10 November 2012

Rabiatul Adawiyah : Seorang Pelacur ?!

Blog : http://nisaqalbi.blogspot.com


Beliau ialah seorang perempuan suci yang tidak pernah berkahwin. Allah memelihara kehormatan dan kemuliaannya sepanjang hidupnya, dengan tidak pernah beliau berbuat perkara-perkara yg mendatangkan kehinaan kepada dirinya. Beliau juga ialah seorang wanita yang solehah dan sentiasa bermunajat kepada Allah SWT. Beliau bukan sahaja wali Allah, tetapi juga guru dan ulama'. Murid-muridnya juga bukan calang-calang, malah para ulama' di zamannya.


Tuduhan dan fitnah yang menyatakan beliau seorang pelacur atau janda itu hanyalah tuduhan dan fitnah daripada orang-orang munafik yang menulis dan membuat sejarah palsu tentang dirinya. Mengapa percayakan cerita-cerita palsu? Janganlah tertipu dengan cerita para munafik. Banyakkanlah berdoa supaya Allah mendatangkan kebenaran kerana Rabiatul 'Adawiyah ialah seorang wali Allah. Jika kita turut sama membawa fitnah ke atasnya, ketahuilah, amaran Allah bahawa:

Sesiapa yang memerangi wali-Ku, Aku akan perangi orang itu. (Hadith Qudsi)

Jangan sampai kerana cepat sangat percaya pada cerita-cerita dalam internet dan orang-orang munafik, lalu kita turut sekali mengambil saham atas fitnah tersebut.

Sila cari buku yang bertajuk Rabiatul Adawiyah dan Cinta karangan Abdul Munim Qindil, diterbitkan oleh
Pustaka Syuhada. Membaca buku ini, kita akan faham mengapa Rabiatul 'Adawiyah tidak berkahwin dan kita akan faham betapa cinta agung yang hidup di hatinya kepada Allah SWT. Buku ini juga menolak segala cerita orang munafik ke atas Rabiatul 'Adawiyah yang difitnah kemuliaaannya.

Memang menjadi kebiasaan orang munafik, mereka memang sakit hati jika dibawa kebenaran kepadanya. Kalau diberitahu pun, mereka tidak akan percaya, malah masih ragu-ragu lagi. Memang begitu sikap orang munafik. Mereka cenderung untuk percaya pada hal yang samar-samar dan hal yang buruk-buruk, tetapi memberi alasan mengikut logik mereka sahaja. Mohonlah perlindungan daripada menjadi hati-hati yg sebegini, InsyaAllah..

© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted

0 comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...