24 March 2012

Hidayah





Mulanya sebuah kehidupan,
Disudahi dengan kematian,
Bersambungan dalam perjalanan,
Menuju tuhan mohon keampunan.

Gelap jalan meniti kebahagiaan,
Disulami dengan onak cabaran,
Mencari cahaya dalam kesamaran,
Demi meraih cinta tuhan.

Tatkala hadir sinaran cahaya,
Gelap beransur terang menjelma,
Hidayah itulah wadah bicara,
Bagi insan yang dahaga cinta.

Cinta yang Esa punya harga,
Bukanlah harta berupa nilainya,
Tiadalah insan itu bahagia,
Melainkan hidayah menyentuh jiwa.

Tiadalah guna jalan yang kelam,
Bagi insan yang jiwanya suram,
Hidayah berupa sinaran alam,
Tatkala peroleh gelaran Islam.

Iman di dada semakin gagah,
Pabila jiwa disirami hidayah,
Sujudnya dahi tanda menyembah,
Kepada Allah tempat berserah.

Hidayah diberi tanda rahmat,
Ditarik kembali pabila dilaknat,
Teguhkan hati Islam disemat,
Semoga Rasulullah menghulur syafaat.

Hakikat insan lemah dan penat,
Sentiasa berhenti untuk berehat,
Terus berjalan hinggalah selamat,
Moga menggapai tingkat nikmat.

Syurga diidam semua hamba,
Tiada tergapai tanpa cinta,
Hidayah berupa maharnya syurga,
Bersama iman itulah puncaknya.



Huzaifah Basit
10:07 am
24 March 2012
Al al-Bayt University 
Jordan


© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted

2 comments:

  1. aYu (SiTi nOrHaFiZaH IdAyU)March 24, 2012 at 12:01 PM

    Subhanallah...tue la kate2 yg terucap dibibir sy tatkala membaca puisi penulis..bile bce puisi nie menusuk ke dlm hati sanubari sy..dgn penggunaan bhse yg begitu indah skali..tahniah buat penulis kerana berjaya menghasilkan puisi yg indah ini untuk santapan hati nurani..:)

    ReplyDelete
  2. Yang baik itu datangya dari Allah dan segala yang buruk itu datang dari kelemahan penulis sendiri...

    ReplyDelete

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...