Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh ( seperti menuntut ilmu, membawa kebaikkan dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak ( lelaki dan perempuan ) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan.
Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat “pergaulan di antara lelaki dan wanita ajnabi” tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama. Oleh sebab itu, ulama Islam suatu ketika dahulu secara tegas menghukum masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh sebab itu, isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada suatu ketika dahulu.
Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan diantara lelaki dan perempuan dalam berbagai bentuk dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya, wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan mahram dan bukan kaum sejenis mereka. Fenomena seperti ini diistilahkan oleh ulama kini sebagai: “ikhtilat”.
Oleh itu, untuk menghuraikan persoalan ini kita perlu terlebih dahulu menghurai perkataan ikthilat daripada segi bahasa dan syariat.
Daripada segi bahasa :
Ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.
Istilah syariat :
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah:
1- Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian.
2- Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu diantara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa.
Apakah hukum ikhtilat ? Ikhtilat pada asalnya haram ataupun halal ?
Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut:
Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?
Jawapannya :
Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Asasnya, pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus tetapi pergaulan lelaki dengan wanita adalah sebaliknya. Jika itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.
Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan diantara lelaki dan perempuan adalah haram, maka la adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya ‘al-mufassat fi al-mar’ah’ yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:
Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi : Berkata ahli mazhab Syafie: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini sekiranya darurat, seperti seseorang lelaki ajnabi melihat seorang wanita ajnabi bersendirian di jalanan, jauh daripada kumpulan manusia dan dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum ikhtilat adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh darurat yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.
Kedua: Harus kerana keperluan (hajat)
Ulama berkata, kita boleh mengharuskan perkara yang haram dalam kontek darurat. Maka dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat diantara lelaki dan perempuan.
1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.
2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Pastinya kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.
3. Ikhtilat kerana menjadi saksi.
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
4. Ikhtilat kerana amar ma’ruf nahi munkar.
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab r.a. telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
5. Ikhtilat kerana melayan tetamu.
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasaan yang syar’ie seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah s.a.w. dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda.
6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.
Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar’ie Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah s.a.w dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama baginda. Ini bererti bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.
7. Ikhtilat dalam kenderaan awam.
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi kedua-dua ibu bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar’ie.
8. Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad.
Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi s.a.w. merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.
9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.
Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.
10. Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.
Tersebut dalarn kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran diantara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.
Adab-adab dalam bergaulan antara lelaki dan wanita
Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan diantara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang kecelakaan.
Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan.
1. Ucapan yang makruf dan sopan.
Firman Allah s.w.t. : Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.
2. Menundukkan pandangan.
Dalam surah an Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-rnasing khususnya dalarn suasana takutkan fitnah.
3. Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak.
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah s.a.w. setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.
4. Menghindari tempat shubhat.
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
"Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…. " (Riwayat Bukhari). Adab khas untuk wanita.
5. Iltizam dengan pakaian Islam.
Firman Allah s.w.t. : Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabarruj.
6. Serius dalam ucapan. Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan.
Firman Allah SWT, maksudnya :
"Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu."
7. Menjaga pergerakan.
Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggang lenggok yang menggoda. Firman Allah s.w.t : Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan. Daripada pembentangan di atas ternyata bahawa menjadi pengacara majlis, peragawati, penyanyi dan penari adalah haram kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh ulama lslam.
Pembahagian Ikhtilat :
1. Ikhtilat ghoiru syar'ie
2. Ikhtilat syar'ie
IKHTILAT GHOIRU SYAR'IE
1. Percampuran yang boleh menghilangkan maruah
2. Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah
3. Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam
4. Bukan berhajat. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat.
5. Tidak ikut adab Islam. Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan. Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat.
