07 November 2012

Aku Bangga Menjadi Muraqibmu



Oleh : Abdullah Suady Ramadhan B Mohd Nasir
Pengerusi Kelab Orator Prisma 2011/2012
FB : Arwah Abdullah Suady Ramadhan

“Bila ku sedari diri disayangi langkah kaki ini semakin berani, Bila terkeliru kuucap namamu terasa diriku kembali dipacu…” lagu Bila Diri Disayangi nyanyian Ukays menjerit di telefon ana menandakan masej masuk. “Suady !! tak baik cakap dekat akhwat macam tadi, Akhwat just nak minta awak tolong muraqibpun susah ke?? Jaga la sikit hati akhwat ni” Mesej dari kak safarah membuatkan aku kaget sebentar. “Apakah DosaKu??” Ana sempat bermonolog sendirian. Muraqib akhwat adalah satu sistem penjagaan yang menandakan satu komplimentasi masyarakat. Jika tiada syabab yang menjaga akhwat,jika tiada akhwat yang menyayangi syabab,pasti kehidupan itu akan malap dan suram.

Yeah !! keHIDUPan akan suram !!

MURAQIB ILMU

Ana cuba mencari maksud dari segi Istilah perkataan MURAQIB ini,Ada yang memberi jawapan Pengawas,Penunggang,Pemberi Tunggangan,Pengikut dan banyak lagi.Namun apa yang pasti,MURAQIB adalah manusia yang diberi kepercayaan dan amanah untuk sesuatu.Ini adalah salah satu kontrak kehidupan antara manusia dan pencipataNya yakni Allah SWT.Manusia diciptakan bukan untuk dipersia-siakan,Walau sebesar gunung ganang mahupon sekecil atom, Manusia ada tugas dan amanah yang harus diselesaikan,



Oleh yang demikian itu,Manusia telah dibahagikan mengikut sigmentasi samada dari segi umur mahupon sosial.Antara sigmentasi yang wujud adalah golongan Mahasiswa ataupon pemuda.Sudah semestinya setiap pembahagian itu punyai relevan dan signifikan yang khusus. Maka signifikan golongan mahasiswa adalah sebagai pengorek Khazanah Al Alim dan menjadi MURAQIB ILMU.

Allah mengiktiraf golongan MURAQIB ILMU ini dalam lakaran firmanNya :



Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Al Mujadalah : 11)

Historikal MURAQIB ILMU

Dalam masyarakat samada masyarakat badwi Jordan mahupon hadhari Malaysia,Sesiapa yang mempunyai ilmu pasti akan diangkat dan disanjung,Kembali melihat pasca 1950–an sehingga 1980-an, Golongan yang paling mendapat perhatian adalah golongan mahasiswa dan pemuda,Bermula dari perjuangan kemerdekaan, Demontrasi Baling 1971 dan banyak lagi episode kematangan negara dilakonkan oleh golongan mahasiswa dan pemuda.Jika dahulu,siapa yang berjaya masuk ke Menara Gading,maka pasti akan mendapat pujian dan menjadi kebanggaan keluarga.Tidak hairanlah tatkala itu sering diadakan kenduri sehinggakan lembu dan kerbau dikorbankan sebagai tanda kesyukuran atas pencapaian itu.Namun ia adalah satu bahan historis yang susah dikembalikan.

Strata sosial pernah menunjukan mahasiswa dan pemuda adalah golongan yang paling berpengaruh,Namun perubahan demografi dan otografi telah menyebabkan golongan mahasiswa tidak lagi menjadi komponan utama dalam masyarakat.Mereka yang bergelar MAHASISWA sudah dianggap tidak berkuasa dan hilang taringnya. Historikalnya, Mahasiswa adalah sebagai lidah dan suaramasyarakat,Namun sekarang lidah itu sudah kelu suara itu semakin layu.

Ibrah Ashabul Kahfi



Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.

dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri lalu mereka pun berkata, “Tuhan Kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; Kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, Sesungguhnya Kami kalau demikian telah mengucapkan Perkataan yang Amat jauh dari kebenaran”.

