 2012

Sifat Individu Dakwah


بسم الله الرحمن الرحيم

   Perjalanan dakwah memiliki tabiatnya yang tersendiri dan juga menuntu perkara-perkara yang mesti dipenuhi oleh individu-individu yang ingin bergabung di dalam dakwah. Keperluan itu mesti dipersiapkan oleh individu-individu yang berjanji dengan Allah untuk menyebarkan dakwah dan memberikan segala pengorbanannya di jalan Allah SWT. Keperluan-keperluan yang dimaksudkan adalah merupakan kualifikasi dasar yang mesti dikuasai agar berjaya dalam menelusuri jalan dakwahnya. Tambahan pula keperluan itu juga adalah merupakan unsur utama dan strategi penting untuk menuju kejayaan dakwah dalam merealisasikan tujuannya.

   Diantara sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh individu yang akan bergabung ke dalam dakwah dan mesti dimodifikasi daripada hanya sekadar pemahaman teori menjadi praktikal nyata adalah sebagaimana berikut :

1. Iman yang teguh.

2. Kemahuan yang kuat.

3. Kesungguhan dan cita-cita yang tinggi.

4. Contoh kepada orang lain.

5. Lemah lembut.

6. Menjaga rahsia.

7. Kesetiaan.

8. Pengorbanan 

9. Perihatin terhadap waktu.

10. Sistematik dalam urusannya.

   Jadi, persiapkanlah diri anda dengan 10 sifat yang dinyatakan diatas sekiranya anda benar-benar seorang muslim yang mengaku beriman dengan Allah SWT dan RasulNya. Dakwah itu merupakan kewajipan kita seluruhnya yang mengucap dua kalimah syahadah. Semoga segala usaha dakwah anda semua dikira amal kebajikan disisi Allah. Bersamalah kita memenuhi 10 sifat-sifat tersebut demi menggapai tingkat dakwah islamiah yang cemerlang.

Wallahu wa Rasuluhu a'lam...



© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted

0 comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...