• Perlakuan Zina : Bersangkutan Komuniti Manusia atau Sekadar Dosa Individu Dengan Tuhannya?

    "Perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman." An-Nuur 24 : 2[...]

  • Wajah Allah

    Sempurna, satu istilah yang acap kali diperjuangkan manusia sejak mula pandai berfikir sehinggalah berhenti pada satu kejadian yang dinamakan mati. Makanya, adakah kehidupan itu sekadar bermula dengan kelahiran dan akhirnya disudahi dengan kematian? atau kematian itu merupakan satu kelahiran yang baru? atau apabila matinya seseorang itu barulah dia mendapatkan kesempurnaan yang diidamkan? Manusia terus mencari dan menggali kesempurnaan walaupun pada hemat dan pengetahuannya mendapati tiada kesempurnaan yang mampu dikecapi walau digali sedalam tujuh lapisan bumi. Namun[...]

  • Nakhoda Kefahaman

    Benar otak merupakan satu keunikan yang terbesar dalam pengkajian ilmu saintifik sekalian khalifah yang menggapai ilmu sains alam. Kelebihan dan kehebatan otak tidak lagi mampu dirungkai dengan sempurna dari mana-mana kajian yang telah diaplikasikan terhadap otak berabad lamanya. Lihatlah betapa agungnya Allah mencipta otak, tiada seorang khalifah pun yang mampu merungkai dan menghadam keunikan otak ini dengan sempurna walaupun khalifah tersebut amatlah tinggi pencapaian ilmunya di dalam dunia saintifik. Namun [...]

Jadikan Alam Yang Terbentang Luas Itu Sebagai Mahaguru

07 May 2014

“ Perjuangan Yang Mati ”

   Dunia Islam mutakhir ini dipenuhi dengan gerakan-gerakan Islam yang dilihat berpecah kepada dimensi yang berlainan. Masing-masing sedaya upaya mengejar visi dan misi yang ditujui. Secara jelasnya, politik, kemanusian dan pembangunan insan antara yang menjadi sasaran kepada sesuatu perjuangan. Sehingga ada yang menyatakan diri mereka merupakan pejuang pure Islam yang akhirnya menyebabkan masyarakat muslim sendiri konfius untuk memilih.

Dalam perjuangan yang jelas, kelihatan samar-samar ada yang cuba mencari kelainan dalam perjuangan akan tetapi kelainan tersebut yang menyebabkan perjuangan Islam yang dilaungkan itu sendiri tempang dan tidak sejagat jika dicampuri dengan elemen rasis. Bagaimana perjuangan yang tidak ada nilai toleransi dan hormat ini diperjuangkan di Malaysia ?. Konsep rasis pada peringkat institusi sosial melibatkan dasar dan pelaksanaan bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat. Ini dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial. Kita jangan lupa bahawa Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Mana mungkin memperjuangkan sebahagian dan sebahagian lain ditinggalkan, seolah-olah perjuangan itu mati.

01 March 2013

Perlakuan Zina : Bersangkutan Komuniti Manusia atau Sekadar Dosa Individu Dengan Tuhannya?

Bermulanya kini era dunia globalisasi dimana kebanyakkan komuniti kehidupan manusia dirangkumi dengan aspek kebudayaan barat dan timur telah menampakkan hasil perubahan ketara samada dari sudut positif dan negatifnya. Berkongsi kepelbagaian yang kadangkala kontradik dengan naluri manusiawi membuatkan segala yang asalnya jernih bertukar menjadi keladak serta membuahkan hasil komuniti songsang samada dari segi fizikal mahupun mental. 
Sejak berkurun lama terdapat satu permasalahan besar yang dikongsikan bersama di dalam kehidupan manusia iaitu kehendak fitrah inginkan hidup bertuhan atau menyandarkan harapan serta pegangan kepada satu kuasa besar yang ampuh. Maka lahirlah kalimah dengan pengertian yang sangat mendalam dan memberi kesan kepada hati manusia iaitu kekufuran dan keimanan terhadap Tuhan.

29 January 2013

Rindu Haramain



Lambaian Kota Suci 

Aku melihat syurga itu sangat bahagia..

