05 March 2012

Mulakan langkahmu Dengan Ilmu


 




       Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya, memohon keampunannya dan pertolongan-Nya, kita berlindung daripada kejahatan diri kita dan kelemahannya, sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan, maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Selawat dan salam atas Rasulullah s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

       Menuntut ilmu merupakan satu tangunggjwab dan menjadi kewajipan seorang muslim untuk mengimarahkan dunia dengan cara yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Dengannya kedudukan manusia menjadi tinggi di sisi Allah. Firman-Nya dalam surah al-Mujahadah ayat 11, bermaksud :

       "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat."
       Kesedaran terhadap kepentingan ilmu yang begitu jelas dalam pembawaan generasi awal Islam telah membuktikan kejayaan mereka mentadbir dunia mengikut "acuan" yang dikehendaki Allah s.w.t.

       Perkembangan mutakhir dunia Islam menyaksikan kelemahan umat Islam dalam berbagai aspek menyebabkan mereka menjadi mangsa yang ditekan sewenang-wenangnya. Benar apa yang dikaji oleh Malik bin Nabi tokoh pemikir Islam ulung, bahawa kelemahan umat Islam disebabkan dua faktor penting iaitu kurang ilmu dan kurang amal. 

       Perkara yang sama juga sebenarnya telah menjadi fokus al-Imam al-Ghazali dalam karya ulungnya Ihya` Ulumuddin sejak abad keenam hijrah lagi.

       Membetulkan niat merupakan unsur teras yang sangatb penting ke arah mengembalikan umat Islam menjadi umat pilihan. Di atas keyakinan bahawa masih terdapat pada umat Islam benih-benih kebaikan. Mereka pasti bangun kembali memimpin manusia ke arah ketaqwaan dan kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.

       Justeru, perbetulkanlah niat , perkasa dan perkayakan ilmu jauh di benak hati kita agar dapat kita bangkit menjadi umat Islam yang berilmu dan beramal dengan ilmunya. Hanya dengan ilmu dapat menyinarkan kembali kegemilangan Islam yang hampir malap. Bagunlah wahai saudara seagamaku!! tuntutlah ilmu dan perjuangkanlah agama Islam yang tercinta. Sedarlah dan bagunlah dari lenamu yang panjang, sesungguhnya hari pembalasan terlalu hampir dengan kita. wallahua`lam.



0 comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...