1. Seusai mendengar azan, maka bangunlah menunaikan solat dengan serta merta walau apa keadaan sekali pun.
2. Bacalah al-Quran, buku-buku, mendengar perkara yang baik, mengamalkan zikrullah dan janganlah sama sekali membuang masa walau sedikit pun dengan perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dengan menggunakan Bahasa Arab Fusohah, kerana Bahasa Arab Fusohah itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong itu tidak akan memberi sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu hanya mengenali sifat kesungguhan dalam setiap perkara.
7. Janganlah meninggikan suara dengan berlebih-lebihan dari kadar yang dikehendaki pendengar kerana suara yang berlebih-lebihan itu hanyalah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah dari mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap selain dari apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah sesama saudara seIslam pabila bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta berkenalan kerana asas Dakwah ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan kita lebih banyak dari masa yang kita ada, oleh itu bantulah sesama saudara seIslam tentang cara-cara menggunakan masa dengan berfaedah dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
- Imam Hassan al-Banna -
0 comments:
Post a Comment
Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.