Muhasabah aku sendri andai hidup ini hanya seketika cuma..

Cukupkah ibadah itu untuk aku bawa ke sana..

Allah , beri aku kekuatan agar aku tidak di belenggu dosa selamanya..

27 January 2013

Wajah Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Kehidupan merupakan satu fenomena alam yang tidak terjangkau pemikiran serta pemerhatian terhadapnya. Dari segenap pengkajian serta penghayatan, kehidupan merupakan satu fenomena yang tidak terungkai jawapannya dari segala jenis persoalan yang bermain difikiran. Kesempurnaan sering dikaitkan dalam kehidupan. Manusia, suatu benda hidup yang amat menginginkan kesempurnaan di dalam kehidupan. Kesempurnaan yang diidamkan sama sekali tidak akan tercapai kerana yang empunya kehidupan sahaja punya kesempurnaan.

   Kehadiran manusia di muka bumi ini adalah satu anugerah dari pencipta. Pemberian anugerah kepada anugerah apabila manusia diberikan mandat di muka bumi ini untuk menjadi wakil pencipta mentadbir sfera. Kedapatan manusia di muka bumi pada hakikatnya adalah menjadi ejen pemusnah bumi yang terbaik sekaligus menjadikan sfera kepada segitiga. Akibat dari keinginan mendapatkan kesempurnaan, kerakusan menjadi tonggak dalam pengubahsuaian sfera kepada segi tiga. Inilah yang dipersoalkan malaikat yang bersifat garis lurus di era awal penciptaan manusia.

23 January 2013

Mensufikan SALAFI & Mensalafikan SUFI

  بسم الله الرحمن الرحيم

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara"

 (Surah al-Hujuraat :10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

 Assalamualaikum. Alhamdulillah, selawat dan salam keatas junjungan kita Muhammad SAW dan buat para sahabat yang bersama baginda serta seluruh ahli keluarganya.

   Isu yang ingin penulis ketengahkan pada hari ini adalah pengenalan ilmu yang berkaitan dengan tasawwuf. Dewasa ini, terdapat pelbagai golongan dan kumpulan yang cuba memporak-perandakan pengertian sebenar tasawwuf dan cuba menjadi hero dengan mengenengahkan isu-isu bid'ah. Dengan itu, penulis berasa sedikit terpanggil untuk menerangkan serba sedikit beberapa pengenalan berkaitan tasawwuf.

26 December 2012

Nakhoda Kefahaman

   Menelusuri ilmu Allah SWT yang sangat luas dan tidak terhitungnya ini bukanlah suatu perkara yang mudah  seperti dibicarakan oleh lisan sekalian makhluk yang berpangkat khalifah. Persimpangan dan perbezaan akan tercetus dengan kepelbagaian pengolahan pemikiran setiap khalifah di muka bumi ini. Lontaran idealisme setiap saat ke segenap ruang lingkup ilmu sejagat mengakibatkan kepelbagaian tersebut tidak sekali dapat dihadang walau dengan menggunakan besi waja keutuhan ilmu tertinggi yang digapai oleh seseorang mahupun sekumpulan. Lantaran itu terbukti jualah kepelbagaian dalam menelusuri ilmu Allah ini tercetus dari istilah tinta dan jua kalam yang digelar dengan nama FAHAM. 
   Adapun istilah tinta dan jua kalam ini mudah diungkap serta dilafazkan makhluk tidak bertulang yang dikenal lidah, namun ianya tidak mudah untuk diadaptasikan dalam metafora umum demi menyeimbangi kepelbagaian ilmu dalam jiwa setiap khalifah. FAHAM seorang khalifah tidak sama jualah FAHAM khalifah yang lainnya disebabkan wujudnya kepelbagaian yang sememangnya tidak dapat dihadang mahupun disama-ratakan ia. Jadi khalifah yang kerdil lagi hina ini beryakinkan dengan konsep FAHAM yang tigalah jua mengakibatkan terjadinya kepelbagaian dan keunikan makhluk Allah sejagat yang digelar khalifah. FAHAM yang tiga itu boleh dikelaskan ia dengan : 

16 December 2012

Cinta Weikang


   " Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih tuhan tiada bertepi, sayang tuhan janjinya pasti."

