- Mujib Aceh -
Persoalan Mengenai : Tawassul, Selawat dan salam yang dibaca setelah azan, membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, lafaz syyidina dalam tasyahhud, dimana kubur ayahanda dan bonda Nabi Muhammad s.a.w. , membaca al-quran kepada mayyit pahalanya sampai atau tidak, kumpulan-kumpulan yang diadakan oleh pengikut tariqat apakah termasuk dalam konteks ma`siat atau qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) dsb...
Imam Hasan Al-Banna sudah menjawap persoalan ini. Kata beliau :
"... tidak ada manfaatnya untuk kamu mengetahui permasalahan ini. cukuplah selama bertahun2 kamu tenggelam didalam suasana fitnah perpecahan. Masalah ini telah diperselisihkan oleh kaum muslimin hampir ratusan tahun dan sehingga kini masih lagi diperselisihkan. Allah s.w.t. meredhai kecintaan dan persatuan diantara kita dan membenci perselisihan serta perpecahan diantara kita. Aku berharap kalian berjanji kepada Allah untuk meninggalkan masalah ini sekarang juga dan bersungguh-sungguh mempelajari berbagai landasan dan prinsip didalam agama. Seterusnya kita menerapkan akhlaknya, keutamaannya, serta landasan yang telah ditetapkan oleh agama. Melakukan amal yang wajib dan sunnah, meninggalkan sikap takalluf (berlebihan), sampai jiwa kita menjadi bersih. Dan maksud kita yang menyeluruh adalah mengetahui yang hak, bukan hanya menjadi pendukung salah satu pendapat. Disaat itulah kita akan dapat mempelajari masalah-masalah ini seluruhnya secara bersama dibawah naungan cinta, percaya, persatuan dan keikhlasan... "
Jadi, kembalikan kepada Al-Quran dan Sunnah.. sekiranya sesuatu amalan itu tidak bertentangan dari al-Quran dan as-Sunnah, maka ianya menjadi kebaikkan buat kamu. sekiranya jauh bertentangan dengan al-quran dan sunnah maka ianya menjadi kejahatan serta dosa buat kamu. Sesuatu perkara yang apabila dilakukan dapat meningkatkan ketaqwaan dan ketakutan kepada Allah maka amalkanlah ia dengan senang hati. Sebaliknya begitu, sekiranya hanya mendatangkan kekufuran kepada Allah maka jauhilah ia dengan senang hati juga..
Wallahu wa Rasuluhu A'lam..
0 comments:
Post a Comment
Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.