14 March 2012

PERTAMA IV


   Membincangkan topik hiburan. Kaitannya dengan para daie amat ketara. Memerlukan sumbangan tenaga dari para daie untuk memacu agenda dakwah terutama dalam arena seni dan hiburan. Segala karya yang diterbit memerlukan Panel Syariahnya supaya bertepatan dengan kehendak Islam agar tidak memporak-perandakan masyarakat dengan idealisme yang tidak bertepatan dengan kehendak Allah dan Rasulnya.


   Selain itu, kajian sejarah berkenaan media dan hiburan turut diutarakan oleh panel jemputan khas dari Malaysia Prof. Madya Abu Hasan Hasbullah. Perkara berkaitan hukum-hakam pula diketengahkan oleh al-Fadhil Ustaz Anhar Opi. Kita juga turut berkongsi pengalaman didalam arena hiburan tanah air dan dunia yang dibawakan oleh Ustaz Nazrey Johani selaku lagenda nasyid tanah air yang diketahui ramai iaitu kumpulan Raihan.

Antara pengisian yang dapat dikongsikan disini adalah :-

1- Penerbit DLL + Daie/Panel syariah = Karya Paling Terbaik

2- Golongan cendekiawan Islam perlu diperbanyakkan agar karya2 Islam dapat disebarkan.

3- Karya fantasi/kartun tidak menjadi masalah sekiranya diselia oleh para daie.

4- Tidak dapat tidak manusia dan hiburan itu adalah satu kombinasi yang tidak mampu dipisahkan.

5- Berhenti mengkritik karya orang lain sekiranya anda tidak mampu untuk menghasilkan sebuah karya.

6- Lihatlah pada sejarah, tiada bukti satu pun yang menunjukkan bahawasanya media penyebab tercetusnya permasalahan seperti perang dunia, kewujudan mat remp-it dsb.

7- Keterlibatan akhawat/perempuan didalam media adalah perlu dan ianya dikawal dengan suasana Islam.

8- Berkecimpunglah dengan para karyawan duhai daie kerana sesungguhnya mereka amatlah memerlukan anda.

Begitulah serba sedikit yang dapat dikongsikan bersama tentang beberapa pengisian yang telah dikongsikan didalam PERTAMA VI. Maka bersamalah kita membantu para karyawan untuk mewujudkan suasana Islam didalam setiap hasil karyawan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa membantu hambanya yang berusaha menegakkan syiarNya..

Wallahua'lam.

Ps : Penulisan ini ditulis pada 25 Fabruari 2012 dan penulis mengulang semula di dalam blog. Harap maklum.

0 comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...