05 January 2012

Hadith 3


Rukun Islam dan Tonggak Utamanya

Daripada Abu `abdul Rahman, `Abdullah bin `Umar r.a berkata : "Aku telah mendegar Rasulullah s.a.w bersabda : "Islam itu didirikan atas lima perkara : memberikan kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah dan puasa sebulan di bulan Ramadhan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Intipati Hadith :

1- Islam dibina di atas lima rukun. Sesiapa yang mengingkari salah satu darinya, maka ia bukanlah muslim dalam ertikata sebenarnya. Lima perkara tersebut menjadi tiang kepada binaan Islam. Jika tidak, sudah pasti binaannya tidak kukuh.

2- Susunan rukun Islam di dalam kenyataan hadith ini adalah mengikut kepentingannya.

3- Pengertian kalimah syahadah (kesaksian) : Lailaha illallah ialah tiada tuhan sebenar-benarnya disebah melainkan Allah. Pengertian Muhammad adalah pesuruh Allah ialah taat kepada perintahnya, mengakui kebenaran yang disampaikannya, menjauhi perkara larangan, dan beribadat kepada Allah mengikut ketetapan syariat.

4- Seseorang tidak dikira menganut Islam melainkan dengan ucapan kalimah Syahadah. Terdapat tujuh syarat mebuktikan pengucapan kalimah ini berguna, iaitu : Berilmu tanpa jahil, yakin tanpa ragu, patuh tanpa ingkar, ikhlas tanpa syirik, benar tanpa dusta, kecintaan kerananya dan bermusuhan kerananya.

5- Solat adalah rukun Islam yang terbesar selepas ucapan kalimah Syahadah. Selain itu, rukun Islam merangkumi memberi zakat kepada orang yang berhak, puasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan Haji di Baitullah.

6- Terdapat persoalan : Mengapakah tidak disebut jihad sedang ia adalah amalan yang paling fardhu? Jawabnya : Jihad adalah Fardhu kifayah. Ia hanya menjadi fardhu ain ketika waktu tertentu sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Berikan komen anda dengan jelas dan beretika. Penulis tidak bertanggungjawab dengan komen yang diutarakan, ianya merupakan pendapat peribadi individu dan individu tersebut wajib bertanggungjawab keatas pandangannya di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...