IKHTILAT SYAR'IE
1. Mempunyai hajat :
- Tempat menuntut ilmu
- Medan jihad
- Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar
- Menziarah
- Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dlll
- Menunaikan haji dan Umrah
- Musafir syar'ie
- Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan
- Menjadi saksi
- Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud
2. Tidak bersentuhan
3. Menjaga aurat
4. Menjaga adab bercakap
5. Mengasingkan tempat ( Pada tempat2 tertentu )
6. Dibawah kawalan orang yang dipercayai dan siqah.
KESIMPULAN

Sesungguhnya masalah ikhtilat ini perlu diberi pencerahan dengan suluhan Al-Quran dan Sunnah. Pergaulan bebas tanpa kawalan dan terarah akan mengunndang bahana yang membengkak dalam masyarakat. Masyarakat kita sekarang 'tenat' dan semakin menjauh dari akhlak dan budaya ketimuran. Kembali dan berubahlah kepada pengamalan dan penghayatan Islam.. Jangan terikut dek kejahilan moden...
"Dan jika engkau menuruti kebanyakkan orang yang ada di muka bumi,nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah mereka sangka semata-mata hanyalah berdusta"
Permasalahan Ikhtilat
Ikhtilat pada prinsipnya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, ia boleh berlaku samada di tempat sunyi atau di tempat yang terbuka. Kesan dari perhubungan semacam ini membuka ruang kepada berlakunya perzinaan di dalam masyarakat.
Sabda rasulullah SAW, maksudnya :
“ Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya.”
( Hadis Riwayat Turmizi )
Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada wanita lain yang bukan mahram. Seorang lelaki tidak diperbolehkan memandang kepada orang perempuan selain kepada isterinya dan wanita-wanita mahramnya.
Firman Allah, mafhumnya :
“ Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.”
( Surah An-Nuur 24 : 30 )
Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat dilakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka sayugialah Islam bertindak mengharamkannya, dan Islam menetapkan kepada yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya.
Firman Allah mafhumnya :
“ …dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka…”
( Surah Al-Ahzab 33 : 53 ) .
Selain itu, di sini juga suka untuk dinyatakan beberapa panduan interaksi antara lelaki dan perempuan iaitu 3 perkara pokok mesti sentiasa diikuti, iaitu
1. Niat
Mestilah diniatkan kerana Allah.
2. Matlamat
Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara'.
3. Cara / Method
Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:
i. Menjaga pandangan
ii. Memelihara aurat
iii.Bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya
iv.Mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan
v. Bertutur dengan perkara yang perlu sahaja
Walapun telah jelas hukum serta garis panduan berkenaan ikhtilat namun di sana kita lihat masalah ikhtilat sentiasa berlaku. Siapakah yang harus kita persalahkan? Dan, lebih menyedihkan lagi bilamana penyakit terbaru ini juga merebak di kalangan mahasiswa Islam di tanah air termasuk warga azhari/ah. Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua untuk sama-sama memikirkan masalah ini dan berusaha mencari jalan keluar. Kemelut ini tidak boleh dibiarkan. Penyakit yang berjangkit kepada mahasiswa kita ini mesti diubati dan dipulihkan sebelum ia benar-benar menjadi barah yang tidak dapat dirawat lagi. Semua pihak dan segala bentuk jentera mesti digerakkan ke arah itu.

Semoga segalanya jelas dan tiada lagi pertelagahan berkenaan Ikhtilat ini. Selamat beramal. Wallahua'lam.
Ps : Penulis menyiapkan penulisan ini pada 10 November 2011. Dipetik dari beberapa artikel di laman web yang pelbagai. Penulis rasa terpanggil untuk berkongsi penulisan ini dengan umum. Tajuk ini juga telah diperbincangkan dalam dewan parlimen PRISMA tahun lepas. Di uruskan oleh Kelab Orator PRISMA. Harap maklum.
tulisan kecik,agak sukar nk bca
ReplyDeletemaaf kepada pembaca.. itu merupakan tulisan bersaiz normal.. andai diperbesar akan menjadi buruk.. maaf diatas kesulitan pembaca...
ReplyDeletet.ksh atas perkongsian yg sgt memberi manfaat...
ReplyDeletesama-sama..
ReplyDelete