Muslimah
Tutur Bicaramu Penuh Hikmah.
Gerak Tingkahmu Amat Semenggah,
Jadikan Dirimu Sumbu Ummah,
Moga Denganmu Allah Disembah.
Tanganmu Bukan Dibuaian Semata,
Juga Mampu Menggoncang Dunia,
Semangat Muslimah Digilap Sentiasa,
Demi Menggapai Nikmat Taqwa.
Dikau Penawar Suami Tersayang,
Juga Pendidik Insan Gemilang,
Anugerah Allah Bukan Kepalang,
Tatkala Bergelar Muslimah Terbilang.
Jasadmu Diumpama Sebutir Mutiara,
Tersembunyi Kemas Didasar Samudera,
Ilmu Didada Gunalah Semua,
Buat Mendidik Ummah Tercinta.
Dikaulah Sinar Tatkala Kegelapan,
Menyinari Jalan Menuju Keredhaan,
Muslimah Sejati Itulah Idaman,
Impian Jejaka Yang Punya Iman.
Huzaifah Basit
Al al-Bayt Universiti, Jordan
7 February 2012
Selasa 2:26 PM
0 comments:
Post a Comment
Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.