14 January 2012

Bahagian-Bahagian Hadith

1. Hadith Mutawatir

Perbuatan, perkataan atau pengakuan (taqrir) nabi yang diketahui oleh beberapa orang yang sampai kepada bilangab mutawatir, iaitu bilangan yang tidak mungkin pada fikiran kita bahawa mereka akan bermuafakat berbuat dusta tentang perkhabaran (hadith) itu. Dari mereka tersebut sampai pula perkhabaran itu kepada orang lain yang dipercayai. Demikianlah pertalian penerimaan turun temurun itu sampai ke akhirnya".

2. Hadith Masyhur atau Mustafidh

Hadith yang diriwayatkan dari tiga sanad yang berlainan atau hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih kepada tiga orang atau lebih dan begitulah seterusnya hingga dapat sekurang-kurangnya tiga sanad yang berlainan.

3. Hadith Sahih

Hadith yang berhubung sanadnya dari permulaan hingga akhirnya dan para rawinya mempunyai sifat ini kesemuanya :



a) Adil
b) Dhobid
c) Sejahtera dari kegnjilan
d) Sejahtera dari 'illat (kecederaan) yang memburukkan.

4. Hadith Hasan

Sama seperti hadith Sahih tetapi kurang dhobidnya iaitu kurang kekuatan ingatannya (hafadznya) lagi sejahtera dari keganjilan dan kecederaan.

5. Hadith Da'if

Hadith yang mempunyai syarat hadith sahih dan tidakpula syarat hadith hasan, misalnya : rawinya bukan orang Islam, belum lagi baligh, tidak pula diketahui orangnya dan sifatnya, tidak bagus ingatannya kerana selalu lupa, tidak benar percakapannya, pernah berdusta, serta tidak menjauhi dari melakukan dosa dan perbuatan-perbuatan yang menjatuhkan maruah atau kehormatan peribadinya, ditambah lagi riwayatnya menyalahi riwayat orang yang lebih masyhur daripadanya.

Hadith da'if mempunyai martabat yang berlainan; ada yang terlampau lemah dan ada yang lemah, menurut keadaan sanad dan matannya.

6. Hadith Marfu'

Hadith yang disandarkan kepada nabi sama ada perkataan, perbuatan mahupun taqrir (pengakuan) baik yang berhubung sanadnya ataupun tidak.

7. Hadith Mauquf

Fatwa atau perkataan sahabat sendiri yang diriwayatkan kepada kita. Terhenti pada sahabat tidak pada nabi. Dinamakan hadith mauquf itu athar.

8. Hadith Mursal

Perkataan seorang tabi'in yang dilangsungkan atau diteruskan kepada nabi S.A.W dengan tidak melalui perantaraan sahabat.

9. Hadith Muttasil

Hadith yang berhubung sanadnya, tiap-tiap orang yang meriwayatkan mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya hingga sampai kepada nabi atau kepada sahabat.

10. Hadith Mahfuz

Hadith yang terpelihara, iaitu orang yang meriwayatkan hadith itu adalah orang yang kepercayaannya tidak menyalahai kepercayaan golongan yang lain daripadanya dengan menambah atau mengurang.

11. Hadith Jayyid

Hadith yang dikatakan baik dan sahih oleh ahli-ahli hadith.

12. Hadith Mujawwad dan Thabit

Hadith yang meliputi hadith sahih dan hasan. Hadith sahih dan hasan dinamakan juga dengan hadith Mujawwad dan Thabit.

13. Hadith Maudu'

Hadith atau perkataan seseorang yang dikatakan hadith nabi S.A.W pada hal itu bukanlah hadith nabi, yang demikian teranglah palsunya.

- Hadith Empat Puluh -
( Terjemahan dan Syarahnya)
oleh : Ustaz Mustafa Abdul Rahman

0 comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...