17 March 2012

Lima Stuasi Pemimpin Yang Jarang Didengar Dan Dilihat

   Penulis ketengahkan lima stuasi yang tidak pernah penulis lihat selama ini dan penulis amat berharap untuk melihatnya atau sekurang-kurangya mendengar perbualan sebegini. Lima situasi tersebut adalah :

Stuasi satu :

Tuan Guru : Saya rasa kita perlu laksankan hukum Islam baru aman makmur negara kita.

YAB         : Saya setuju dengan cadangan Tuan Guru. Tapi ianya memerlukan penyelarasan yang betul, baru tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

Stuasi dua  :

YAB         : Kita perlu menitik beratkan keperluan rakyat dengan bermotokan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Tuan Guru  : Saya setuju dengan cadangan tersebut. Lebih molek sekiranya kita serapkan nilai-nilai Islam ke dalam setiap plan perlaksanaan kita.

Stuasi tiga   :

Tuan Guru  : Mahasiswa masa kini ramai yang menjadi mahasiswa yang memberontak. Kita wajib menyerapkan nilaian tarbiah yang proaktif ke dalam setiap jiwa mereka. Kita juga perlu memberi ruang kepada mereka untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati kerana pemuda terutamanya yang bergelar mahasiswa merupakan pelapis kepada kepimpinan negara.

YAB          : Yang ini saya sangat-sangat bersetuju. Kita buka ruang kepada mereka dengan mewujudkan satu dewan khas iaitu Dewan Parlimen bagi mahasiswa. Dengan adanya dewan ini menunjukkan kita memberi ruang sepenuhnya kepada mereka dan insyaAllah mereka tidak akan membuat perkara yang melampaui batas terutama terpekik terlolong di jalanan.

Stuasi empat  :

YAB          : Saya sarankan, kita naikkan gaji setiap pekerja sektor awam dengan kenaikkan yang sama taraf dengan kos kehidupan di negara kita. Jika dinaikkan dengan kadar yang tidak sama taraf dengan kos kehidupan itu akan menyebabkan mereka dizalimi. Saya sangat-sangat berterima kasih dan amat mengenang jasa mereka. Tanpa mereka saya tak mampu untuk membangunkan negara.

Tuan Guru    : Cadangan itu sangat-sangat terbaik. Kita perlu juga memberikan kenaikkan gaji dengan sumber yang halal supaya kita sebagai ketua negara tidak akan terbinasa dengan tindakan kita. Andai diberikan kenaikkan gaji dari sumber yang haram, itu mengakibatkan kita mendapat kecelakaan di akhirat kelak terutamanya dihadapan Allah.

Stuasi lima   :

Tuan Guru    : Cadangan terakhir dari saya. Moleklah sekiranya kita mewujudkan satu unit penasihat khas berkenaan agama di dalam kerajaan kita. Antara tugas institusi tersebut menyediakan plan tarbiah berperingkat bagi seluruh ahli-ahli kerajaan kita. Tugas mereka juga menyampaikan hal-hal berkaitan agama terutama yang bersangkutan dengan hal-hal pentadbiran Islam yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita. Mereka juga akan memantau segala kesilapan yang menjurus kearah kemungkaran supaya kita berupaya menjadi pemimpin yang sentiasa berhati-hati dengan tindakan dan keputusan kita. Apa kata YAB?

YAB          : Cadangan ini adalah yang paling bernas. Kita sebagai manusia tidak terlepas dari kesilapan, disebabkan itulah kita memerlukan penasihat agar kita terpelihara dari melakukan kemungkaran atau tersilap mengambil tindakan. Selain itu, kita juga perlu mengumpulkan seluruh ahli fikir dalam negara dan meletakkan mereka dalam satu unit dibawah naungan kerajaan. Kita berikan penganugerahan kepada mereka dan menjadikan mereka sebagai golongan yang terpenting di dalam negara. Moga-moga dengan adanya mereka disisi kita dapatlah kita membangunkan negara kearah negara Islam yang berwawasan dan rakyat kita adalah rakyat yang berilmu dan beriman serta bertaqwa kepada Allah.

   Stuasi diatas sangat-sangat penulis harapkan ianya berlaku dan wujud pada suatu hari nanti. Semoga tiba masanya pemimpin negara dan ulama bergantungan diantara satu sama lain dan saling bekerjasama. Ya Allah, kurniakanlah kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh pemimpin kami, moga-moga kesatuan akan menjelma dalam masa yang Engkau kehendaki. Amin!!

Wallahu wa rasuluhu 'alam..





© 1987, Huzaifah Basit@DamascusMostWanted

0 comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...