Kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka....
Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:
- beramal semasa muda lagi
- bertolong-tolongan kerana Allah,
- jauhi diri dan keluarga dari zina
- mendidik anak kewajipan beragama
- mendirikan solat wajib dan sunat
- bertahajjud di tengah malam
- menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALlah
- bersedekah, menderma dan berwakaf secara senyap
- berpaut hati pada masjid
- sentiasa belajar hal-ehwal agama
- sembahyang berjemaah
- selalu berada di tempat pengajian agama
- menziarahi orang sakit
- mengiringi mayat hingga ke kubur
- mengadakan khenduri cara Islam
- mendamaikan pergaduhan
- menolong anak yatim dan miskin
- dan lain-lain perkara kebajikan
Pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:
tidak mengajar anak hal-hal keagamaan
kaya tapi bakhil
menipu
mengambil arak, dadah dan yang memabukkan
mengadakan majlis maksiat
berzina
memakan harta anak yatim
meringankan sembahyang
tidak mengeluarkan zakat
panjang angan-angan dan tak mahu bertaubat
meninggalkan sembahyang
durhaka kepada ibu bapa
berbuat fitnah
suami dayus (membebaskan isteri)
ibu bapa dayus (membebaskan anak)
makan harta haram
berbohong dan berdusta
menggunakan sihir
dengki dan khianat
Sementara kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi.
Sekian, wassalam.
0 comments:
Post a Comment
Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.