28 February 2010

Hadith 1



HADITH 1


Daripada Amirul Mukminin, Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a, aku mendengar Nabi s.a.w bersabda : "Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikuttujuan hijrah itu" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Intipati Hadith :



1- Hadith ini merupkan antara landasan utama agama Islam, di mana setiap amalan yang dilakukan mestilah disertai dengan niat bagi orang yang berakal dan boleh membuat pilihan.

2- Amalan yang diniatkan kerana Allah dan hari akhirat, hasilnya tetap akan diperolehi. tetapi juka diniatkan untuk dunia, itulah sahaja yang akan diperolehi.

3- Amalan akhirat yang diniatkan untuk dunia, tiada ganjarannya di akhirat.

4- Wajib mengikhlaskan niat kerana Allah s.w.t. Tiada amalan yang diterima melainkan jika diniatkan kerana Allah s.w.t.

5- Dua syarat sesuatu amalan diterima ialah ikhlas dan bertepatan dengan sunnah. Ikhlas ialah membersihkan amalan daripada melakukannya kerana makhluk.

6- Niat ialah neraca amalan batin. Manakala ketepatan amalan dengan sunnah adalah neraca amalan zahir.

7- Nabi s.a.w mengemukakan perumpamaan bagi amalan yang ditujukan kerana Allah dan ditujukan selain Allah dengan hijrah, iaitu :

A :- Sebahagian orang berhijrah dan meninggalkan negerinya untuk mencari keredhaan Allah. Orang sebegini mendapat ganjaran yang sempurna dan mendapat perkara yang diniatkan.

B :- Sebahagian orang berhijrah untuk tujuan duniawi, umpamanya orang yang berhijrah dari daerah Islam ke daerah kafir untuk mencari harta atau mencari wanita untuk dikahwininya. orang sebegini berhijrah bukan kerana Allah.

8- Manakala hijrah dengan ertikata berpindah dari daerah kafir ke daerah Islam tertakluk kepada dua hukum, iaitu wajib (jika seseorang muslim tidak mampu melaksanakan agamanya) atau sunat (sekiranya seseorang muslim itu mampu menjaga agamanya).

9- Kemestian berwaspada daripada dunia dan tipu daya wanita kerana fitnah dan godaannya sangat dahsyat.

10- Kemestian berwaspada daripada menumpukan amalan akhirat untuk tujuan duniawi.



Bersambung.... ( Akan datang - HADITH 2- )

0 comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...