22 March 2012

Terjemahan Allah Dalam Bible Versi Melayu

 


   Adakah wajar bagi orang Kristian apabila perkataan God di dalam Bible berBahasa English diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dengan perkataan Allah?


   Seperti mana yang kita sedia maklum, perkataan God jika diterjemah ke dalam Bahasa Melayu adalah tuhan dan bukannya Allah. Jadi ada dikalangan orang Kristian meminta untuk menterjemahkan perkataan God yang tertulis di dalam Bible kepada perkataan Allah. Kenapa mereka mahu menterjemahkan God yang bererti tuhan di dalam Bahasa Melayu kepada perkataan Allah yang merupakan Bahasa Arab?? Jawab orang Kristian mereka ada hak untuk menggunakan nama Allah. Kata mereka walaupun perkataan Allah di dalam Bahasa Arab mereka tetap ada hak untuk menggunakannya sebagai terjemahan kepada perkataan God. 

   Seperkara yang penganut agama Kristian wajib ketahui, perkataan God sekiranya diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab bukanlah Allah akan tetapi Ilah yang bermaksud tuhan di dalam Bahasa Melayu. Allah itu merupakan nama khas bagi tuhan yang disembah oleh orang Islam dan bukannya nama Am. Sebagai contoh dia seorang lelaki dan lelaki itu merupakan pencuri. Lelaki yang mana tidak diketahui kerana perkataan lelaki merupakan nama Am bukannya khas. Misalnya anda menterjemah perkataan lelaki itu kepada Shah Kirit seorang pencuri pastinya tidak boleh dipersetujui terjemahan tersebut kerana Shah Kirit merupakan nama khas.

   Kata saya kepada orang Kristian sekiranya perkataan God diterjemah dengan perkataan Allah itu akan mengakibatkan kekeliruan terhadap umat Kristian sendiri. Sebagai contoh :

Contoh 1 : 

Di dalam Holy Bible new testament Gospel Of John  Chapter 14 Verse 28 : " My father is greater than I."
Jika diganti dengan nama Allah maka akan disebut " Allah is greater than I." maknanya Allah adalah lebih agung dari saya, dengan kata sebenar Allah lebih agung dari Jesus. Bagi orang Islam kita bersetuju bahawasanya Allah lebih Agung dari Jesus, tapi bagaimana pula dengan orang Kristian. Adakah mereka bersetuju yang Allah itu lebih Agung dari Jesus?? Pastinya mereka terkeliru dan tidak bersetuju.

Contoh 2 :

Di dalam Gospel Of Mathew Chapter 26 Verse 29 : " Jesus he bend a little further and he fall his face to the ground then he pray." Jesus christ sembahyang dengan bersujud menurut bible, sujud kepada siapa " of father in the heaven." Sekarang jika kita gantikan perkataan father tadi kepada Allah ertinya Jesus Christ sujud kepada Allah. Bagi orang Islam tiada masalah sekiranya disebut Jesus menyembah kepada Allah kerana umat Islam mengetahui sememangnya manusia itu wajib sujud dan sembah hanya kepada Allah akan tetapi, adakah orang Kristian bersetuju bahawasanya Jesus menyembah Allah yakni dengan sujud kepada Allah?

Contoh 3 :

Di dalam Gospel Of Mark Chapter 12 Verse 29 : " Here o Israel The Lord our God The Lord is One." Sekiranya digantikan dengan perkataan Allah makanya Jesus mengatakan The Lord our Allah is one. Jesus mengatakan tiada tiga tuhan hanya Allah tuhan yang satu. Apabila ditanya kepada orang Kristian kamu yakin ada berapa tuhan, pasti mereka mengaku bahawasanya hanya ada satu tuhan. Bagaimana kalau perkataan one God tadi kita terjemah dengan perkataan Allah yang satu dan saya minta kepada seluruh orang Kristian menyebut tiada tuhan selain Allah adakah mereka akan bersetuju? Jika orang Kristian mahu menggunakan nama Allah di dalam kitab Holy Bible terjemahan melayu, saya ucapkan syabas kerana mereka telah menyebut kalimah syahadah baru separuh sahaja. Sekarang marilah menyebut kalimah syahadah sepnuhnya dengan menambah Muhammad itu pesuruh Allah.

   Pesan saya kepada orang Kristian, sekiranya anda hendak menyampaikan risalah agama anda maka sampaikanlah secara jujur. Janganlah ada muslihat, saya pun menyampaikan risalah agama saya. Biarlah orang menilai agama kita secara adil bukan secara tipu helah atau paksaan. 

Wallahua'lam..

- Brother Shah Kirit -


© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted

2 comments:

  1. aYuE (SiTi NoRhAfIzAh IdAyU)March 22, 2012 at 6:53 AM

    Perkongsian yg menarik..:) teruskan berkongsi..hehe..:)

    ReplyDelete

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...