(Al Kahfi : 13-14)

Ashabul kahfi yang mengisahkan tentang perjalanan pemuda selektif perlu dihayati dan direnungi,Semestinya mereka adalah golongan yang berINOVASI dan KREATIF dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dibawah kerakusan Raja Dikyanus. Allah mengiktiraf mereka sebagai MURAQIB ILMU yang berjaya.Berjaya kerana mereka dapat menjaga keimanan dan ketauhidan hanya kepada Allah walau ditengah-tengah lembah kezaliman. Seharus begitu jugalah mahasiswa pada hari ini.Ujian Hedonisme dan Al Wahan (Cintakan Dunia dan Takutkan Mati) sering kali menguji ILMU yang kita MURAQIBkan.

Kembali melihat kisah ana dimarahi melalui mesej tadi.Jika syabab tidak mahu (dalam erti kata jual mahal) untuk menjadi muraqib akhwat,Probability resiko itu pada akhwat akan membesar. Maka sudah semestinya,jika MAHASISWA tidak mahu menjadi MURAQIB ILMU yang thiqoh pasti Manusia tanpa mengenal sigmentasi akan MALAP dan SURAM persis keHIDUPan akhwat tanpa syabab dan sebaliknya !!

University are producing the thinkers, not a workers

Dalam kita menjadi MURAQIB ILMU kita perlu TAHU,MAHU dan MAMPU untuk melahirkan ZURIAT ILMU. Zuriat yang akan menjadikan manusia terus proaktif dan kompetetif dalam melayari bahtera kehidupan.Kita harus jelas apakah acuan ilmu yang ingin kita guna pakai sebelum kita sampai ke destinasi dalam urusan MURAQIB ini. Jika kita ingin menggunakan acuan pekerja ILMU,maka kita hanya akan menjadi Good Worker tetapi bukan Good Man. Kerana Good Man adalah orang yang dicetak hasil dari satu inovasi dan pengasahan kemahiran insaniah yang padu. Manakala Good Worker hanya akan statik dalam satu kerja dan senantiasa berfikiran skeptikal dan terbatas. Dek kerana itu,jadilah PEMIKIR ILMU yang tahu jalan terbaik untuk sampai ke destinasi.

Dunia Islam kini amat memerlukan Pemikir yang akan terus menjadi MURAQIB UMMAH dalam mengharmonikan dunia politik,sektor ekonomi dan lapangan sosial yang semakin celaru dengan identiti sendiri.Pemikir tidak akan duduk diam di dalam Mabna Ghazali mahupon Adab tetapi harus turun ke Mat’am mahupon studio music di Syu’un Tolabah bagi mengUBAH dan menJANA kehidupan yang berorentasikan keredhaan Allah SWT.ILMU yang dimuraqibkan itu seharusnya menjadi komoditi dalam bentuk inovasi yang akan selamat sampai kepada masyarakat di Malaysia nanti.Jadikanlah ILMU sebagai satu legasi yang akan menarik tangan tangan manusia untuk mengenal Allah dan syariatNya.Masyarakat mendahagakan makanan rohani yang saban hari makin kontang dengan suasana mungkar.


“Yelah kak..saya minta maaf” ana reply ringkas pada kak safarah sambil menanam azam dan semangat untuk memanfaatkan amanah yang ditaklifkan kepada manusia Selektif yakni MURAQIB !! Implementasi Ilmu yang telah dilumat dalam dewan kuliah perlu terus dijana dengan gerak kerja sosial masyarakat secara komprehensif .Ingatlah..Jangan sesakali kita menyalahkan arab yang menggangu jika kita sendiri tidak peka dan benar-benar menjaga ILMU yang diMURAQIBkan.

Moga ILMU itu tidak hanya selamat apabila bergraduasi tetapi akan terus menghasilkan zuriat sehingga tiba di destinasi.

AKU BANGGA MENJADI MURAQIB ILMU !!

الله عز وجل ليعجب من الشاب ليس صبوة

( رواه أحمد )

Allah SWT kagum kepada pemuda yang tiada baginya masa muda

(untuk berfoya foya kerana masanya dipenuhi dengan Tarbiyyah dan Ibadat kepada Allah)




© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted

2 comments:

  1. bangga jadi murakib, bangga ada murakib
    fair n square..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan kebanggaan tersebut kerana Allah..:)

      Delete

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...