  Sedang aku duduk termenung sambil mendengar alunan nasyid dari kumpulan Raihan yang sangat menyentuh hati, aku terkenang perjalanan hidupku yang kian lama kian jauh dari tuhan. Selama nafasku berlalu pergi, aku rasakan banyak kehidupanku dipersia-siakan tanpa ada manfaatnya.



   Dulu aku merupakan seorang jaguhan motor jalanan. Saban malam, akan aku habiskan masaku dengan menunjuk lagak dikhalayak ramai, memecut motor ku selaju yang mungkin. Setiap hari, aku banyak menghabiskan masa ku dengan mencantikkan motor dan mem'bikin' enginenya sehingga mampu untuk memecut selaju 200 Km seminit.

14 December 2012

Saksi Kota Cinta

  City of Lover telah menjadi negeri pilihan kami untuk berbulan madu. Negeri ini merupakan salah satu tempat pengambaran filem The Tourist. Sebuah kota diatas air, yang dikelilingi air jernih berwarna hijau kebiru-biruan, dengan struktur binaan kuno yang terbina sejak dari abad ke 13, terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Nama Venice adalah berasal dari suku kaum kuno yang bernama Veneti yang mendiami wilayah ini suatu ketika dahulu di zaman rom.

Bahana Anak Ramai ?

بسم الله الرحمن الرحيم

" Sesungguhnya Allah berikan dunia kepada sesiapa yang Allah suka dan kepada sesiapa yang Allah tidak suka, akan tetapi Allah akan beri agama hanya kepada yang dicintai."

- Hadith Riwayat Ahmad -

   Bagi manusia bukanlah satu perkara yang sukar untuk memperoleh dunia dan isinya kerana Allah akan memberikan dunia ini kepada sesiapa sahaja yang berkehendak. Dapat kita lihat seantero dunia ini koloni manusia dikatogorikan dengan pelbagai golongan yang bersifat duniawi. Misalnya ada orang kaya terdiri dari kalangan orang kafir dan juga muslim, ada orang miskin tergolong dikalangan muslim dan ada juga dikalangan orang kafir, orang kafir dan muslim juga ada dikalangannya berjawatan tinggi dan sebagainya. Ini menunjukkan untuk memperoleh dunia seluruh manusia mampu untuk memilikinya.

11 December 2012

Kelibat Subuh


   Aku terjaga dari lena yang diulit mimpi pelbagai sejak semalam. Kedinginan subuh yang mencengkam seluruh tubuhku membuatkan liang romaku tertutup rapat mengekang hawa badan dari tersebar keluar. Sesekali tubuhku menggigil kesejukkan disapa suhu yang hampir memcecah puncak negatif.

   Diriku sudah terjaga namun mataku terus meronta meminta lena. Jiwaku terus gagah berusaha menggesa diriku untuk bangun menyuci diri bagi menghadap Ilahi. Berjalan lemah kerana dibaluti perasaan malas yang membuak-buak mengakibatkan kakiku melangkah lemah longlai menuju ke bilik mandi.

   Sedang aku melangkah keluar dari kamar pertapaanku, terasa ada kelibat yang sedang memerhatikan aku. Perasaan curiga, cemas dan berjaga-jaga yang tiba-tiba menerjah ketika itu mengakibatkan hatiku ditimpa kegalauan yang memuncak. Diriku kaku, badanku semakin kesejukkan dengan suasana cemas yang sedang menerjah aku. 

   Ingin ditoleh ke arah kelibat yang sedang memerhatikan aku, keberanian pula tidak hadir bersahabat denganku ketika ini. Andai aku mengorak langkah seribu untuk mendapatkan rakan serumah pasti aku akan ditertawakan kemudian. Aku terus kaku dan kaget dengan kehadiran lembaga tersebut. Apakah 'dia' akan mengapa-apakan aku dipagi yang hening ini? Mungkinkah lembaga tersebut merupakan makhluk yang sering muncul di alam mimpiku saban malam?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...