22 March 2012

Soal Jawab : Islam Menang 4 - 0








   Create A Demand And Then Supply, If No Demand Dont Supply. Begitulah slogan yang perlu ada takala berhadapan dengan non Muslim dalam menyampaikan dakwah. Disini penulis bawakan sedikit soal jawap brother Lim Jui Soon dengan seorang pengetua di sebuah sekolah Kristian.

Pengetua : " Brother Lim, bole tak saya tanya sikit? "

Brother Lim : " Sikit tak boleh, mesti mau banyak."

Pengetua : " Saya tak faham la, saya tengok kamu nie agak terpelajar. Kenapa kamu pilih untuk masuk agama ini ( Islam ).?"

Brother Lim : " Saya nak masuk agama ini sebab saya nak ikut Jesus Christ."

Pengetua : " We Christian believe in Jesus, you Muslim believe in Muhammad. You say u become a Muslim you want to follow Jesus?"

Brother Lim : " Actually Jesus is a Muslim."

Pengetua : " No way!."

Brother Lim : " The quran say so ( sambil menunjukkan terjemah surah Ali Imran ayat 53 )."

Pengetua : " But that is Quran. We Christian dont believe in Quran, we believe in The Bible."

Brother Lim : " In the bible Jesus also say he is a Muslim."

Pengetua : " I dont believe."

Brother Lim : " Open Bible John Chapter 5 Verse 30. Bible say : I do not sit with my own will, but the will of The Father which are in heaven who send me ( Saya tidak melakukan dengan kehendak diri saya, Saya melakukan sesuatu dengan kehendak Allah yang mengutuskan saya )." Ini bermakna Jesus merupakan utusan Allah dan baginda menurut perintah Allah bukan mengikut kehendak sendiri. Jadi Jesus adalah muslim kerana orang Islam menurut perintah Allah."

Muka pengetua mula merah padam dan tanganya mula memeluk tubuh. Melihat keadaannya begitu brother Lim meneruskan bicara.

Brother Lim : " Macam ni lah, kalau u nak teruskan kita akan teruskan. Tapi kalau u tak nak lain kali jer la kita teruskan."

Pengetua : " Ok lah, ok lah."

Melihat pengetua ingin meneruskan perbincangan, brother Lim meminta pengetua membuka Bible.

Brother Lim : " Open Gospel Of Luke Chapter 2 Verse 21-22 . Bible say : " He was eight days old, he was circumcised ( semasa Jesus berumur lapan hari baginda telah berkhatan )." Hari ini amalan siapakah yang lebih menyerupai Jesus Christ. Orang Islam atau orang Kristian?."

Pengetua : Sambil menundukkan kepala pengetua menjawab, " Islam."

Brother Lim : " Open Bible Gospel Of Luke Chapter 4 Verse 2-3. Bible say : " He fast. Without taking anything drinking anything from sunrise to sunset. ( Jesus berpuasa, baginda tidak makan dan minum apa-apa dari matahari naik sampai matahari terbenam )." Hari ini, penganut yang mana satukah yang berpuasa seperti Jesus?. Orang Islam atau orang Kristian?."

Pengetua : " Orang Islam."

Brother Lim : " Open Gospel Of Luke Chapter 24 Verse 36. Bible say : peace be upon you ( salam sejahtera ke atas kamu atau Asslamualaikum di dalam bahasa arab). Penganut mana satu kah yang memberi salam di mana-mana?. Orang Islam atau orang Kristian."

Pengetua : sambil menundukkan kepala pengetua menjawab, " Orang Islam."

Brother Lim : " Open Gospel Of Mathew Chapter 26 Verse 39. Bible say : ... And Jesus walk a few step further he felt on his face on the ground ( Jesus apabila baginda sembahyang baginda sujudkan dahinya di atas lantai ). Hari ini penganut yang mana satukah yang sembahyang dengan cara begini?. Orang Islam atau Kristian?.

Pengetua : Pada kali ini pengetua menjawab dengan pantas sekali, " Orang Islam."

Lalu pengetua tersebut mencari helah dengan berkata,

Pengetua : " Brother Lim saya ada hal penting kene masuk bilik office saya sebentar."

Dua tiga jam selepas itu, pengetua keluar kembali dari biliknya dan berjumpa brother Lim semula.

Pengetua : " Brother Lim saya minta maaf. Saya rasa saya tak boleh bercakap dengan kamu lagi."

Brother Lim : " Something wrong?."

Pengetua : " Saya takut suami saya marah."

Brother Lim : " Cikgu, kita bercakap di khalayak ramai tau. Bukan dua-dua dalam bilik."

Pengetua : " Bukan begitu, saya takut suami saya marah kalau saya berterusan bercakap dengan kamu saya takut saya akan ikut agama kamu."

Brother Lim : " Kalau kamu betul-betul mau ikut jangan ikut saya. Saya manusia biasa penuh dengan kelemahan. Kalau betul-betul mau ikut, ikut Jesus Christ. Itu pun kalau kamu sayang kepada Jesus Christ."

Pengetua : " Eh, saya sayang, saya sayang." 

Brother Lim : " Kalau sayang maka ikutlah Jesus Christ melainkan kalau kamu tak sayang."

Begitulah serba sedikit kisah perbualan di antara brother Lim dan pengetua. Jadi untuk menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam kita wajib Create A Demand And Then Supply, If No Demand Dont Supply. Wujudkan permintaan dahulu baru lah kita sampaikan, sekiranya tiada permintaan tetapi kita paksa juga untuk mereka mendengar dakwah kita pasti dakwah itu menjadi perkara sia-sia. Teruskan berdakwah semoga mereka peroleh hidayah dari Allah SWT. 

Wallahua'lam.. 


© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted

2 comments:

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...