Selamat Menonton Video Ini...
Ummi,
Perit Jerihmu Berbulan Mengendongku,
Sakit Penatmu Tak Pernah Sekali Kau Ungkitkan,
Hanya Kerana Aku Anakmu,
Dikau Berkorban Segala Sehingga Aku Dewasa,
Aku Banyak Berhutang Denganmu Ummi,
Masa Penatmu,
Masa Lapangmu,
Masa Sakitmu,
Masa Sukarmu,
Segalanya Kau Korbankan Untuk Aku,
Sungguh Sedikit Pun Tak Mampu Aku Membalasnya,
Yang Aku Mampu Hanya Menjadi Yang Soleh Buatmu Ummi.
Baba,
Ketenanganmu Dalam Menghadapi Tekanan Kehidupan,
Dalam Menyaraku Serta Seluruh Keluarga Kita,
Tidak Sekali Pun Dikau Pertikaikan,
Tidak Sekali Pun Dikau Minta Balasan,
Bahkan Yang Dikau Berikan,
Hanya Senyuman Tatkala Kesukaran,
Moga Dengan Berkat Usahamu,
Menyampaikan Rezeki Ke Mulut Kami,
Rezeki Yang Halal Dari Ilahi,
Membina Kami Menjadi Mithali,
InsyaAllah Selamanya Aku Akan Berbakti,
Sehingga Daku Di Jemput Ilahi.
Syam,
Dikau Adalah Tanah Barakah Yang Dimulia Tuhan,
Daku Menghampirimu Demi Satu Tujuan,
Menimba Ilmu Menggali Pengalaman,
Moga Dengan Barakahmu Daku Beroleh Ketenangan,
Selama Daku Berpijak Diatasmu,
Banyak Yang Diperoleh Berbanding Dipertoleh,
Daku Bersyukur Dikau Tidak Menghinaku,
Bahkan Dikau Benarkan Daku Terus Berjalan,
Mencari Makna Hidup Bertuhan,
Sungguh Dikaulah Tanah Idaman,
Setiap Insan Yang Dahaga Keimanan.
Ya Allah,
Sujudku KepadaMu Tanda Kesyukuran,
Diberi Nyawa Jasad Dan Kerohanian,
Menerus Cita Yang Kian Berkesudahan,
Kau Buat Ku Kenal Siapa Tuhan,
Aku Hamba Dikaulah Tuan,
Mengharap Redha Dan Juga Ehsan,
Ku Harap Dikau Berikanku Kekuatan,
Demi Menghadapi UjianMu Tuhan,
Muliakan Aku Diperbatasan,
Kelak Ku Harap,
Dapat Melihat WajahMu Tuhan.
© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted
Allahu akbar,,sedih pulak tgk video ni....teringat masa mula2 nak berangkat ke jordan dulu...
ReplyDeleteSyukran kerana sudi tonton.. teruskan bersemangat berjuang di bumi ambiya'.. :)
Delete